PERGERAKAN Pemuda Umno Kota Belud pada Ahad menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap gandingan Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak untuk memimpin Umno Sabah.
Ketuanya, Baharul Sawi berkata gandingan Musa sebagai Pengerusi dan Salleh selaku Timbalan Pengerusi adalah yang terbaik serta mantap.
"Kita komited menjunjung kepada prinsip satu perjuangan 'sebuah bahtera, seorang nahkoda' 'sebuah kereta, seorang pemandu', 'mendayung bersama berketua satu', bukannya talam bermuka dua, bukan juga ular berkepala dua.
"Inilah janji setia kita untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan, selagi khidmat masih diperlukan, untuk Pemuda bersama-sama Ketua Bahagian kita," katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan sayap itu di sini, yang dirasmikan Salleh selaku Ketua Umno Kota Belud.
Baharul turut mempertahankan tindakan Salleh yang sentiasa teguh di belakang Musa apabila Ketua Menteri Sabah itu menerima kritikan daripada pihak berkepentingan.
"Kita sependapat dengan Ketua Bahagian betapa Ketua Menteri telah membawa banyak perubahan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri ini, selain memakmurkan politik Barisan Nasional (BN) di negeri kita ini," katanya.
Justeru katanya, tidak ada sebab dan alasan untuk pihak terbabit memperkecilkan kewibawaan Musa yang berjaya membawa BN mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008.
Baharul berkata kritikan itu yang datang daripada kalangan anggota BN sendiri adalah bermotifkan politik dan mempunyai agenda tersendiri serta didalangi tangan-tangan ghaib.
Dalam ucapannya itu juga Baharul mengajak anggota Pemuda Kota Belud agar komited dalam perjuangan parti kerana cabaran sekarang jauh berbeza dengan masa dulu.
"Dalam mengharungi cabaran-cabaran ini, marilah kita semua terus bersatu tenaga, berpadu usaha demi mencapai visi dan misi yang disepakati bersama, dalam perjuangan parti yang tidak berpenghujung.
"Bagi maksud ini, Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud akan terus memperkasakan program di peringkat akar umbi. Kita akan terus memperhebatkan program mendekati rakyat sebagai kumpulan sasaran," katanya. (BERNAMA)
Monday, May 16, 2011
Pemuda KB Ikrar Sokong Musa-Salleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap pemuda-pemudi akan membuat pilihan yang betul dan menilai sendiri dengan bijaksana.
ReplyDeleteharap gandingan ini akan terus memberikan manfaat kepada rakyat Sabah.
ReplyDeletemasih banyak yang perlu dilakukan, semoga Musa dan Salleh akan terus berusaha untuk memajukan Sabah.
ReplyDeletejika semua berganding bahu, pasti parti akan semakin kukuh, dan agenda untuk membangunkan rakyat lebih mudah dilakukan.
ReplyDeletewalaupun banyak pandangan negatif yang dilontarkan kepada kepimpinan Musa Aman, saya rasa majoriti masih menyokongnya dan rakyat dapat menilai sendiri apa yang telah disumbangkannya.
ReplyDeletesemoga Musa Aman dan Salleh dapat memimpin Umno Sabah dengan baik.
ReplyDeleteSokong pada Pihak yang boleh memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah. Datuk Musa dan Datuk Salleh adalah antara orangnya.
ReplyDelete"Kita sependapat dengan Ketua Bahagian betapa Ketua Menteri telah membawa banyak perubahan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri ini, selain memakmurkan politik Barisan Nasional (BN) di negeri kita ini,"
ReplyDeleteItu sudah pasti. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kebolehan datuk Musa telah membawa perubahan kepada Sabah. HArap kita akan sentiasa memberikan sokongan kepada beliau untuk terus berusaha menyelesaikan masalah yang terdapat di Sabah. Terutama sekali isu yang hangat sekali adalah isu PATI. Kalau datuk Musa dapat membuktikan pasti rakyat 100% yakin dengan datuk Musa.
Apa pun kritik dan fitnah yang diberikan kepada Datuk Musa pastikan rakyat kaji benar-benar sebelum mempercayainya. Faham-fahamlah sekarang orang pentingkan politik untuk diri sendiri.
ReplyDeleteBagus lah mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyrakat. Ini membuktikan bahawa kedua2 mereka melakukan pekerjaan mengikut landasan yang betul.
ReplyDeleteSaya yakin bahawa majoriti rakyat juga menyokong mereka berdua untuk terus mewarnai politik Sabah.
ReplyDeletepastikan ikrar yang dibuat adalah ikhlas..tidak ada agenda tersembunyi..
ReplyDeletekredibiliti Musa sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi..beliau sememangnya ada karisma tersendiri..
ReplyDeletediharap sabah akan lebih membangun selepas ini.
ReplyDeletedengan adanya sokongan pasti Musa akan dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri.
ReplyDeleteBuat apa nak burukkan Musa lagi. Kan dah terbukti dia pernah catat kemenangan besar pada pru 2008. By election ataupun BUY electio, siapa peduli kerana yang pasti dia dah menang.kemenangan besar pada pru 2008. By election ataupun BUY electio, siapa peduli kerana yang pasti dia dah menang.
ReplyDeleteMahu marah pun susah sebab undi kan di tangan rakyat. Jadi apa lagi yang nak dikata???
ReplyDeletePaling pun sekarang ini kita cuma mampu berharap agar rakyat lebih bijak membuat penilaian.
ReplyDeleteSusah nak komen kerana lain orang lain pandangannya. Yang pasti CM kita memang dah banyak beri sumbangan pada negeri kita juga.
ReplyDeleteApapun terpulanglah pada pandangan rakyat itu sendiri. Jadi tunggu dan lihat sajalah.
ReplyDeleteCabaran berbeza pada masa semasa mengikut zaman, jika tidak berdepan, kesan cuma satu iaitu ditinggalkan.
ReplyDeletePemimpin yang baik kita kena sokong supaya ia boleh maju lagi pada masa depan.
ReplyDeleteKombinasi Musa Salleh dilihat paling sesuai sebagai tungak pimpinan Sabah. Tidak hairan Pemuda KB sokong mereka.
ReplyDeleteMusa banyak berjasa pada Sabah begitu juga Salleh semasa menjawat jawatan KM Sabah.
ReplyDeleteBersatu hati pasti boleh menang. Persaingan tetap ada tapi jangan sampai berpecah belah.
ReplyDeleteSiapa mampu mencabar gandingan Musa Salleh? Mereka pemimpin yang mendapat oskongan kuat dari kalangan akar-umbi hingga pucuk pimpinan.
ReplyDeleteHarap Musa-Salleh tidak akan mengecewakan mereka yang menyokong.
ReplyDeleteLiving proof.
ReplyDeleteSupport the best leaders.
ReplyDeleteMereka masih ada penyokong sendiri.
ReplyDeleteBiar rakyat yang memilih sama ada mahu sokong ataupun tidak.
ReplyDeleteOnly good leaders will have supporters behind them(always).
ReplyDeleteThis proves Musa leadership is good.
ReplyDeleteTiada sesiapa yang boleh memaksa seorang untuk menyokong mereka.
ReplyDelete