Seorang pemandu van ‘prebet sapu’ mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mencabul penumpangnya yang juga pelajar tingkatan empat dalam satu kejadian 2 April tahun lalu.
Natijah pengakuan bersalah itu, tertuduh, Mohd Sahabuddin Razali, 27, dari Kampung Baru, Pusu 3, dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda terbabit.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latif selepas tertuduh mengaku salah mencabul kehormatan mangsa, 16, dengan cara meraba kedua-dua buah dada dan paha mangsa antara jam lebih kurang 1.30 petang hingga 1.45 petang di tempat letak kereta berhampiran Stadium Gong Badak, di sini.
Dengan itu, Mohd Sahabuddin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi. Berdasarkan fakta kes, semasa hari kejadian, mangsa yang ingin balik ke asrama sekolahnya yang terletak di daerah ini telah menaiki prebet sapu yang dipandu tertuduh di hadapan Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud.
Bagaimanapun, tertuduh tidak menghantar mangsa ke lokasi, tetapi sebaliknya telah membawa mangsa ke arah jalan Stadium Sultan Mizan Gong Badak dan telah memberhentikan prebet sapunya itu di depan Stadium Tertutup Gong Badak berdekatan dengan tasik di kawasan tersebut lebih kurang jam 1.30 petang.
Mangsa dipaksa memegang kemaluannya dan pada masa sama mengambil kesempatan meraba mangsa yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Sejurus melakukan perbuatan tidak senonoh itu, tertuduh telah meninggalkan mangsa di Pasaraya Mydin Mall, di sini dan mangsa terpaksa mengambil prebet sapu lain untuk ke asrama sekolahnya.
Mangsa yang masih trauma terus menelefon ibu bapanya dan menceritakan kejadian itu, lalu mereka membuat laporan polis. Rentetan laporan itu, tertuduh telah ditahan pada hari sama, kira-kira jam 3.45 petang untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -SH
Thursday, April 26, 2012
Pemandu Van Didenda Kerana Cabul Pelajar Tkn 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesiapa yang sering mengikuti van sapu seperti ini perlulah berhati-hati.
ReplyDeleteHarap pemandu ini akan dikenakan hukuman penjara 4 bulan atas kesalahannya.
ReplyDeleteNi lagi satu dupang yang ketandusan.
ReplyDeleteMahu kena hukuman berat ni. Biar jera. Suka2 mahu sentuh anak orang.
ReplyDeleteSial punya orang
ReplyDeletehukuman tu biarlah berat sikit.. hukuman sebat tu patut diwajibkan untuk kes2 seperti ini..
ReplyDeletehukuman setimpal pasti menunggu.
ReplyDeletesetuju dengan belalang.. hukuman perlu tegas dan berat.. wajibkan saja hukuman sebat dan penjara..
ReplyDeleteLain kali jika boleh berjalanlah dengan berteman dan jangan berseorangan.
ReplyDelete