Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.-TMI
Thursday, May 19, 2011
Pendaftaran PKR Mungkin Dibatalkan RoS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejak beberapa bulan yang lepas keadaan PKR memang sudah goyah. Masalah dalaaman yang tidak dapat diselesaikan dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama dari rakyat. Pergolakan dalaman ini mengambarkan bahawa parti mereka tidak stabil.
ReplyDeleteJika keadaan parti tidak stabil bagaimanakah orang hendak meletakkan kepercayaan mereka?
ReplyDeleteapa pun tunggu dan lihat sajalah perkembangan seterusnya...
ReplyDeletejika PKR tak dpt bertanding, maka Pakatan akan makin lemah.
ReplyDeletesudahlah Anwar bermasalah sekarang, PKR pun dibatalkan pendaftaran. jatuhlah Pakatan Rakyat dalam PRU nanti. seperti ada agenda di sebalik semua ni.
ReplyDeletesetuju ka parti-parti sekomponen PR dengan pembatalan ni. lagipun PKR salah satu parti yang tubuhkan PR
ReplyDeleteNampaknya PKR semakin bermasalah dan menghadapi masalah. Anwar terpaksa membuat pembelaan diri. Manakala pula, PKR diharamkan atau dibatalkan oleh ROS.
ReplyDeleteApa yang perlu PKR lakukan sekarang? Terpaksalah ikut PAS atau DAP nanti jika PKR dibatalkan.
ReplyDeleteWhat i can say, GOOD BYE PKR.
ReplyDeleteWell, if PKR is going to be deregistered, DAP wil take their places...
ReplyDeletejadi, tidak lama lagi PKR jadi sejarah kah?
ReplyDeletekuranglah geng PAS dan DAP nanti..
ReplyDeletejika dibatalkan, maka buku jingga hanya sekadar angan2 kosong..
ReplyDeletejadi selangor, macamana?
ReplyDeleteAdii kenapalah lagi dengan PKR ni. hhmmm...
ReplyDeleteJika dibatalkan, alamatnya semua janji2 PKR ni memang tak boleh pakai. Apapun, tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteapalah nasib PKR ni? mcm2 masalah jadi kat dorang ni.
ReplyDeletebanyak lagi parti pembangkang yang ada di negara ini walaupun tanpa PKR..
ReplyDelete