Umno-BN sewajarnya mengalu-alukan kehadiran pemerhati politik luar bagi memantau pilihanraya di negara ini sekiranya benar mereka mengamalkan sistem pentadbiran yang telus dan adil selama ini.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty berkata tiada apa yang perlu ditakuti dan diselindungi Umno-BN mengenainya kerana ia bakal memberi gambaran positif kepada mereka seandainya apa didakwa parti kerajaan itu benar.
“Kalau Umno-BN amalkan demokrasi yang telus dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengikut prosidur demokrasi. Apa yang nak ditakutkan?,” begitu kata Dr Muhammad Nur kepada TVSelangor di sini hari ini.
Beliau menjelaskan kehadiran pemerhati politik luar bagi memantau pilihanraya di sesebuah negara di dunia ini adalah amalan biasa yang tidak perlu dipersoalkan.
Menurutnya, isu itu adalah isu yang biasa dan Umno-BN seharusnya mengakui perkara itu.
Katanya, SPR sebagai badan bebas perlu membuka pintu terhadap pemerhati politik luar supaya pilihanraya di Malaysia mendapat imej yang baik dan terpuji dimata dunia.
“Sepertimana yang didakwa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof disebabkan kerja profesional SPR menyebabkan ramainya pengundi baru seperti di Selangor yang di luar jangkaan mereka. Maka biarlah pemerhati-pemerhati ini meneliti prosidur-prosidur yang ada pada SPR.
“Biar mereka (pemerhati politik luar) berjumpa dengan rakyat, pimpinan NGO dan semua parti politik. Sepatutnya ia dialu-alukanlah dan ini adalah amalan biasa yang berlaku dalam mana-mana negara dalam dunia,” katanya.
Dr Muhammad Nur berkata, pemimpin Umno-BN perlu berlapang dada dan bersikap demokratik dalam isu seperti itu.
“Banyak negara di dunia menjemput pemerhati luar ketika pilihanraya di adakan bagi membuktikan ketelusan sistem demokrasi di negara tersebut.
“SPR dan pemimpin BN tidak perlu takut sekiranya kita benar-benar telus dan bersih dalam mengadakan pilihanraya.
“Ketika imej SPR terjejas teruk masakini, kehadiran pemerhati politik luar adalah langkah terbaik bagi mengembalikan kepercayaan umum kepada badan bebas itu dan seterusnya kerajaan.” jelas Dr Muhammad Nor. -selangorku
Thursday, April 26, 2012
SPR, Umno-BN Takut Pemerhati Luar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada kebaikan juga meminta pemerhati politik luar untuk memerhatikan pilihan raya Malaysia supaya menambah lagi ketelusan PRU-13.
ReplyDeleteDiharapkan SPR akan melakukan yang terbaik untuk memastikan PRU-13 dilaksanakan dengan adil, bersih dan telus.
ReplyDeletePemerhati luar pun tidak tau undang2/cara2 pilihanraya dijalankan di negara ni. boleh pakai ka pemerhati luar ni?
ReplyDeleteLaksanakan saja syor yang sudah dicapai melalui PSC.
ReplyDeleteSPR n UMNgOk mau pemerhati luar? sendiri mau buka zip n kc tunjuk 'burung' yg sedang ketakutan n 'kebasahan'???
ReplyDeletetak perlu nak libatkan orang luar dalam hal ehwal negara kita.
ReplyDeletePSC diharap dapat menambahbaik sistem PRU
ReplyDeletecampur tangan luar hanya akan menambahkan kemelut negara saja
ReplyDeleteBukan M'sia jadi pemerhati luar untuk pilihan raya Myanmar?
ReplyDeleteKalau ada pemerhati luar dan pembangkang masih kalah, jangan pula cakap pemerhati itu sudah dibayar etc.
ReplyDeleteSPR perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah baik dan bersih.
ReplyDeletebukan pemimpin2 PKR juga pernah memuji SPR kononnya adil dan bebas sebaik memenangi empat buat negeri pada tahun 2008??
ReplyDeletesaya pun rasa SPR memang tidak adil dan tidak bersih.. jika mereka adil dan bersih, mustahil PAS boleh memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.. kalau maju tidak apa.. sehingga hari ini masih juga tersenarai antara negeri termiskin..
ReplyDelete