Friday, April 20, 2012

Pelajar Dirogol Dalam Kelas Kosong

Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. -SH

9 comments:
Write comments
  1. itu pengawal keselamatn bukan manusia ..tapi macam babi hutan..tidak boleh di harap.

    ReplyDelete
  2. Pihak sekolah perlulah mengaji pengawal ataupun pekerja yang mempunyai perwatakan yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  3. Rogol atau mahu sama mahu??

    ReplyDelete
  4. Pengawal jaga keselamatan tapi lain pula tu

    ReplyDelete
  5. hulu balang berbelangApril 22, 2012 at 10:14 PM

    pengawal keselamatan yg tidak selamat...majikan kena berhati-hati mnggaji pkrja sprti ini

    ReplyDelete
  6. Hrapkan pagar,pagar makan padi.

    ReplyDelete
  7. kena hati dalam mengambil pengawal keselamatan. pastikan dia boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  8. Betulkah dirogol atau ada niat lain. Cuba bayangkan bagaimana tu pelajar boleh bersama dengan pengawal keselamatan dikelas kosong. Mungkin perlu disiasat betul-betul perkara ini.

    ReplyDelete
  9. ini barulah harapkan pagar, pagar yang makan padi.. lain kali jangan sewenang2nya mengambil pengawal keselamatan.. lihat latar belakang dan pastikan individu itu benar2 mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh dipercayai..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.