Friday, April 20, 2012
Mufti Pahang: Tak bayar PTPTN hukumnya haram
Mufti Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat Bentong, hari ini.
Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pelepasan tuntutan hutang terhadap tajuddin ramli itu "HALAL"? ini mesti mufti graduate dr akademi UMNgOk, hanya pandai keluarkan fatwa flip flop, tuhan pun dikc kencing!!!
ReplyDeletePTPTN makan riba 'halal' kaitu mufti?
ReplyDeletePeminjam sememangnya perlu membayar balik pinjaman seperti apa yang dipersetujui oleh dua pihak. Kalau tidak mahu bayar balik, janganlah membuat pinjaman.
ReplyDeleteTerpulanglah kepada umat Islam untuk menilai sendiri sama ada mereka merasa apa yang dikatakan oleh Mufti Pahang betul ataupun tidak.
ReplyDeleteHaram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman. Kenapa PAS tidak tahu hukum ini padahal mereka memegang kepada hukum-hukum Islam?
ReplyDeletekalau berhutang memang wajib membayarnya tidak kira hutang apa,sedangkan hutang ALONG pun perlu bayar dan kalau tidak bayar hukumnya potong anggota badan,tapi jangan lah melebih-lebihkan fatwa bahawa hanya peminjam PTPTN,jika tidak bayar haram,bagaiman dengan hutang Tajudin Ramli,perwaja,celcom,dan bermacam-macam lagi hutang kroni dan yang terbaru hutang lembu yang belum dibayar walau pun sudah beroperasi bertahun-tahun,sedangkan saya baru 2 bulan hutang di Bank sudah mula bayar hutang,ada kah mereka ini dihalalkan dari tidak membayar hutang,betul lah cakap idris jala bahawa malaysia akan bangkrap,bukan disebabkan pengunaan subsidi tapi banyak hutang yang dihalalkan oleh kerajaan dimana ia membuncitkan kroni...ini lah slogan kerajaan RAKYAAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...BAGUS PUNYA SLOGAN..RUPA-RUPANYA RAKYAAT DI DAHUKUKAN UNTUK SENGSARA DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN UNTUK MENGHALALKAN HUTANG KRONI.....TUMBANHKAN BN PADA PRU 13 INI......
ReplyDeleteSudah pinjam, pandai2lah bayar balik bah.
ReplyDeleteHaram atau tidak, sendiri mahu ingatlah
ReplyDeletepelajar tak perlu bayar hutang, tetapi kerajaan bantu bayar hutang pelajar, cam biasiswa la. bukan tak bayar tetapi di tolongkan bayar. tak haram pun. tapi kalu hutang lembu kak ijat, hutang tajudin ramli,hutang perwaja, macam lagi la hutang BN, yang tak bayar-bayar macam mana pula, haram ka, atau tak haram.
ReplyDeleteTok mufti, fhm ke tak isunya ini? Bila masa PR dok kempen, jika kami menang maka pelajar x pyh bayar PTPTN? Mmg la klau x byr, hukumnya haram & berdosa. Tapi jika Pakatan ambilalih kerajaan, soal pembayaran itu akan dgn sendirinya menjadi tanggungjwb kerajaan. Kerajaan yg akan ambil peranan membayar instead of pelajar, sbagai tanggungjwb kerajaan yg memerintah utk bagi pendidikan percuma. So, kat mana yg dok kata x byrnya wahai mufti yg 'arif lagi bijaksana? Lain kali, sblom keluarkan statement, kaji dl sheikh. Klau x, nmpak sgt kita dangkal dlm mengeluarkan pendapat, walaupun taraf kita mufti!...
ReplyDeleteLain yang dikempen lain pulak yang dikomen. Cuba ulas sama hukum tak bayar hutang MAS ke, ambik duit NFC ke, pembaziran jambatan bengkok ker...Ntah2 wartawan sembunyi cerita hukum2 yg terkena batang idong pemerintah kot...Mcm yg tok mufti perakpernah kena...
ReplyDeletewalau bagaimana pun harus membayar PTPTN
ReplyDeleteJadi tanggungjawab sendiri kalau sudah buat pinjaman. ingat untuk bayar balik bukan tunggu untuk ditagih atau pura2 lupa atau minta pinjaman dimansuhkan begitu saja.
ReplyDeleteTidak perlulah buat demo besar2an untuk minta hutang dihapuskan.
ReplyDeletesetiap hutang kena dilangsaikan.
ReplyDeleteBagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu membayarnya??Adakah mereka itu juga digolongkan dalam haram juga??
ReplyDeletekalau tidak mampu bayar, baik jangan buat pinjaman dan jangan sambung belajar..
ReplyDeletelain kali buat lagi janji.. pembiayaan rumah percuma, pembiayaan kereta percuma, sara hidup setiap bulan percuma, melancong percuma, dan sebagainya.. hanya pembangkang Malaysia saja satu2nya parti politik di dunia yang boleh bagi percuma..
ReplyDelete