Satu gambar "kad pengenalan (IC) bertarikh luput" tersebar di laman sosial baru-baru ini, mencungkil kecurigaan bahawa warga negara asing diberi IC untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Menurut pihak yang menyebarkan gambar ini, IC ini dimiliki seorang warga asing dari Burma.
Bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa gambar tersebut merupakan gambar Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang lama yang dikeluarkan pada tahun 2001, pada masa yang sama menafikan bahawa kewarganegaraan diberikan kepada warga negara asing.
"Walaupun seseorang itu memiliki Kad Pengenalan Sementara, dia bukanlah berstatus warganegara Malaysia." Demikianlah jawapan daripada Jainisah binti Mohd Noor, Pegawai Perhubungan Awam JPN ketika membalas beberapa soalan yang diajukan dalam emel oleh MerdekaReview.
Menurut Jainisah, pada tahun 2001, semua kad pengenalan untuk warganegara, pemastautin tetap dan pemastautin sementara adalah menggunakan kad yang sama dengan hanya dibezakan berdasarkan indicator tertentu pada atas kad.
"Bagi kad pengenalan Pemastautin Sementara, ianya mempunyai lima segitiga berwarna hijau di atas kad serta mempunyai tarikh luput. Kad pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan berdasarkan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan - Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia namun status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan."
"Pada tahun 2008, kad pengenalan Pemastautin Sementara yang dikenali sebagai MyKAS telah dikeluarkan dan adalah berwarna hijau sepenuhnya serta terdapat catatan 'Pemastautin Sementara' pada kad tersebut. Untuk rujukan lanjut bolehlah melayari portal kami di http://www.jpn.gov.my/informasi/mykas ."
Ketika ditanya apakah tujuan IC seperti ini dikeluarkan, Jainisah menjawab, "Berdasarkan Peraturan 5(3)(c)(ii) Kad Pengenalan tersebut dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan."
Ketika ditanya lagi dakwaan bahawa IC paling banyak diberikan kepada warga asing di Selangor, Jainisah sekali lagi menekankan, "JPN tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan bertaraf warganegara kepada warganegara asing tidak kira di mana mereka berada."
Wartawan MerdekaReview menelefon Jainisah pada pagi ini, dan beliau mengesahkan bahawa Pemastautin Sementara tidak berstatus warga negara Malaysia, dan tidak mempunyai hak mengundi, lantas tidak boleh mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, sehingga Disember 2011, daripada kira-kira 500 ribu pengundi baru di Selangor, lebih 398,300 orang adalah pengundi yang baru mendaftarkan diri, 91,000 orang dipindah ke Selangor, membawa kepada jumlah 489,405 orang.
Pakatan Rakyat telah mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor supaya tidak membubarkan DUN Selangor serentak dengan pembubaran parlimen, jika diumumkan PM Najib Razak dalam masa terdekat - selagi senarai daftar pemilih tidak dibersihkan.
-http://www.merdekareview.com/
Wednesday, April 25, 2012
JPN nafi keluarkan IC kepada warga asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah byk kali sy dgr kewibawaan ttg JPN nih, apa dah jadi gamaknya. Tapi yg sy fhm ini mainan politik utk kekal memerintah beri kerakyatan pada warga asing sudah menjadi lumrah UMNO/BN. Apapun kejahatan yg anda lakukan tidak terlepas begitu saja, suatu hari nanti adalah natijahnya.
ReplyDeleteIC kpd warganegara palsu di sabah dikeluarkan oleh TUHAN? diperolehi drpd lubang pantat saiful bukhari???
ReplyDeleteDiharapkan SPR akan memastikan proses pengundian adalah bersih dan adil pada PRU-13.
ReplyDeleteIsu pemberian IC secara tidak sah kepada warga asing ini wajar disiasat secara mendalam.
ReplyDeleteRCI perlu untuk menyiasat sejauh mana ketulusan JPN
ReplyDeleteTindakan dalang2 IC projek hanya memusnahkan Sabah
ReplyDeleteIni kes lapuk di Sabah ....dah atas kepentingan politik pihak berwajib buat tak tahu jer....sapa2 yang undi BN pada PRU nanti Kira bersubahat lah dalam kes IC Palsu ni....TOLAK BN.....
ReplyDeletemengikut kajian banci pada tahun 2010 di sabah, terdapat tempat di mana pendatang asing lebih ramai dari penduduk tempatan iaitu nisbah 6:2 dimana 6 mewakili PTI dan 2 mewakili penduduk tempatan. jadi fikir2kanlah sabah yang dikatakan fix deposit UMNO BN. jadi inilah dikatakan KEBANGSATAN kerajaan UMNO BN. aku heran betullah di sabah ni, sudah jelas BN menipu untuk menang tetapi masih undi lagi. sampai bilalah minda org2 sabah ni berubah, janganlah bah disebabkan duit RM50 kita merosakkan masa depan anak2, duit yang diberi masa kempen bukannya duit BN tetapi duit rakyat juga.
ReplyDeleteMemang benar sudah ada beberapa tempat di Sabah ni yang mempunyai bilangan warga asing melebihi penduduk tempatan. Salah satu diantaranya ialah Kinabatangan. Cuba tanya Bung Mokhtar.
ReplyDeletePastikan semua syor2 yang dipersetujui melalui PSC akan dilaksanakan untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan bersih dan adil.
ReplyDeletepemberian IC tak boleh diberikan sewenang kepada PATI.
ReplyDeleteBaguslah kalau JPN benar-benar tidak melakukannya.
ReplyDeletenanti kalau RCI dapat ditubuhkan, minta saja suruhanjaya itu menyerbu JPN..
ReplyDelete