KENAIKAN harga petrol RON97 sebanyak 20 sen untuk setiap kenaikan pada 1 April 2011 dan 5 Mei 2011 dan menjadikan harga petrol RON97 sekarang RM2.90, merupakan satu tindakan yang kurang tepat dan langsung tidak mengambil kira implikasi negatif terhadap kenaikan harga barangan secara tidak langsung terutamanya untuk penduduk di Sandakan serta Sabah pada umumnya.
Sekarang kita pula sedang menanti debaran yang bakal diumumkan oleh pihak kerajaan berhubung dengan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel pada bila-bila masa dari sekarang.
PETRONAS selaku sebuah syarikat GLC yang telah berjaya mengaut keuntungan dan terlepas daripada masalah kewangan seperti yang dihadapi oleh syarikat-syarikat GLC yang lain seperti MAS, TNB, PLUS, MISC dan TELEKOM MALAYSIA, merupakan antara firma yang terbesar di dunia dalam senarai 500 Global Fortune dan telah meneroka di peringkat global di lebih 33 negara seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Thailand, Iran dan Sudan.
Namun yang demikian, isu yang berkaitan dengan kenaikan harga minyak telah menyedarkan betapa pentingnya hak minyak negeri Sabah dikembalikan kepada rakyat Sabah memandangkan proses pemulihan dari sebuah negeri yang termiskin di Malaysia kepada sebuah negeri yang selari dari segi pembangunan dan jurang perbezaan dari segi kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi, dapat dinikmati oleh setiap pembayar cukai.
Perlu diingatkan bahawa setiap perbelanjaan yang kita belanjakan seperti membeli mi segera, barang permainan untuk kanak-kanak, ikan sardin, tisu tandas, gunting, pen, buku-buku latihan, kasut, baju dan barang-barang keperluan harian yang lain lagi, telahpun dikenakan cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai pengangkutan tanpa kita sedari.
Ramai yang beranggapan bahawa mereka yang menghantar borang penyata cukai pendapatan dan yang membayar cukai melalui penyata cukai tersebut adalah pembayar cukai.
Anggapan mereka adalah salah memandangkan setiap rakyat yang hidup di dunia ini merupakan pembayar cukai tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, kaum, warna kulit, seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta, orang kelainan upaya (OKU), orang kaya mahupun miskin, Yang Berhormat mahupun Yang Berkhidmat atau Yang Bertaubat, kesemuanya merupakan pembayar cukai yang begitu taat setia menunaikan tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai!
Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON95. Ini bermakna dalam perkataan lain, minyak petrol yang kita isi sekarang ini merupakan minyak daripada RON92 yang mana kualitinya begitu diragukan ke atas kereta import dan kereta baru buatan tempatan sehinggakan kerajaan terpaksa memberi penjelasan tentang prestasi minyak yang terdapat pada RON95.
Tentu sekali kita tidak akan lupa dengan kenaikan harga minyak yang langsung tidak munasabah pada 5 Jun 2008 di mana harga petrol RON97 (yang juga dikenali sebagai petrol RON95 pada masa sekarang) adalah RM2.70 daripada harga RM1.92 iaitu kenaikan sebanyak 41% walaupun harga dunia minyak adalah pada paras USD121.00 setong pada ketika itu!
Pembelian dan pengisian minyak yang luar biasa yang berlaku pada masa tersebut, sentiasa berada di dalam ingatan semua rakyat Malaysia terutamanya di Sandakan ini yang mana begitu ramai yang berbaris panjang untuk mengisi minyak gara-gara kenaikan yang tidak munasabah sedangkan gaji dan mata pencarian yang begitu rendah yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan ini.
Kenapalah penduduk di Sabah khususnya di Sandakan ini perlu berhadapan dengan situasi yang langsung tidak adil daripada kerajaan pusat mahupun negeri terutamanya dari segi pengagihan royalti minyak dan baru-baru ini, kita dikejutkan pula dengan pengagihan kontrak oleh pihak PETRONAS yang langsung tidak memberikan peluang kepada penduduk Sabah sebagai Kontraktor Utama (main contractor) dan hanya layak sebagai sub-kontraktor untuk projek-projek sejak PETRONAS bertapak di Sabah berpuluh tahun yang lalu.
