SEBAGAI ahli UMNO Kimanis, saya bukan sahaja kecewa dengan tindakan nekad Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menceroboh kawasan Datuk Anifah Aman, malah bersikap kurang ajar dengan mengimport ramai penyokong luar daripada Keningau, Pensiangan, Papar, Penampang dan luar kawasan dengan menyediakan bas percuma bagi memeriahkan program Task Force UMNO KDM di SK Lady Fatima (2) Kg Kelatuan, Papar.
Pengunduran ‘Ketua Penganjur’ John Ambrose daripada mempengerusikan majlis berkenaan tidak mematahkan Shafie untuk meneruskan majlis tersebut sekalipun ahli UMNO papar dan Kimanis memboikot majlis yang disifatkan menyiram minyak ke dalam api permusuhan.
Saya amat kesal apabila Shafie yang terlewat sampai ke majlis berkenaan menambah semarak kemarahan ahli UMNO Kimanis dengan mengatakan;
"Saya tahu program ini menerima tentangan dan kekangan. Saya orang Umno dan saya orang Sabah. Saya boleh saja pergi ke mana-mana sahaja. Kenapa ada pihak yang bimbang dan risau dengan kehadiran saya di Kimanis."
Jika inilah contoh kepemimpinan yang dibudayakan Shafie, UMNO akan layu sebelum berkembang menjelang pilihanraya umum akan datang.
Saya teramat kesal kerana Naib Presiden yang tidak beradat ini telah menceroboh kawasan Datuk Anifah tanpa restu Anifah sedangkan beliau sedar bahawa hubungan suram antara beliau dengan abang Datuk Anifah, iaitu Datuk Seri Musa Aman masih berjerebu.
Tambah mengecewakan saya, semua juak-juak politik yang turut bersubahat mencambahkan benih-benih kebencian ialah Datuk Abdul Rahim Ismail, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Datuk Dr Yusof Yaakub, Azman Ruslan, Jamawi Jaafar, Hafiz Sua dan Ketua Jabaran Agensi serta GLC di bawah KKLW.
Selain Gurkha Politik Shafie ini, majlis tersebut turut dihadiri mantan Adun Kunak Datuk Jasa Rauddah; Penolong Pegawai Daerah Papar William Ahlan; Pegawai Pelajaran Daerah Abidin Marjan dan mantan Ketua Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Keningau Azman Hj Ruslan.
Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Termiskin Luarbandar dan Sumbangan Sekolah sempena Pesta Kaamatan 2011 yang berselindung di sebalik anjuran Task Force UMNO Malaysia (KDM) di SK Our Lady Of Fatima, Kg Kelatuan, Papar yang kira-kira 3,000 orang, majoritinya diangkut dari luar Kimanis; sebagai Saiwar terhadap Anifah Aman.
Sekalipun saya kecewa dengan lagak ‘ayam serama’ daripada Semporna ini, tetapi amat berharap agar Datuk Seri Anifah Aman tidak membalas tindakan kurang ajar Shafie dengan dendam kesumat kerana setiap perbuatan buruk Shafie akan terserlah juga di suatu hari nanti dan telah mendapat kisas di dunia setelah bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim terlibat dengan Skandal Video Lucah baru-baru ini.
Pihak Penganjur bukan sahaja memalukan UMNO kerana menggunakan Pasukan Task Force UMNO (KDM) yang tidak pernah wujud atau lebih tepat ‘Pertubuhan Ad-Hoc’ secara haram; sehingga sanggup menjual nama Presiden UMNO yang kononnya merestui majlis berkenaan.
Back Drop yang dipasang pihak penganjur sekaligus menjual wajah Presiden UMNO, Ketua Menteri Sabah, Datuk Anifah dan pemimpin lain tanpa restu mereka demi untuk mengaburi mata ahli UMNO yang tidak tahu apa-apa, melainkan datang untuk bersuka ria dan menerima laptop 1Malaysia dan bantuan lain daripada kerajaan.
Sehubungan itu, saya meminta Datuk Shafie agar meminta maaf secara terbuka dan tidak menunjukkan sikap bebal beliau jika ingin terus dihormati di Sabah. Sebagai pemimpin UMNO, Shafie sepatutnya tidak memperbaharui sengketanya dengan musuh politik beliau, Datuk Seri Musa Aman dengan menyerang Datuk Anifah; bak kata pepatah ‘tidak dapat tanduk, telinga dipulas’.
Salam Hormat,
AHLI UMNO KIMANIS YANG TERKILAN (sabahkini)
Monday, May 16, 2011
Ceroboh dan Kurang Ajar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat sendiri akan menilainya dengan bijaksana, jangan bimbang.
