NEW YORK, 15 Mei — Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn ditahan di New York semalam, berhubung dakwaan serangan seksual ke atas pekerja wanita sebuah hotel, lapor akhbar The New York Times.
Jurucakap Polis New York Paul Browne mengesahkan kepada Reuters, ketua IMF itu ditahan dan sedang disoal siasat berhubung dakwaan seksual.
Akhbar itu melaporkan, Strauss-Kahn (gambar) yang disebut-sebut bakal calon parti Sosialis pemilihan presiden Perancis April depan, ditahan ketika hendak berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini.
Strauss-Kahn, 62, didakwa menyebabkan “mencabul” pekerja berusia 32 tahun Hotel Sofitel di West 44th Street dekat Times Square kelmarin.
Beliau menerajui IMF sejak November 2007.
Sebelum itu Strauss-Kahn merupakan anggota Dewan Kebangsaan Perancis dan profesor ekonomi di Institut d’Etudes Politiques de Paris.
Pada Oktober 2008, Strauss-Kahn memohon maaf atas “kesilapan penilaian” yang berkaitan hubungannya dengan pekerja bawahan tetapi menafikan beliau telah salah guna kedudukannya.
Strauss-Kahn telah memohon maaf kepada kakitangannya, wanita yang dia adakan hubungan dan isterinya seorang personaliti televisyen, Anne Sinclair atas masalah itu. — Reuters
Sunday, May 15, 2011
Ketua IMF ditahan, didakwa cabul pekerja hotel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.