Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.
“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.
Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. -hm
Sunday, April 22, 2012
Toyol Betina Pakar Pecah Rumah Dicekup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan gadis ini akan menerima tindakan yang sewajarnya, kaunseling adalah diperlukan untuk pelajar bermasalah seperti ini.
ReplyDeleteSandi juga budak ni.
ReplyDeleteSusahlah pelajar kalau kurang disiplin dan tiada didikan yang cukup.beginilah jadinya.
ReplyDeleteOtak pencuri memang tidak boleh dikasi kalah kalau mahu curi barang2 orang lain.
ReplyDeletekena hantar di pusat pemulihan budak ini.
ReplyDeleteadui.. kelapa pun kau curi.. ibubapa dia takkan tidak perasan aktiviti anak sendiri??
ReplyDelete