Thursday, April 26, 2012

SPR cetak 5,000 naskah buku tepis dakwaan pembangkang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan.

Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.

“SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses,” katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.

Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.

“PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu, dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak. (Namun) banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat,”katanya.

“Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini, banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih. Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini.”

Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai, merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka.

“SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini,” katanya. “Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik, hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita.”

Malah, tambahnya, negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka.

“Kalau mereka tidak percaya, kenapa mereka jemput kita?” soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.

Selain itu, Abdul Aziz juga meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan kredibiliti SPR kerana menurutnya, jumlah pengundi yang ramai di negara ini, mustahil untuk SPR membersihkan 100 peratus senarai daftar pemilih berkenaan.

“Kita ada 12 juta pengundi. Mesti akan berlaku sedikit kesilapan. Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih.

“Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.

“SPR mengharapkan dengan pengedaran buku ini, dakwaan sesetengah pihak dapat disangkal dengan fakta berikutan mereka sering mempersoalkan kredibiliti sistem daftar pemilih SPR,” tambahnya lagi. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. Saya cadangkan SPR juga meletakkan buku ini dalam bentuk E-book di internet supaya rakyat boleh akses menerusi online.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan buku tepis dakwaan pembangkang ini mampu menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan membolehkan rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. HAH!!!! Sekarang apa lu mau cakap, Aziz & Wan Ahmad? Rakyat dah muak ngan perangai lu orang. Lagi satu alasan untuk turun join BERSIH 3.0....Sekarang,,, sejuta rakyat akan melawat Dataran Merdeka....28042012,,, Dataran Merdeka menjadi Dataran Bersih....

    ReplyDelete
  4. Mimpi ngeri menjadi kenyataan, bro. Bisa UMNGOK sudah merebak ke semua institusi negara, PDRM, SPR, SPRM,....Kita ada penawarnya, BERSIH 3.0.

    ReplyDelete
  5. cetak banyak2, biar habis stok kertas yg ada...rakyat nampak apa yg berlaku di sekeliling mereka n x mudah tertipu...

    ReplyDelete
  6. Memang betul. tiada yang benar2 sempurna/bersih termasuklah sistem daftar pengundi.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang memang suka perbesarkan isu sebab mau dapat kredit untuk PRU.

    ReplyDelete
  8. kita perlu bijak menilai segala dakwaan dari pembangkang, pembangkang bijak memanipulasikan keadaan.

    ReplyDelete
  9. SPR harus lebih cekap dalam pengurusan

    ReplyDelete
  10. kebijaksanaan dalam menilai segala statements pembangkang. sama ada benar atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Kenapa tidak buat dari dulu?

    ReplyDelete
  12. Apa pun, diharap SPR tidak menidakkan kelemahan mereka. Jangan tegakkan benang yang basah. Ada kelemahan, baiki.

    ReplyDelete
  13. Harap ini akan dapat menjawab persoalan yang timbul daripada pembangkang.

    ReplyDelete
  14. pembangkang guna perhimpunan Bersih, SPR pula guna buku..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.