Monday, May 16, 2011

Video Lucah 'Datuk T' Disebar Di Masjid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigE1RKbWutdt-rHi2FmSqIOkEdFr5fNbZgZB4PrNXZctMOl9NrVIYgri9MmCD27qxs47INHKLVRq_TMDpg7gBlxUDDUfoljQOPcbWd5EAS93Kkpmy98SsXHU5sm-ryxuzNyM-k4YPJj0g/s400/ANWAR+2.jpgVideo lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.

"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau.

Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.
Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.

“Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.
Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.

Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.

Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.

Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.TVS

23 comments:
Write comments
  1. Sebarkan video lucah di Masjid adalah penghinaan kepada Islam.

    ReplyDelete
  2. tidak tahu siapa yang menyebarkannya. tapi perbuatan menyebarkan video seks tersebut adalah amat tidak wajar.

    ReplyDelete
  3. tdak patut edarkan video tersebut, lebih2 lagi dalam kawasan masjid.

    ReplyDelete
  4. kejadian seperti ini sebenarnya tidak wajar terjadi memandangkan masjid itu adalah suatu tempat yang suci dan tempat untuk beribadah. diharap mereka yang berkenaan akan segera menghentikan penyebaran video tersebut.

    ReplyDelete
  5. jika permainan politik kotor seperti ini terus terjadi, tidak hairan suatu hari nanti kerajaan Malaysia akan berpecah belah dan keadaan kucar kacir akan sentiasa membelenggu negara.

    ReplyDelete
  6. Kita tidak pasti ini kelakuan dari pihak mana. Mungkin juga PR sendiri sengaja melakukannya supaya rakyat menyalahi BN. Tidak mustahil muslihat begini berlaku. Anwar bijak. Dia kena mesti dia cari jalan untuk menutup kesalahannya itu.

    ReplyDelete
  7. tidak pasti siapa yang melakukan pekara ini. tunggu saja sehingga kes ini selesai bagi mengetahui kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Rakyat sepatutnya tahu bahawa perkara untuk melihat video itu adalah salah dari sisi agama.

    ReplyDelete
  9. Seharusnya penyebaran ini disekat kerana ini bukan benda yang baik untuk dikongsikan..

    ReplyDelete
  10. penyebsran ini harus disekat ini boleh membawa kehancuran.

    ReplyDelete
  11. OMG, tolonglah.. Mcm mana juga video ini boleh diedarkan ataupun TERedar? huhu

    ReplyDelete
  12. Semoga hal ini dapat ditanggani secepat mungkin.

    ReplyDelete
  13. Penyebaran bahan lucah adalah satu kesalahan disisi undang-undang. Mana polis? Kenapa tidak bertindak?

    ReplyDelete
  14. Jangan cemarkan tempat suci. Politik diselesaikan dengan cara politik.

    ReplyDelete
  15. Demi kepentingan diri, hati manusia ini semakin kabur dan mata semakin buta.
    Cuba kita fikir secara mendalam, adakah Tuhan akan menghukum Anwar? Belum pasti lagi beliau bersalah?
    Adakah Tuhan akan menghukum orang yang terlibat dalam pembikinan video lucah dan menyebarkannya?

    ReplyDelete
  16. Penyebaran video lucah sudah pasti boleh didakwa ke mahkamah. Tapi setakat ini, polis masih lagi mengatakan dalam proses siasatan.

    ReplyDelete
  17. Pekara ini akan berterusan sekirnya tindakan yang pantas dan tegas tidak diambil.
    Jangan meneruskan tindakan yang mencemarkan kesucian tempat beribadat.

    ReplyDelete
  18. Kerja siapa ini sanggup mencemarkan tempat suci dengan menyebar video lucah?
    Yang melakukan kerja keji ini dan yang sepatutnya menghalang tidak berbuat kerja sama dosanya.

    ReplyDelete
  19. jangan percaya dengan Pakatan.. semua ini fitnah mereka.. mereka sendiri lakukan dan dituduhnya pihak lain..

    ReplyDelete
  20. kalau betul umno yang buat, kenapa tidak tangkap orang yang edarkan semua benda ni? tangkap orang yang edar video tu dan biar orang tu sendiri yang cakap.. tanpa bukti, tuduhan ini juga adalah fitnah.. mainan politik Pakatan..

    ReplyDelete
  21. Only Allah knows who distribute the sex video in the mosque.

    ReplyDelete
  22. May Allah punish those who distribute it in his "house".

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.