Thursday, April 26, 2012

Demo anti-PTPTN: UM siasat 3 siswa

Universiti Malaya (UM) akan mengadakan prosiding tatatertib terhadap tiga pelajarnya berhubung penglibatan mereka dalam demonstrasi anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April lalu.

Ketiga-tiga mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - dimaklumkan berhubung perkara tersebut melalui surat hari ini.
muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 01
"Saya baru sahaja menerima surat itu hari ini yang mengarahkan supaya saya menghadiri prosiding itu pada 3 Mei ini, dan Haziq serta Safwan akan mengambil surat tersebut nanti.

"Kami dituduh memburukkan nama universiti bawah Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya dihubungi Malaysiakini.

Mohd Syahid adalah mahasiswa tahun akhir jurusan sains politik Islam manakala Muhammad Safwan merupakan pelajar tahun tiga jurusan pengajian Islam. Kedua-duanya merupakan pelajar Akademi Pengajian Islam UM.

Sementara Haziq Abdullah pula merupaka pelajar tahun pertama jurusan Undang-undang. -MK

12 comments:
Write comments
  1. Universiti mereka yang merasakan mereka memburukkan nama baik sekolah, sepatutnya mereka tahu apakan peraturan Universtiti masing-masing dan sesiapa yang melanggar peraturan tersebut perlulah menghadiri prosiding.

    ReplyDelete
  2. Nasib tiga orang mahasiswa ini kini terletak dalam tangan pihak Universiti.

    ReplyDelete
  3. student boleh dihalang ttp momentum rakyat siapa yg boleh nafikan? IPTA mau menghasilkan robot? sila kan, ttp majoriti di luar sana masih/tetap MANUSIA...pertarungan sebenar adalah GE13...

    ReplyDelete
  4. Yang penting tiada student UMS dan UNIMAS. Hoho

    ReplyDelete
  5. kesian pelajar2 ni dijadikan mangsa oleh pemimpin2 pembangkang.. makin tinggi belajar, makin kurang ajar.. pelajar2 ni lupa agaknya bahawa Anwar la penyokong kuat penubuhan PTPTN ketika beliau masih memegang jawatan menteri kewangan dan TPM..

    ReplyDelete
  6. saya yakin selepas ini, nasib pelajar2 ini akan dipolitikkan lagi oleh pemimpin2 pembangkang.. inilah saat yang mereka tunggu2..

    ReplyDelete
  7. Belajar dulu la sehingga graduate. Akan tiba juga masanya mereka berpolitik. Tapi tunaikan dulu tanggungjawab sebagai pelajar.

    ReplyDelete
  8. Kalau baru setahun jaguh jangan la mahu tambirang...

    ReplyDelete
  9. bila tengok2 pelajar2 ni turun berdemo, nampak seolah2 tidak wujud pemimpin2 atau parti politik pembangkang di negara ini.. bukankah desakan memperbetulkan pentadbiran kerajaan itu tugas ahli2 politik?? kenapa perlu pelajar yang mengambil alih tugas ahli2 politik??

    ReplyDelete
  10. kalau betul anti-PTPTN, batalkan saja perjanjian pinjaman dengan PTPTN.. apa susah.. tanggung sendiri la yuran pengajian..

    ReplyDelete
  11. ibu bapa suruh pergi belajar, kamu pergi demo.. mengecewakan betul.

    ReplyDelete
  12. Harap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.