KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya ‘membudak-budakkan’ Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, di dalam majlis debat, 'Spark The Debate' yang bertajuk 'Electoral Reforms' anjuran akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, di sini malam tadi.
Meskipun lebih separuh dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club itu dipenuhi para penyokong Bersih, Ambiga dilihat tunduk dan akur dengan hujah Khairy yang mempersoalkan kewajarannya mengadakan Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
Beliau berkata, Ambiga tidak sepatutnya bersikap 'pre-amptive' dan prejudis dengan menyemat pemikiran di kalangan rakyat bahawa Pilihanraya Umum ke-13 adalah yang paling kotor dan tidak adil di dalam sejarah.
Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.
Beliau memberikan contoh tentang satu poster Bersih 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.
Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.
Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.
Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan bersih yang pernah diadakan di negara ini.
Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan Bersih telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah Bersih 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.
Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.
Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.
Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.
Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran Bersih yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.
Hujah KJ tersebut telah menyebabkan Ambiga sedikit berang dan menyatakan bahawa SPR tidak melaksanakan tugas mengikut prosedur ditetapkan di mana Perkara 13 di dalam Perlembagaan membenarkan nama-nama tersebut dipadam begitu saja jika pemiliknya tidak membalas notis yang dihantar kepada mereka.
Ambiga menyindir KJ yang berhujah mengenai 42,000 pengundi tersebut dan tidak menyentuh tentang tiga juta pengundi yang dikatakan mengundi di luar kawasan alamat kad pengenalan mereka serta menuduh mereka juga adalah ‘pengundi hantu’.
KJ menjawab bahawa SPR tidak menggunakan akta tersebut memandangkan wujudnya kes seperti 1,248 pengundi yang tampil membuktikan mereka masih bernyawa dan berhak mengundi.
Katanya, SPR sedang bertungkus lumus mengesan pengundi-pengundi yang tidak mengemaskini alamat terkini mereka dan ada di antaranya yang gagal dikesan menerusi alamat lama.
Menurut KJ, dakwaan SPR memindahkan kawasan mengundi seramai 31,000 orang di dalam poster Bersih termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah kerana sistem mengemaskini data kawasan mengikut standard “google earth”.
KJ berkata, alamat Khalid dahulu diletak di kawasan Petaling Jaya dan selepas dikemas kini kedudukan rumah tersebut yang terletak di sempadan Kuala Lumpur itu, SPR mendapati bahawa ia terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, terkeluar dari Selangor.
Menurut KJ lagi, ia tidak menimbulkan sebarang isu kepada Khalid kerana beliau kini tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, luar dari kawasan beliau mengundi dan itulah yang terjadi kepada 31,000 orang yang dikatakan Ambiga sebagai ‘pengundi hantu’ itu.
KJ menyindir kembali Ambiga mengenai Khalid yang tidak peduli untuk menukar alamat terkini beliau dan mengundi di kawasan yang sama di dalam kad pengenalannya.
Mungkin tertekan dengan jawapan KJ yang agak pedas, tepat dan tajam itu, Pengerusi Bersih itu kembali menyerang SPR serta menegaskan bahawa beliau tidak lagi percaya kepada anggota agensi pilihan raya itu dan mendesak mereka meletak jawatan serta merta.
KJ membalas, sekirnya Pengerusi Bersih itu tidak percaya kepada SPR, mengapakah beliau perlu meminta untuk bertemu agensi tersebut?
KJ mengasak lagi, sekiranya SPR tampil memberikan fakta yang benar dan kukuh, apakah Ambiga sanggup menerima dan mengakui kebenaran agensi pilihan raya itu?
Seterusnya, Ambiga terus menerus menekankan perkara yang sama menyatakan bahawa beliau tidak percaya kepada SPR, mahu mereka meletak jawatan serta merta.
Cuma, kali ini beliau menambah sedikit dengan meminta PRU13 ditangguhkan sehingga segala tuntutan Bersih 3.0 ditunaikan dan beliau sedia bertemu dengan ahli-ahli Parlimen untuk berbincang mengenainya.
Menariknya, Khairy menyindir Ambiga lagi apabila menyatakan bahawa beliau memerlukan semangat kerjasama yang kuat dari Ambiga untuk membaikpulih proses pilihan raya dengan bekerjasama dengan pihak SPR dan ahli-ahli Parlimen.
