Sunday, May 15, 2011

Pemuda UMNO Kesal JKNS Cuai

PERGERAKAN Pemuda UMNO Tenom akan menghantar nota bantahan dan menggesa Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) meningkatkan langkah keselamatan bagi menjaga harta benda dan jiwa para penggunanya yang semakin terancam akibat kecuaian pengendali tunggal keretapi di Sabah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya sudah beberapa kali menegur JKNS untuk menaiktaraf gerabak, landasan dan mengadakan lebih banyak pagar keselamatan, namun JKNS masih gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Tahap keselamatan pengguna dan orang awam begitu membimbangkan disebabkan mutu kawalan keselamatan berada pada tahap paling minima sehingga kecuaian mereka meragut jiwa seorang anggota kami,” kata jamawi dengan nada kesal dan berjanji akan menghantar nota bantahan kepada JKNS dalam kadar segera.

Jamawi berharap Jabatan Keretapi Negeri Sabah dapat melakukan siasatan rapi bagi mempastikan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku dan membantu keluarga mangsa, terutama menyelesaikan tuntutan insuran yang wajib dibayar kepada pihak ketiga (waris mangsa).

Dalam kejadian malam jumaat lalu, kata Jamawi, seorang anggota Pergerakan Pemuda Umno cawangan Pangie, Tenom, Andamas Ahumba mati digilis kereta api dalam satu kejadian di kampung Pangie.

Difahamkan kereta api tersebut dalam perjalanan dari Tenom ke Beaufort dan mangsa mati di tempat kejadian.

Sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian tersebut, Jamawi terus bergegas ke Hospital Daerah Tenom untuk melawat jenazah mangsa yang di bawa ke Hospital Daerah Tenom untuk proses besah siasat.

“Mendiang merupakan salah seorang anggota Pergerakan Pemuda Umno cawangan yang aktif, komited dan sering memberikan kerjasama serta sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda baik di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian. Kehilangan beliau amat dirasai,” kata Jamawi sambil menahan sebak kerana mengimbau kenangan pahit manis bersama mendiang.

Kata Jamawi lagi, sesungguhnya Pergerakan Pemuda Umno Tenom merasakan satu kehilangan besar atas kepergian mendiang dan berharap anggota keluarga mendiang bersabar dan tabah menerima dugaan tersebut

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID (sabahkini)

31 comments:
Write comments
  1. Harap JKNS akan menerima aduan rakyat dan berusaha memperbaiki masalah yang ada.

    ReplyDelete
  2. aspek keselamatan haruslah sentiasa diambilbearat.

    ReplyDelete
  3. kecuaian haruslah dielakkan. usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan perkhidmatan perlu sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  4. pihal JKNS hrus memastikan sistem keselamatan mereka terjamin, kejadian seperti ini amat dikesali. takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  5. diharap pihak JKNS sudah 'terbuka mata' dan sedar atas kecuaian ini dan segera bersedia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. sememangnya keselamatan itu harus diutamakan dan jangan menunggu hingga sesuatu yang buruk berlaku baru bertindak umpama 'sudah terhantuk baru terngadah.'

    ReplyDelete
  6. kejadian seperti ini diharap tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  7. Harap JKNS akan melakukan sesuatu untuk memastikan keselamatan orang awam terjaga.

    ReplyDelete
  8. Ajal seseorang kita tidak tahu dimana. Apa pun takziah kepada keluar mangsa. Harap keluarga mangsa akan bersabar dan menerima semua ini adalah dugaan untuk kita.

    ReplyDelete
  9. kejadian ini harus dijadi iktibar dan pengajaran bagi JKNS untuk tingkatkan lagi aspek keselamatan.

    ReplyDelete
  10. Keselamatan orang awam adalah menjadi keutamaan. Jika keselamatan awam tidak dijaga kepercayaan akan kurang.

    ReplyDelete
  11. Diharap peristiwa seperti ini tidak akan berulang lagi.

    ReplyDelete
  12. beri peruntukkan yang cukup maka JKNS akan melakukan apa yang dipinta.

    ReplyDelete
  13. orang ramai dinasihat agar tidak melintas di landasan keretapi..

    ReplyDelete
  14. harap kejadian yang berlaku tidak berulang..

    ReplyDelete
  15. keselamatan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  16. Itulah tak dengar cakap, tengok kan dah ragut satu nyawa. huhu

    ReplyDelete
  17. JKNS patut ambil serius akan hal ini. Kalau masih tak buat apa2 perubahan memang saya sendiri pun hairan oo.

    ReplyDelete
  18. Semua pihak harus berhati-hati ketika melalui gerabak k/api ini. Kalau boleh elakkan daripada melintas di gerabak bagi memastikan hal mcm ini tidak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  19. Takzaih kepada keluarga mangsa dan tabahkan hati kerana semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  20. Apapun, diharapkan agar hal sebegini tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  21. Pengalaman dari KTM boleh dirujuk.
    Terpulang pada JKNS samada mereka ingin maju atau ketinggalan.

    ReplyDelete
  22. Nyawa manusia terkoban kerana pengurusan yang lemah. Cepat bertindak. Jika tidak mampu, letak jawatan biar orang yang lebih berkeupayaan abil alih pihak pengurusan.

    ReplyDelete
  23. Banyak insiden yang tidak diingini telah berlaku selepas perkhidmatan keretapi Sabah dipulihkan.
    Penduduk berdekatan landasan juga perlu berwaspada dan berhati-hati kerana kecuaian membawa padah.

    ReplyDelete
  24. Kemalangan keretapi tidak boleh menyalahkan JKNS sahaja, penduduk berdekatan landasan juga bertanggungjawap atas keselamatan diri mereka.

    ReplyDelete
  25. Penghalang dan pagar mesti dibina berdekatan kawasan perumahan bersebelahan landasan keretapi. Papan tanda yang jelas dan mencukupi juga membantu.

    ReplyDelete
  26. Kemalangan yang tidak diingini dapat dielakan jika semua pihak benar-benar menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  27. takziah kepada keluarga mangsa tapi kenapa kemalangan itu berlaku hanya tuhan saja yang maha mengatahuinya isunya disini adalah kenapa KP UMNO menyalakan JKNS..sepatutnya sebagai pegawai KHAS MENTERI KKLW beliau meminta peruntukan untuk membina jalan raya kekawasan tersebut untuk kemudahan rakyaat kerana semanjak saya menggunakan jalan keretapi di zaman sekolah sehingga sekarang YB-YB dan pemimpin BN hanya berjanji manis kepada penduduk Pangie...harap-harap lah KP prihatin terhadap masaalah di kawasan ini

    ReplyDelete
  28. Do what is best for the people.

    ReplyDelete
  29. Don't let the people down!

    ReplyDelete
  30. sebenarnya sapa yang bersalah ni......keretapi ke orang yang melintas? Landasan keretapi memang kawasan larangan dan sebagai manusia yang berakal sepatutnya kejadian tersebut tak terjadi....JKNS sekarang sudah memodenkan perkhidtamanya dan marilah kita bersyukur....

    ReplyDelete
  31. Orang ramai sepatutnya mengikut peraturan yang sudah ditetapkan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.