Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.
Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.
(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)
Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.
(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)
Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.
Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.
Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.
Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.
(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. Kanan: Gas ditembak)
"Baru terkena gas pemedih mata, Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.
Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.
Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.
-HD
Perkara seperti ini berlaku di Sabah pun, nasib baik perhimpunan Bersih di Sabah adalah aman dan damai tanpa kekecohan ataupun keganasan.
ReplyDeleteKalau pengikut perhimpunan ni berfikir dengan betul, tidaklah jadi macam ni.
ReplyDeleteKeadaan sewaktu Bersih 3.0 ni memang mencemarkan imej negara saja.
ReplyDeletejika peserta bersih tidak buat kecoh, pasti semua ini takkan berlaku. apa salah mereka buat saja di Stadium.
ReplyDeletesiapa yg mula buat kecoh ...peserta kh yg lepaskn gas pemedih mata & meriam air!!! tara akal punya org surupa babiii jugak..
DeleteKalau tidak ada bersih tidak akan ada tindakan sebegini.
ReplyDeleteJika keadaan tidak dikawal saya pasti keadaan akan bertambah teruk.
ReplyDeleteJadikan ini sebagai pengajaran dan jangan ulangi lagi perbuatan yang sama di masa hadapan.
ReplyDeleteKeadaaan seperti tu sudah dijangka
ReplyDeletePeserta Bersih yang ramai sukar untuk dikawal
ReplyDeletePakai mask la lain kali. Tapi lebih baik duduk diam di rumah.
ReplyDeleteCuba la kalau mereka duduk berhimpun saja. Tidak payah rempuh penghadang di Dataran Merdeka.
ReplyDeleteYang penting setiap masalah yang timbul ini perlu diselesaikan.
ReplyDeleteAmbiga gagal mengawal peserta2 perhimpunan dan gagal memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman..
ReplyDeletepemimpin2 pembangkang suka bila peserta2 perhimpunan cedera atau meninggal dunia.. bagi mereka itulah peluang terbaik untuk mereka menggulingkan kerajaan sekaligus mendapatkan jawatan kabinet..
ReplyDeletePihak polis tidak akan melepaskan tembakan air dan gas pemedih jika keadaan masih boleh dikawal. Ramai peserta Bersih yang bertindak emosi dan tidak dapat dikawal, terpaksalah pihak polis mengambil tindakan drastik.
ReplyDelete