Apakah rasionalnya keuntungan daripada hasil minyak di Sabah cuma dikembalikan sebanyak 5% dalam bentuk royalti minyak sedangkan 95% dikebas oleh PETRONAS dan kerajaan pusat untuk membangunkan negeri di Semenanjung?
Untuk pengetahuan pihak umum, Malaysia bukanlah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan adalah wajar pihak PETRONAS mengkaji untuk menyalurkan keuntungan yang diperolehi kepada negara sendiri secara langsung dengan cara menjual petrol dan diesel yang jauh lebih rendah harganya daripada syarikat minyak dari luar negara seperti SHELL, EXXON, ESSO dan lain-lain lagi kepada rakyat Malaysia.
Kerajaan sering memberikan alasan pemberian subsidi yang sangat tinggi dari segi subsidi minyak, dan adalah begitu menghairankan kenapalah PETRONAS dahlah untung banyak, namun apabila ada kenaikan harga minyak, kerajaan pula yang harus menanggung dan bertanggungjawab untuk pembayaran subsidi kepada PETRONAS?
Sepatutnya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang harus membantu meringankan beban kerajaan dan bukannya kerajaan mengalihkan tanggungan kepada rakyat!
Oleh yang demikian, minyak yang diperolehi di tanah milik Sabah, haruslah dikembalikan kepada rakyat Sabah! Perjanjian yang dimeterai berpuluh tahun yang lalu, tidak lagi relevan dan ‘Harus Disemak Semula’ memandangkan perjanjian inilah antara penyebab Sabah tercatat sebagai Negeri Yang Termiskin Di Malaysia!
Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)
Monday, May 16, 2011
Kenapa BN Terus Hukum Rakyat Sabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat bukan lagi seperti dulu, kalau mahu kekalkan undian rakyat Sabah, berubahlah BN.
ReplyDeletesetiap isu yang diutarakan haruslah diteliti dengan sebaiknya.
ReplyDeleterakyat Sabah pasti tahu membezakan mana yang terbaik untuk mereka..
ReplyDeleteSabah mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar minyak dan gas asli yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara kerana medan minyak di Sabah masih mempunyai simpanan semasa (current crude oil and natural gas reserve) dianggarkan 1.4 billion tong (barrel) minyak dan 7.7 trillion Scf (standard cubic feet) gas cecair asli. Kewujudan simpanan sebanyak ini membuktikan sebagai wajar untuk Petronas membangunkan perindustrian asas minyak dan gas kepunyaan Kerajaan negeri Sabah, selain memberi hak ekuiti carigali, pengeluaran dan pemasaran supaya Sabah benar-benar dapat menikmati hasil sumber asli nya sendiri.
ReplyDeletediharap Kerajaan Persekutuan dan Petronas melepaskan pegangan ke atas sumber minyak dan gas Sabah serta merestui kerajaan Negara Sabah untuk mengendali sumbernya sendiri.
ReplyDeleteKalo RON95 naik, aduiii...sakit2.
ReplyDeletehak petroleum Sabah harus dikembalikan.
ReplyDeletedan diharap harga minyak takkn naik lagi secara mendadak, rakyat semakin terbeban.
ReplyDeleteHarap setiap masyarakat perlulah memikirkan perkara yang positif terlebih dahulu sebelum memikirkan yang negatif. Mungkin hanya ahli pembangkang saja yang akan memikirkan perkara yang negatif dan negatif. Keran mereka sengaja untuk memburukkan dan melemahkan kerajaan. Apa pun sendiri mahu ingatlah.
