Sunday, April 22, 2012

Kadir Sheikh Fadzir Umum Sertai Bersih 3.0

Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.

Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.

"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.

"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.

Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.

"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.

"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.

Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.

"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.

"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka, suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. 1Suara1Tindakan. Ubah Kerajaan melalui PRU13. Be N UMNO & kroni. Nyah kau Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  2. BN/UMNO ni spatutnya dah d tukar lama....makin lama mereka memerintah hak-hak rakyat malaysia dah habis di kikis. kita kena bangkit unk anak cucu cicit kita.

    ReplyDelete
  3. Agaknya apa lah parti yang akan disertai oleh Sheikh Fadzir pada PRU nanti?

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan atau demo, asal tidak berlaku kekecohan dan huru-hara.

    ReplyDelete
  5. Tak kisah lagi apa yang Kadir Sheikh Fadzir nak buat, tidak kena mengena dengan kita lagi.

    ReplyDelete
  6. Tidak payah mengikuti demonstrasi untuk membangkitkan suara rakyat, ada cara lain yang lebih berkesan, tidak semestinya perlu membuat demo.

    ReplyDelete
  7. Kadir Sheikh pakai bow-tie ka masa perhimpunan Bersih nanti? Haha

    ReplyDelete
  8. Jangan kena tangkap sudahlah.

    ReplyDelete
  9. Baguslah org kuat hadiri himpunan bersih bagi semangat 1Malaysia. Banyak penyelewengen berlakulah skrg ni padahal PM kita dah Haji tuh. Jk difikirkan jk dah haji takde masa lagi utk bohong dlm semua sudut. Kata negara demokrasi tapi bila nak buat himpunan bersih tak bagi....Nampak sgt org besau di Malaysia ni mcm ada kepentingan masing2. Kau org jawablah nanti diakhirat....

    ReplyDelete
  10. tak payah dok heboh2. p sajer le...

    ReplyDelete
  11. Pihak penganjur perlu jamin keselamatan semua dan ketenteraman tidak terganggu

    ReplyDelete
  12. c Kadir ni mmg dah sebelahi pembangkang, tak dpt jawatan, jadi berpaling tadahlah

    ReplyDelete
  13. Itu keputusan Kadir sendiri. Sendiri ikut maka sendiri tanggung apa yang berlaku. Sudah dikatakan perhimpunan itu haram maka tidak patut disokong.

    ReplyDelete
  14. eleh.. umum sertai Bersih konon, tapi dia sendiri pun terlibat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.