Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.
Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.
Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. -hm
Friday, April 20, 2012
Budak Terlampau Perkosa Jiran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bodoh punya budak.
ReplyDeleteMasyarakat kita mengalaman keruntuhan moral yang serius.
ReplyDeleteorg2 kita bukan pula bertambah baik, semakin teruk pula... tak tau apa nak cakap... kembiri sj budak lelaki tu...
ReplyDeletesusah kalau macam tu, masih budak lagi sudah macam tu
ReplyDeletepengaruh dari media juga salah satu penyebabnya.
ReplyDeletemakin menjadi budak2 sekarang. ini membimbangkan.
ReplyDeleteBaru 13 tahun sudah merogol orang. Bahaya kalau macam ini. Belum tahu lagi kalau usia dewasa nant.
ReplyDeleteapa agaknya bentuk hukuman untuk budak 13 tahun ni ah?? sebat??
ReplyDelete