Namun, dengan mengambil sikap tidak percaya, tidak boleh bekerjasama dengan SPR, tidak boleh menerima alasan yang benar dan cepat menghukum PRU13 sebagai pilihanraya paling kotor dalam sejarah menyebabkan Khairy menegaskan bahawa beliau ragu dengan keikhlasan perjuangan Ambiga.
Tapi Ambiga membalas keraguan Khairy itu dengan menyatakan bahawa pihaknya akan hadir sekiranya SPR menjemput mereka untuk sesi penerangan mengenai proses pilihanraya itu.
Sekali lagi Ambiga dibidas Khairy yang mengingatkan Pengerusi Bersih itu bahawa beliau sebentar tadi beriya-iya tidak percaya kepada SPR dan mahu mereka meletak jawatan!
Diselang seli dengan beberapa pertanyaan dari para hadirin yang dilihat condong ke arah pro-Bersih dan hanya satu pertanyaan dari wakil Pemuda UMNO, Khairi dilihat lebih mendominasi isu sehingga berjaya membuat Ambiga terkedu dan tunduk kepada hujah-hujahnya.
Soalan-soalan dari beberapa individu pro-Bersih itu juga berjaya dijawab KJ dengan hujah yang munasabah dan berfakta menyebabkan ramai di kalangan mereka yang terpaksa akur dengan jawapan meyakinkan itu.
Akhirnya, Ambiga berjaya ditundukkan Khairy Jamaluddin apabila beliau bersetuju untuk bertemu dengan SPR serta ahli-ahli Parlimen bagi bekerjasama membincangkan lebih lanjut berkenaan hal tuntutan Bersih itu secara profesional tanpa perlu timbul sebarang provokasi. (Mynewshub)
Saturday, April 28, 2012
Debat : KJ 'Budak-budakkan' Ambiga?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat juga KJ ni berdebat.
ReplyDeleteSekiranya Ambiga boleh terkedu dengan hujah2 KJ kenapa BERSIH 3.0 diteruskan juga?? Untuk cover malu??
ReplyDeletePSC sedaya upaya memenuhi permintaan Bersih dengan membincangkan segala tuntutan Bersih. Lagi pun wakil2 pembangkang juga ada dalam PSC, tidak mungkin ada yang berat sebelah.
ReplyDeleteTidak kira apa yang dikatakan oleh KJ, Ambiga tetap akan mengadakan Bersih 3.0. Bukan juga Bersih dapat dihentikan begitu sahaja.
ReplyDeleteIni pendapat Khairy, terpulanglah kepada beliau apa cara beliau hendak mengeluarkan pendapatnya.
ReplyDeleteSpin berita.Siapa tak kenal KJ. Bintang beliau dah malap. Kalau beliau kalah dalam PU13 ini beliau akan meminta belas kesian PR.
ReplyDeleteAmbiga tak boleh lawan KJ..
ReplyDeleteKJ menang debat? realitinya, UMNgOk pun x mau pakai KJ, knp aa? 'pemenang' ini hanya mampu jd khadam terbaik UMNgOk!!!
ReplyDeleteAdakah debat ini bermakna bagi rakyat Malaysia?
ReplyDeleteDapatkah debat ini menyelesaikan masalah yang sedia ada?
ReplyDeletesaya rasa adalh lebih baik jika mereka membincangkan jalan penyelesaian daripada berdebat.
ReplyDeleteKJ hanya mahukan popular dan menonjolkan diri di kalangan umno...
ReplyDeleteFakta sebenar memihak kepada ambiga....
ReplyDeletePenyokong Bersih tetap tidak akan dapat terima kenyataan bahawa Ambiga dapat 'dipatahkan' dalam debat bersama KJ.
ReplyDeleteSebelum ni pun KJ pernah berdebat dengan Rafizi di luar negara, kan? Mindset di M'sia bersedia ka untuk terima cara ini? Sebab nampak macam hanya mahu pandang dari satu sudut saja.
ReplyDeleteAmbiga tidak patut melakukan BERSIH ini.
ReplyDeletepatut la Anwar takut mahu berdebat dengan Khairy.. rupanya takut dibudak2kan oleh Khairy..
ReplyDelete