LEDANG – “Arwah tidak menunjukkan perubahan ketara, cuma beberapa hari sebelum kejadian dia sering mengadu berasa letih,” kata isteri kepada anggota polis bantuan, Ramdan Harun, 54, yang maut disengat sekumpulan lebah semasa bertugas di sebuah ladang di Bukit Serampang berhampiran Sengkang di sini, kelmarin.
Norlidah A. Rahim, 49, berkata, suaminya juga begitu bersungguh-sungguh mahu membuat rawatan bekam dan sempat melakukannya di sebuah pusat rawatan di Tangkak, Sabtu lalu.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki pelakuan aneh suaminya kerana menganggap keletihan yang dialami kesan daripada penyakit jantung yang dihidapi.
“Pada pagi kejadian, sebelum keluar bekerja kira-kira jam 6 pagi, arwah kelihatan seperti biasa dan sempat minum minuman yang saya sediakan.
“Namun pada jam 9.45 pagi, saya dikejutkan dengan panggilan daripada seorang penduduk di Sengkang mengatakan suami jatuh kerana diserang lebah,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, pada mulanya dia menyangka insiden yang berlaku itu tidak serius, tetapi apabila tiba di tempat kejadian, dia terkejut melihat tubuh suaminya kaku suami dan bahagian mukanya penuh dengan kesan sengatan lebah.
“Saya berasa sayu mengenangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung suami sebelum meninggal dunia dan redha dengan kejadian yang berlaku,” katanya.
Penolong pengurus ladang, S. Karthigesu berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi semasa Ramdan bersendirian membuat rondaan dengan menaiki motosikal.
“Sebelum kejadian itu, Ramdan terlebih dahulu membuat rondaan di Ladang Sagil dan pada jam 7.30 pagi melaporkan diri untuk rondaan di sekitar Ladang Bukit Serampang termasuk tempat kejadian.
"Dipercayai sarang lebah itu telah diganggu seekor burung helang dan Ramdan menjadi mangsa serangan balas.
"Ramdan cuba mendapatkan bantuan penduduk tetapi gagal berikutan terlalu banyak lebah menyerang mukanya, lalu dia rebah di bawah pokok kelapa sawit," katanya.
Jelasnya, Ramdan sudah 12 tahun berkhidmat di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden berkenaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kematiannya disebabkan terlalu banyak disengat lebah,” katanya.
Sinar Harian
Wednesday, April 25, 2012
Polis bantuan maut disengat lebah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takziah diucapkan kepada isteri mangsa.
ReplyDeleteTakziah
ReplyDeleteLebah ni memang bahaya apa lagi terkena dengan lebah yang kuat bisanya.
ReplyDeletetakziah, kena berhati-hati dgn lebah.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga mangsa atas apa yang berlaku.
ReplyDelete