Wednesday, April 25, 2012

BN belum putus MP bentang kad laporan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3qlCWePKqeSSGx7ypupyoiPB-xizThJlKVAII-2m9pPT5DVO_LV2KKD-XgFdo7b3jLXWGZE-dQ1gsV97br5OtJaxVMe7vvtS3lieMP8j22XNA9iOT-gPnxtFqp-wD9-L2Aj-JLbbhyXXZ/s1600/Logo+Barisan+Nasional.pngSetiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti itu masih belum menetapkan sama ada akan mengadakan satu lagi sesi pembentangan kad laporan ahli parlimennya.

"Kalau kita perlu MP bentang balik masalah di kawasan mereka, kita akan minta dia bentang balik.

"Jika ada, mungkin kita akan panggil mereka secara individu," katanya ketika ditemui selepas satu sidang medianya hari ini.

Pembentangan kad laporan itu dijangka memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk menilai kekuatan parti itu sebelum mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Pusingan pertama pertemuan empat mata Najib dengan ahli parlimen berkenaan berlangsung pada awal tahun lalu, melibatkan seramai 105 orang wakil rakyat BN.

Pertemuan yang dijalankan empat bulan sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011 itu turut memberi peluang kepada setiap wakil rakyat berkenaan untuk mengemukakan masalah serta strategi bagi mengekalkan kemenangan di kawasan mereka.

-MK

10 comments:
Write comments
  1. pembentangan kad utk merangka pelan rompakan dana/aset negara secara HALAL!!!

    ReplyDelete
  2. Pembentangan kad laporan ini perlulah dilaksanakan sebelum PRU-13, diharapkan PM akan mengambil masa untuk melakukan pembentangan ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga satu sesi pembentangan akan ditetapkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik tumpukan perhatian kepada tempat yang memerlukan seperti Sabah

    ReplyDelete
  5. Peruntukan perlu digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan rakyat dan pembangunan

    ReplyDelete
  6. Kalau masih ada masa, bentangkan saja kad laporan tu.

    ReplyDelete
  7. Sekarang pun Najib memang giat untuk datang ke setiap negeri. Di Sabah sendiri, tahun ni sudah 2 kali.

    ReplyDelete
  8. baik pembentangan tersebut diadakan, jadi tau jg keadaan semasa.

    ReplyDelete
  9. Yang penting sekali laksanakan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang baik.

    ReplyDelete
  10. Pirit, kenapa kau tidak mention sekali pelan 100 hari untuk merompak harta negara..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.