Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.
Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.
Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan. Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.
Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’
Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.
Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.
“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya. -KD
Sunday, April 22, 2012
Dataran Shah Alam Jadi Kuning
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERSIH kan dahulu di semananjung selepas tu kita BERSIH kan negeri Sabah. (pengundi hantu, pati, projek ic)
ReplyDeletesabah kena BERSIH habis..
ReplyDeleteBerjuanglah demi negara untuk membersihkan PRU 13 dan sesunggunya ALLAH bersama kita.
ReplyDeletesabah tak akan bersih selagi rakyat sendiri tak ambil kisah
ReplyDeletePerlukah guna kanak-kanak dalam hal ini?
ReplyDeleteYang penting tidak tercetus kekecohan atau huru-hara nanti.
ReplyDeleteKita tengok sambutan Bersih 3.0 ni, adakah sampai 500,000 orang.
ReplyDeleteMestikah kita berdemo? Tiada cara lain kah yang kita boleh gunakan untuk menyebarkan suara hati rakyat?
ReplyDeleteBersih 3.0 perlulah mendapat permit daripada ketua polis untuk menjalani demonstrasi ini pada hari Sabtu, sudah berjaya belum mendapatkannya?
ReplyDeleteuiinaaa..awal2 lagi ba. test power ka tu
ReplyDeleteLebih baik jangan dibawa budak2. keselamatan mereka perlud dijamin.
ReplyDeleteharap tidak timbul kekecohan para perhimpunan ini.
ReplyDeletekenderaan yang membunyikan hon tu tanda sokongan ka atau tanda menyampah??
ReplyDelete