Pelbagai cara digunakan oleh sindiket untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Terbaharu, satu lagi taktik digunakan sindiket dadah antarabangsa dengan menyorok dadah jenis syabu seberat 9.64 kilogram ke dalam ubi kayu dan keledek berjaya ditumpaskan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini baru-baru ini.
Taktik licik itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 31 dan 32 tahun secara berasingan pada Sabtu lalu dan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, tangkapan pertama yang dibuat pada pukul 3.45 petang di balai ketibaan KLIA itu melibatkan seorang lelaki yang baru tiba dari Lagos, Nigeria.
“Ketika ditahan, suspek yang memasuki negara ini sebagai pelancong itu memegang satu beg guni plastik mengandungi enam ketul ubi kayu bersaiz ‘gergasi'.
“Ketika soal siasat, suspek mendakwa barang itu dikirim untuk rakannya di sini dan pemeriksaan lanjut kita menemui enam bungkusan syabu yang disumbat di dalam ubi kayu tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo
Tuesday, May 17, 2011
Seludup RM2.41j syabu dalam ubi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak kira bagaimana mereka cuba menyeledup, mereka tetap akan dibongkar.
ReplyDeletepolis malaysia ni cekap, cara bagaimanapun p0lis dpt dikesan juga.
ReplyDeletemereka memang licik. baguslah polis dapat mengtahui taktik mereka.
ReplyDeletewarga Afrika ni semakin menjadi-jadi sekarang. bukan saja semakin membanjiri negara ini malah berani untuk menyeludup masuk dadah dan baru-baru ini juga menipu rakyat melalui laman sosial. kemasukan mereka ini harus disekat kerana ramai di antara mereka yang menyalahgunakan pas. keadaan ini boleh menggugat keselamatan negara.
ReplyDeletehukuman gantung pasti dikenakan kepada kedua-dua warga asing ini jika benar-benar didapati bersalah. diharap ini memberi pengajaran kepada warga asing mahupun rakyat Malaysia sendiri supaya tidak terlibat dengan kegiatan yang melibatkan dadah.
ReplyDeleteTahniah kepada pihak polis. Harap penyeludupan akan dapat ditangani.
ReplyDeleteMacam-macam cara yang ada. Sembunyi dalam ubi pula.
ReplyDelete