ReplyDeleteKerajaan perlulah mengawal kenaikan yang berlaku. Sampai bila rakyat menanggung beban kenaikan harga sedangkan gaji tetap sama. Tapi harga keperluan naik. Harap kerajaan memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
ReplyDeleteHarap RON95 tidak perlu dinaikkan. Jika tidak rasanya rakyat sedang memikirkan untuk membuat bantah atas perkara ini.
ReplyDeletejika RON95 dinaikkan, rakyat akan terus terbeban.
ReplyDeleteperjanjian harus disemak semula? mungkinkah ianya akan berlaku sedangkan kerajaan persekutuan selesa dengan perjanjian tersebut?
ReplyDeletemungkin royalti 5% harus ditingkatkan..sekarang semua naik harga..
ReplyDeletekenaikan harga minyak sememangnya membebankan rakyat...gaji pula tidak dinaikkan..seharusnya gaji minimum dilaksanakan secepat mungkin.
ReplyDeletediharap bebanan yang ditanggung rakyat diambil berat oleh kerajaan malaysia.
ReplyDeletekerajaan sekarang jangan yang sedap goyang kaki jer, nasip rakyat tak diambilkira, kalau RON95 naik ini bermakna kerajaan tak membela rakyat menjahanam rakyat pulak
ReplyDeleteJgn harap kerajaan, mereka tetap naikan minyak walaupun Petronas untung berBilion-bilion. Orang bodoh saja yang percaya kerajaan pembela rakyat.
ReplyDeleteSekarang saya befikir, bilah lah saya boleh kaya ni. huhuhu. Makin kumpul duit, makin pula harga naik. huhuuu
ReplyDeleteSusahlah kalau terus macam ini. Macam tak dapat bernafas pula, asyik ja ada yang naik. Kalau gaji nai, oklah juga. TAPI ini.... hhmm...
ReplyDeleteSaya percaya kerajaan pun bukannya suyka2 naikkan harga minyak, tapi TOLONGLAH cari alternatif lain utk bantu rakyat.
ReplyDeleteJangan biarkan rakyat, terus terbeban dan rasa tidak dipedulikan. Nanti lain pula yang berlaku.
ReplyDeleteAppaun, harap kerajaan akan terus membantu rakyat berdepan dengan hal ini.
ReplyDeleteJika ada bahan altenat petrol diciptakan, lebih murah dan bersih. Tidak lagi kita merisau kesemua ini.
ReplyDeletekenalah berlajar bagaimana berjimat. Ramai yang mengunakan motorsikal sebagai pengangkutan. Bahaya tapi apa boleh buat, tidak mampu guna kereta.
ReplyDeleteTidak pakai tidak boleh. Pakai tidak mampu. Apa tindakan atau langkah kerajaan untuk membantu rakyat yang sengsara?
ReplyDeleteSudah tiba zaman kekurangan bahan api. Masih belum ketara kerana ini cuma peringkat permulaan.
ReplyDeleteKereta solar pasti memanfaatkan kita kerana Malaysai yang terlatak di Khatulistiwa mempunyai tenaga solar yang mencukupi sepanjang tahun.
ReplyDeleteSayang penciptaan ini masih diperingkat awal.
Kerajaan pun tidak tahan sudah mensubsidi minyak. Itulah sebab subsidi ditarik balik.
ReplyDeletesebab Malaysia tidak tersenarai dalam OPEC la kena jimatkan subsidi.. pendapatan minyak Malaysia jauh lebih rendah berbanding denga negara2 yang tersenarai dalam OPEC. oleh itu subsidi juga perlu diselaraskan berdasarkan jumlah pendapatan minyak negara.
ReplyDeletepatutnya yang kita tuntut dari kerajaan adalah menguatkuasakan akta gaji minimum untuk semua sektor di negara ini...
ReplyDeleteI don't know.
ReplyDeletePRU-13 dah hampir dekat sudah ni.
ReplyDeleteLike any other politicians, they forgotten their promise towards the people.
ReplyDeleteIF the government wants to continue increasing the price of petrol, they should find ways to lighten the people burden.
ReplyDelete