Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 dilancar di Makkah dan Madinah

Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

0yJlt bersih 3.0 dilancarkan di mekah dan madinah

Ysdsp bersih 3.0 dilancarkan di mekah dan madinah



-HD

13 comments:
Write comments
  1. Bersih 3.0 kali ini diadakan di 70 negara berbanding Bersih 2.0 yang hanya mendapat sokongan daripada 38 negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mesti negara2 lain bagi imej negatif dengan Malaysia.

      Delete
  2. Diharapkan tiada kekecohan yang akan berlaku bila perhimpunan Bersih diadakan.

    ReplyDelete
  3. Dalam debat antara KJ dan ambiga, ambiga terkedu dengan hujah2 KJ dan tidak membuatkan ambiga setuju untuk bekerja dengan SPR dan ahli2 parlimen untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan PRU.

    ReplyDelete
  4. BERSIH cuma memberi imej negative kepada negara di mata dunia

    ReplyDelete
  5. tak ramai pun yang sertai bersih di kedua kota trsebut.

    ReplyDelete
  6. Bagus lah ada sambutan juga.

    ReplyDelete
  7. Jangan saja ada yang melakukan perbuatan yang tak senonoh.

    ReplyDelete
  8. Kalau perhimpunan ini dilakukan dengan baik pasti tidak mendatangkan perkara yang tidak baik.

    ReplyDelete
  9. Lebih baik sembahyang, doa kan yang baik2 terjadi di M'sia.

    ReplyDelete
  10. Bagaimana dengan Bersih di negara luar yang lain? Dapat sambutan ka? Hari tu target 500,000 akan sertai himpunan Bersih.

    ReplyDelete
  11. BERSIH cuma permainan politik yang direka-reka oleh pembangkang untuk perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  12. masuk rumah orang lain buat kecoh.. apa, ambiga ingat pilihanraya Arab dikendalikan oleh spr Malaysia juga ka??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.