Monday, May 16, 2011

Harga Minyak RON95 Bakal Naik lagi

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. -mk

10 comments:
Write comments
  1. Naikkan saja,kalau boleh RM5 satu liter supaya negara trus... trus....

    ReplyDelete
  2. Kesabaran juga ada batasnya.

    ReplyDelete
  3. harap kerajaan akan sentiasa mengambilkira kemampuan rakyat.

    ReplyDelete
  4. apa pun yang dilaksanakan, pastikan ianya tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  5. kemungkinan besar harga Ron95 akan naik. tapi haraplah tidak naik.

    ReplyDelete
  6. rasanya lebih baik jika harga RON95 tidak dinaikkan dalam masa yang terdekat ini memandangkan harga RON97 telah dinaikkan secara berturut-turut. begitu juga dengan gula.

    ReplyDelete
  7. bila minyak naik, pasti barangan lain pun akan naik. sepatutnya kaji dulu impak antara pendapatan pengguna dengan kenaikan yang bakal berlaku supaya kenaikan harga yang dibuat tidak terlalu membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Harap RON 95 tidak akan naik lagi. Satu maklumat baru didapati lagi. Saman polis naik??Apa punca semua ini??Kesalahan meletak kenderaan dahulu RM30, tapi sekarang RM150 hingga RM250??Apa punca ini berlaku. Ini boleh membebankan rakyat. Sudahlah harga minyak dan barang naik, sekarang polis pula lagi mengambil kesempatan dengan menaikkan saman??

    ReplyDelete
  9. Rakyat pasti tahu apa yang terbaik untuk mereka. Kerajaan melakukan semua ini untuk rakyat mereka sendiri.

    ReplyDelete
  10. Anonymous, May 19, 2011 9:41 PM

    perbandingan ko tidak cukup lengkap Bro..

    Malaysia
    Harga Petrol : RM 2.90
    Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.
    rakyat : 28,728,607 (July 2011 est.)
    peratus kemiskinan : 3.6% (2007 est.)=> (1juta)
    Production : 693,700 bbl/day (2009 est.)
    Consume : 536,000 bbl/day (2009 est.)
    Export : 511,900 bbl/day (2007 est.)
    Import : 314,600 bbl/day (2007 est.)

    Qatar
    ...Harga Petrol : RM 0.75
    Qatar pengeluar ke-22 di dunia.
    rakyat : 848,016 (July 2011 est.)
    peratus kemiskinan : n/a
    OIL
    Production : 1.213 million bbl/day (2009 est.)
    Consume : 142,000 bbl/day (2009 est.)
    Export : 753,000 bbl/day (2008 est.)
    Import : 0

    Oman
    Harga Petrol : RM1.00
    Oman pengeluar ke-28 di dunia.
    rakyat : 3,027,959 (July 2011 est.)
    peratus kemiskinan : n/a
    OIL
    Production : 816,000 bbl/day (2009 est.)
    Consume : 84,000 bbl/day (2009 est.)
    Export : 593,700 bbl/day (2008 est.)
    Import : 17,290 bbl/day (2007 est.)

    Egypt @ Mesir
    Harga Petrol : RM 1.06
    Egypt pengeluar ke-29 di dunia.
    rakyat : 82,079,636 (July 2011 est.)
    peratus kemiskinan : 20%(2005 est.) => (16.5 juta)
    OIL
    Production : 680,500 bbl/day (2009 est.)
    Consume : 683,000 bbl/day (2009 est.)
    Export : 89,300 bbl/day (2009 est.)
    Import : 48,450 bbl/day (2009 est.)

    Iran
    Harga Petrol : RM 0.35
    Iran pengeluar ke-8 di dunia..
    rakyat : 77,891,220 (July 2011 est.)
    peratus kemiskinan : 18% (2007 est.)=(14 juta)
    OIL
    Production : 4.172 million bbl/day (2009 est.)
    Consume : 1.809 million bbl/day (2009 est.)
    Export : 2.4 million bbl/day (2010 est.)
    Import : 168,000 bbl/day (2009 est.)

    lihat jumlah penduduk Qatar dan Oman.. bagi minyak free pun boleh bro.. bandingkan pula peratus kemiskinan Egypt @ Mesir dan Iran dengan Malaysia siapa lebih baik.. FAKTA SAYA LAGI LENGKAP BRO!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.