Friday, April 20, 2012

RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

NONE"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini. -MK

13 comments:
Write comments
  1. teruskan...sila kangkang lebih lebar supaya SAPIe x afdal boleh climax 100 kali lagi, lebih banyak ulat akan keluar jd tatapan umum!!!

    ReplyDelete
  2. Zahida sudah mengatakan bahawa peguam beliau akan mengurus perkara ini, kita tunggulah dan lihat sahaja.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa itu pemandu yang membongkarkan perkara ini kerana tidak mendapat kebaikan daripada bosnya, jadi dia pun melarikan duit 200,000 daripada majikannya dan menyebar khabar angin seperti ini untuk membalas dendam.

    ReplyDelete
  4. Tiada masalah bah tu kalau betul tidak bersalah. Apa mahu takut kan?

    ReplyDelete
  5. Kenapa baru sekarang pemandu itu melaporkan hal ini?

    ReplyDelete
  6. kalau benar ini tidak benar..maka penyebar fitnah harus membayar ganti rugi terhadapnya sebanyak 1.5J kerana dengan nilai itu lah namanya diburuk-burukkan....kita tungu dan lihat apa kesudahannya

    ReplyDelete
  7. barang cmni sanggup si pie apedal tu labur smpi berjuta.....kihkihkih.. ada jgk menteri se bijak dan sepandai si sapie apedal ni...

    ReplyDelete
  8. Tunggu saja berita baik yang dikatakan tu

    ReplyDelete
  9. Shafie belum lagi bagi penjelasan. semakin panas isu ni diperkatakan.

    ReplyDelete
  10. Bawa saja kes ni ke mahkamah dan saman orang yang buat cerita kalau benar dakwaan ni tidak betul.

    ReplyDelete
  11. Sahfie jg dah beri penjelasan dan dia menafikan hal ini, tindakan patut diambil pada yang sebarkan cerita ini.

    ReplyDelete
  12. Tunjukkan bukti yang boleh mengukuhkan dakwaan ini.

    ReplyDelete
  13. saman jangan tak saman.. jangan buang masa buat kenyataan panjang lebar di media.. Zuraida pun perlu buat laporan sprm.. jangan main sebunyi2 bahan bukti..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.