Saturday, April 28, 2012

Peneroka ‘Diperdaya’ Tandatangani Pinjaman Bank

Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

“Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

“FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,” katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan ‘durian runtuh’ untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.
“Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka,” katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

“Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada,” katanya. -FMT

13 comments:
Write comments
  1. maknanya Mazlan juga menghasut para peneroka memandangkan beliau tahu bahawa para peneroka berada dalam keadaan keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa2..

    ReplyDelete
  2. Sebelum menandatangani surat perjanjian harus diteliti dan difahami. Pihak bank juga harus menyediakan surat perjanjian dalam BM supaya mudah difahami oleh peneroka. Sebelum bersetuju mereka harus diperjelaskan supaya tidak timbul masalah dikemudian hari

    ReplyDelete
  3. Penyelesaian terbaik harus dicapai dalam hal tersebut.

    ReplyDelete
  4. Kenapa para peneroka menandatangai pinjaman bank tersebut jika meragui perjanjian tersebut? Mereka berhak untuk membeli saham Felda Global Ventures.

    ReplyDelete
  5. Jika tidak memahami syarat-syarat dalam perjanjian, mereka berhak mendapatkan nasihat daripada peguam.

    ReplyDelete
  6. seharusnya mereka memahami perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya.

    ReplyDelete
  7. siasatan isu ini harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  8. Pihak bank harus bertanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan.

    ReplyDelete
  9. Pastikan hal ini diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  10. The biggest lie ever, "I have read the terms and conditions". And this what usually happen.

    ReplyDelete
  11. Kerana duit, segelintir manusia suka ambil kesempatan terhadap mereka yang lemah.

    ReplyDelete
  12. Kalau sudah namanya Saham sememangnya kerugian akan ditanggung sendiri. Tapi sebelum ini pastikan dulu apa yang tertera dalam perjanjian tersebut.

    ReplyDelete
  13. mereka keluru sebab dikelirukan oleh Mazlan Aliman.. mereka telah menurunkan tandatangan sebab mereka telah faham isi kandung borang tersebut.. kemudian datang la si Mazlan menghasur para peneroka sehingga la mereka keliru.. syabas Mazlan!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.