Wednesday, April 25, 2012

Manifesto khas BN untuk Kelantan


Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan yang mengandungi janji-janji yang akan dikotakan jika negeri ini kembali diterajui BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan yang gagal dilaksanakan Pas sejak memerintah negeri ini pada tahun 1990.

"Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto). Manifesto itu secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan apabila menang di Kelantan.

"Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini semalam.

-Kosmo

11 comments:
Write comments
  1. bukankah UMNgOk/BN jg perlu menyediakan manifesto khas utk mongolia, kazakhstan n france???

    ReplyDelete
  2. Kali ini Kelantan mungkin akan jatuh balik ke tangan BN kerana Kerajaan PAS tidak mampu melaksanakan janji-janji terhadap rakyat mereka dan juga tidak mampu membela nasib orang asli dalam isu tanah dirampas.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan rakyat Kelantan dah bosan dengan kerajaan PAS yang tidak mampu menunaikan janji mereka, ada yang mengatakan bahawa mereka akan memberi mandat kepada BN.

    ReplyDelete
  4. Dengar SPRM tengah siasat penyelewengan air di Kelantan

    ReplyDelete
  5. Undi dengan bijaksana

    ReplyDelete
  6. Bergantung pada undi rakyat Kelantan PRU nanti. tidak dapat dipastikan berapa nisbah antara yang sokong dan tidak sokong PR.

    ReplyDelete
  7. semoga manifesto ni akan dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. berilah manifesto yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. klu SPRM 'gatal biji' mau siasat penyelewengan air di kelantan, nanti ada lagi superman baru kan???

    ReplyDelete
  10. Bagus juga cadangan PIRIT B ini. Siasat jangan tidak siasat mengenai penyelewengan air ini. Terima kasih kepada PIRIT B.

    ReplyDelete
  11. ada penyelewengan air di kelantan?? masalah air bersih pun belum selesai, timbul pula penyelewengan air??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.