Wednesday, April 18, 2012

PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

NONESaifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.

-MK

13 comments:
Write comments
  1. alaa..sinang saja bah, najib lantik peguam untuk dirinya dan isteri utk melobi newyork, london sama perancis sypaya menghalang perbicaraan melibatkan kapal selam KD altantuya tu. itu peguam perancis pun ada cakap ada usaha yang kuat dari pihak lain utk menghalang perbicaraan komisen tu. nah..kalau begini, rasuah lagi lah, bagus kalau duit sendiri pakai untuk bayar rasuah tapi kalau duit rakyat, mmg celaka lah!..

    ReplyDelete
  2. Sudahlah dikatakan misi sulit, mana boleh bagitahu suka-suka. Tidak faham apa maksudnya private and confidential?

    ReplyDelete
  3. Misi rahsia la ba tu, macam mana kasi menang Umno.

    ReplyDelete
  4. Dekat2 PRU13 ni ada pula misi "sulit".

    ReplyDelete
  5. Bikin sangsilah misi rahsia ni..

    ReplyDelete
  6. misi damage control utk menutup butu haji logiut najib [yg rosak zip], dgn menggunakan dana negara/rakyat - FOC!!!

    ReplyDelete
  7. Kes Najib akan disebut pada bila-bila masa di Mahkamah Perancis. Najib adalah antara saksi utama dalam kes komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM540 juta yg diperolehi oleh Sykt Peri Mekar milik Razak Baginda, best friend Najib. Kapal selam RM4 billion. INGAT! Bangkai ayam bolehlah umno/BN tutup. Ini bangkai gajah, kes songlap komisyen kapal selam dan melibatkan pengeboman Altantuya dengan C4! Mana Najib dan Rosmah nak lari? Mana nak tutup bangkai gajah ni! Cuba ingat kes pembunuhan ADUN BN Datuk Mazlan di Raub Pahang. Mona Fendi hanya bertindak sebagai Pengarah Projek saja bersama suaminya. Manakala Juraimi sebagai orang yang disuruh menjalankan tugas. Tetapi mahkamah telah menjatuhi ke tiga-tiga orang itu dengan hukuman mati, mandatori. Cuma ada sedikit perbezaan, Datuk Mazlan dikerat-kerat dan ditanam, manakala Altantuya dibom dengan C4 sehingga berkecai. Oleh itu kita lihat di sini 'Pengarah Projek' dalam kes pembunuhan Altantuya, langsung tidak diheret ke mahkamah! Sebab apa? Dia berkuasa!!! Rakyat akan menjadi HAKIM pada PRU13 untuk menghukum umno/BN dan perancang projek pembunuhan Altantuya! Pastikan UMNO/BN TUMBANG pada PRU13!!! Asal Bukan BN!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Apa tugasan sulit yang diberikan tu??

    ReplyDelete
  9. Harap PM akan memberi penjelasannya terhadap rakyat. bersihkan imej kotor yang telah dilontarkan oleh PKR.

    ReplyDelete
  10. KITA SANGAT MENGALU-ALUKAN TINDAKAN SUARAM INI, DEMI MENJAWAB PERSOALAN MASYARAKAT SELAMA INI, DAN SETERUSNYA UNTUK MENEGAK KEADILAN MANUSIA SEJEGAT.

    ReplyDelete
  11. baik hal ini diperjelaskan, jika tidak pembangkang akan terus perbesarkannya.

    ReplyDelete
  12. Benarkah dengan dakwaan ini?? Mungkin Datuk Najib akan menjelaskan sendiri mengenai perkara ini. Ini adalah kepentingan peribadi beliau sendiri juga.

    ReplyDelete
  13. sudah namanya tugasan 'sulit' mana boleh dijelaskan kepada umum.. yang sulit tu sulit la..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.