Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar: Penyokong Pakatan Rakyat mengumpulkan VCD dan risalah berkaitan isu video seks yang diedarkan di luar Stadium Selayang, malam tadi. — Foto Jack Ooi
Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno.
Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.
Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan “tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan”.
Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.
Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.
Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor.
“Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor.
“Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat.
“Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini,” kata beliau ketika berucap.
Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor.
Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.
“Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.
“Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan,” katanya.
Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah “Jelas — Tawan Malaysia!” anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin.
The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah “Jelas — Tawan Malaysia!” di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar.
Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya “mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali.”
Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.
Sumber : TMI , GB
Sunday, May 15, 2011
Video Seks Diedar Dalam Program PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerja orang politik tak da otak dan tak bermaruah...
ReplyDeleteTak puas2 lagikah org2 dungu ni buat dosa.Kalau memang pemimpin itu,boleh memimpin,nak jatuhkan macamanapun tetap akan diangkat.Pada tak perlu sokong org yg tak tau guna otak.Menjatuhkan org dng memalukannya.
ReplyDeleteTak perlulah kita tengok video lucah tersebut. Buangkan semua dalam tong sampah.
ReplyDeleteberkenaan isu video seks ini biarlah polis sahaja yang melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. pihak-pihak lain tidak perlulah memperbesarkan isu ini.
ReplyDeletevideo seks diharamkan tetapi kenapa ada pihak yang secara terang-terangan terus menyebarkannya?saya pasti ini adalah mainan politik kotor dan saya tidak setuju sama sekali.
ReplyDeleteisu video ni masih belum selesai. diharap pihak polis menjalankan tugas dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.mereka seharusnya berpendirian neutral dan sesiapa yang didapati bersalah memang harus dikenakan tindakan tanpa melihat pangkat dan darjat.
ReplyDeletetdak patut edarkan video tersebut.
ReplyDeleteBenarkah ini didalangi oleh UMNO?atau ada parti lain yang sengaja untuk memburukkan UMNO. Tidak mustahil apa perkara pun berlaku.
ReplyDeletevideo tersebut tidak patut diedarkan. lebih baik tunggu saja hingga kes ini selesai.
ReplyDeleteOMG, tolonglah.. Mcm mana juga video ini boleh diedarkan ataupun TERedar? huhu
ReplyDeleteSemoga hal ini dapat ditanggani secepat mungkin.
ReplyDeleteFitnah amat besar dosanya.
ReplyDeleteSebelum mengenalpasti siapa yang terlibat dalam video sek itu, Anwar sudah dihukum kerana semua ini mesasarkan beliau bahawa beliau adalah wartak utama dalam video itu.
ReplyDeleteIni amat tidak adil buat beliau.
Pandai mereka pilih timing menyebar video. Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah diadakan video turut diedarkan.
ReplyDeleteKita kutuk kelakuan ini kerana ia tidak membawa kebaikan pada rakyat dan negara malah memburukan reputasi negara.
ReplyDeleteRakayt beli vcd/dvd cetak rompak dikatakan salah, ini pula video sek, kenapa tidak tangkap penyebar tersebut?
ReplyDeleteKenapa kelakuan ini dilakukan macam tiada sekatan? Undang-undang Malaysia tidak membenarkan kesalahan ini.
ReplyDeletejangan main tuduh kalau tidak ada bukti.. mungkin juga PR sendiri yang buat kemudian dituduhnya pihak lain. kenapa tidak tangkap orang yang mengedar video dan risalah itu atau membuat laporan kepada polis?
ReplyDeletejika Anwar boleh nafi bahawa pelakon dalam video itu bukan dia, umno juga perlu tampil menafikan bahawa video itu bukan mereka yang edar.. lebih2 lagi tidak ada bukti..
ReplyDeletewhy can't politicians play fair.
ReplyDeleteFor all we know, PR might be the one who self distribute the sex video to give a bad name to UMNO.
ReplyDelete