ReplyDeletesetuju dengan fizal..rakyat pasti tahu menilai...
ReplyDeleteisu seperti ini tidak perlulah diperbesarkan. semua pihak harus meningkatkan kerjasama dan berganding bahu demi kepentingan bersama.
ReplyDeletemereka semua dalm satu bumbung, segala maslah dan persengketaan hnya akan menjejaskan parti. lupakan segala persengketaan tersebut dan bekerjasama.
ReplyDeletejika kenyataan ini benar, sebaiknya Shafie bersedia untuk meminta maaf atau melakukan sesuatu agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
ReplyDeleteSebagai seorang yang dijemput tidak salah untuk datangkan. Shafie dijemput sebagai seorang VIP.
ReplyDeleteTidak apalah yang penting sekarang Shafie datang dengan satu bendera iaitu UMNO/BN. Bukan parti lain. Harap tidak ada pihak lain cuba menghasut rakyat. Sebenarnya ini perkara yang biasa berlaku.
ReplyDeleteAIIK, dalam UMNO pun aysik bergaduh!!! dendam mendendam!!! MENTERI!!!apa dah jadi??? nampak gaya nak tergolek pula PRU nanti! sbb PRU dahulu mereka asyik cantas mencantas,keputusan nya tergolek terlepas 4 negeri baru jadi kelam kabut. apa lagi yang mereka tak puas hati?? apa lagi yang mereka tidak dapat?? apa!! rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, aku pun tak faham!!
ReplyDeleteTidak ada salah nya jika pihak penganjur yang memanggil beliau dalam majlis itu.
ReplyDeleteMungkin juga penduduk daerah lain yang sendiri menghadirkan diri dan bukan ditaja oleh Datuk Shafie.
ReplyDeletenampaknya shafie tidak begitu popular di kalangan ahli akar umbi UMNO..
ReplyDeleteapa2 pun, dahulukan rakyat...
ReplyDeleteapakah 'perang' semakin memuncak?
ReplyDeleterakyat tahu menilai..tidak perlu batu api sini sana..
ReplyDeleteKenapakah???? Sesama umno sendiri pun mahu bekira. aduii na...
ReplyDeleteAnonymous (May 16, 2011 3:22 PM), Saya pun tidak faham. Menghairankan betul hal macam ini pun boleh jadi isu.
ReplyDeleteSaya terbaca pasal laptop 1Malaysia... Wah bestnya, kalau saya dapat mungkin lagi best. hehe
ReplyDeleteSemuanya terpulang pada penilaian rakyat sendiri. Saya yakin rakyat tahu apa yang patut dilakukan.
ReplyDeleteApapun, tak perlulah perbesarkan hal ini kerana saya yakin ada hal yang lebih penting lagi perlu diberi perhatian.
ReplyDeleteJangan campur aduk emosi diri dalam urusan parti. Perkataan 'ceroboh' ini sungguh aneh digunakan.
ReplyDeleteApa gunanya selaku Naib Presiden UMNO? Tiada kebebasan untuk menghadiri upacara parti?
ReplyDeleteSiapa yang menjemput Datuk Seri Shafie ke majlis itu? Tanpa jemputan, beliau tidak mungkin berada disana.
ReplyDeletePermusuhan tidak membawa kebaikan kepada parti. Hentikan permusuhan dan jangan lagi mengulanginya.
ReplyDeletePRU bakal diadakan dalam masa terdekat, persengketaan permusuahn masih membara.
ReplyDeleteKesan pada PRU 13 pasti ada.
Lucu saya baca tajuk artikal ini. Naib Presiden kena minta restu ketua bahagian baru boleh menghadiri majlis anjuran parti.
ReplyDeleteitu lah sabah inda maju sebab pemimpin sering meminta simpati atau ingin mengharum kan nama dengan menjatuhkan rakan.
ReplyDeleteHarap rakyat akan menilai sendiri.
ReplyDeletekalau betul ramai yang benci dengan shafie, masa depan politik beliau tidak akan sampai kemana juga tu..
ReplyDeleteKetegangan antara parti komponen ini sememangnya tidak baik.
ReplyDeleteSudahlah, jangan batu api lagi.
ReplyDeleteCooperation is important to avoid dispute among the components!
ReplyDeleteI'm sure Shafie wouldn't simply come if he wasn't invited.
ReplyDeleteBesides i think it's a good thing that he come. The more the merrier mah.
ReplyDeleteMasalah dalaman antara ahli parti perlulah diselesaikan.
ReplyDeletedalam umno sabah pun dah macam ada bisul nak tunggu pecah jer, ini merisaukan nanti rakyat yang sengsara.
ReplyDeleteSememangnya kurang ajar kalau macam ni.
ReplyDelete