MASIH ingat lagi John Ghani? (gambar) Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.
John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.
Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.
Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.
Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).
Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.
Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.
Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.
Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.
Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.
Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?
Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.
Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.
Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.
Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam.
Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian. -Ahmad Tajdid
--------------
Sabah Umno out to woo non-Muslim bumiputras By RUBEN SARIO
KOTA KINABALU: Sabah Umno is setting up a special taskforce to attract more non-Muslim bumiputras from the state’s ethnic communities such as the Kadazandusuns and Muruts.
Penampang Umno chief Datuk John Ambrose, the party’s first non-Muslim division chairman, said the move was aimed at strengthening Umno in the state.
Opening the Penampang Umno meeting at Kampung Limbanak here on Monday, he said both party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak had given the green light for setting up the taskforce.
“Sabah Umno is open to all races as the party fights for the rights of all bumiputras in the state. If Umno in Sabah is just serving one community, what would happen to the others?” he said.
John said Najib was scheduled to launch the taskforce in the remote interior district of Pensiangan soon.
He said Pensiangan was among eight of Sabah Umno’s 25 divisions where there were large numbers of non-Muslim bumiputras. The others were Penampang, Tenom, Papar, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu and Kudat.
John said the primary objective of the taskforce would be to create awareness among non-Muslim bumiputras that Umno was open to them and that the party’s struggles was not merely for any particular community. - The Star Online, 28 Oktober 2008
Sunday, May 15, 2011
Dalam UMNO Pun Ada Kristian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik Utusan jangan nak batu-api di Sabah. Rakyat kita boleh hidup aman bersama tanpa menghiraukan agama dan bangsa. Jangan merosakkan perpaduan kita.
ReplyDeleteisu yang sensetif tidak perlulah dimainkan oleh mana-mana pihak pun.
ReplyDeleteSebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
ReplyDeletebagaimana pula reaksi rakyat kaum Cina dan India mengenai hal ini?
blog-blog yang bebas menyiarkan apa-apa artikel seharusnya beringat tentang had kebebasan yang diberikan supaya tidak terus menyiarkan kontroversi yang menyentuh isu-isu agama dan kaum.
ReplyDeleteisu ni tak seharusnya timbul. hentikan bangkitakan isu ini lagi. utamakan perpaduan.
ReplyDeletesemua pihak harus berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu isu. isu yang sensetif tidak wajar dibangkitkan.
ReplyDeleteIsu berkaiatan kristian lagi..aiyaa..kesukaan pla dorang ni isu2 mcmni.
ReplyDeleteKalau di Sabah, agama bukan masalah bagi rakyat Sabah. Keamananlah yang dimahukan oleh mereka. Jadi tidak perlulah mahu menghasut api perkauman di Sabah.
ReplyDeleteKenapalah ada pihak yang cuba untuk merosakkan perhubungan rakyat kita ini. Lagi bagus kalau dia beri berita tentang usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Sengan juga hati rakyat mendengarnya.
ReplyDeleteUTUSAN jadi akhbar perkauman..LAgi bagus tidak payah baca UTUSAN lagi kerana memberikan maklumat yang tidak berguna kepada rakyat langsung.
ReplyDeletedi Sabah tiada pun timbul masalah berkaitan agama.
ReplyDelete"..Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian?.."
ReplyDeletesatu persoalan yang sangat bagus..
utusan Malaysia memang sengaja mengkhabarkan berita berhubung dengan isu kristian..ini adalah permainan politik yang dilakukan oleh tangan2 ghaib..rakyat jangan percaya apa yang telah dikeluarkan oleh utusan malaysia..
ReplyDeletesehingga kini tiada tindakan tegas diambil terhadap utusan malaysia oleh KDN walaupun secara terang utusan malaysia melanggar akta keselamatan dalam negeri..seharusnya tindakan tegas harus dikenakan biarpun utusan malaysia adalah akhbar pro UMNO..KDN harus bertindak adil.
ReplyDeleteperpaduan dan keharmonian yang dinikmati haruslah dipertahankan dari sebarang pihak..
ReplyDeleteSebagai penduduk di sabah, says sangat terkilan dan semakin hari semakin takut dgn 1 M'sia. Di sabah tidak pernah timbul dengan fitnah-memfitnah agama . kamirang boleh duduk 1 meja walau berlainan kaum dan agama dan merayakan perayaan bersama. Tidak pernah di Sabah dan Sarawak timbul masalah tentang fahaman agama dan kaum. Semua ini berasal daripada Semananjung..Kamirang hidup hormoni dan damai..jgn samakan penduduk di borneo dgn semananjung Tanah Melayu..Nenek saya Islam dan kami Kristian, kami punya cousin2 Islam dan Kristian dan Cina, tidak pernahpun kami bersengketa pasal2 agama..malah setiap perayaan kami tetap bersatu sebagai umat ALLAH. Salam Damai...
ReplyDeleteAkhirnya saya tersenyum baca artikel mengenai isu agama di UM... Saya suka pendapat penulis yang menyatakan:
ReplyDelete"Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam. Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?"
Wahai masyarakat Malaysia, renung-renungkanlah :)
Selagi tidak ada tindakan tegas yang dikenakan kepada UM, saya yakin hal ini pasti akan terus berpanjangan.
ReplyDeleteMalah isu ini mampu menjahanamkan keharmonian yang ada jika tidak dapat ditanggani dengan bijak.
ReplyDeleteJadi siapapun yang mulakna isu ini, hentikanlah segera. Memang kita bebas utk bersuara tapi agak-agak jugalah. Jangan sampai kebebasan yang ada memakan diri.
ReplyDeleteApapun, kita berdoalah ramai2 agar semuanya berakhir dengan baik.
ReplyDeleteIslam sebagai Agama Rasmi Malaysia dilindungi Perlembagaan MAlaysia. Kenapa mereka takut sangat ada perubahan? Kerana tidak mungkin berlaku perubahan kecuali muslim yang merangkumi lebih kurang 65% dari jumlah penduduk Malaysia sendiri ingin berubah.
ReplyDeleteKeadaan ini membawa kesan positif kepada UMNO. Secara am berkesan positif terhadap negara.
ReplyDeletePersefahaman antara Muslim dan Kristian dapat ditingkatkan bermula dari UMNO.
Aman damai jika kita saling faham memahami dan hormat menghormati.
ReplyDeleteMasalah tidak timbul jika kita menghormati kepercayaan orang lain.
ReplyDeletePerbezaan kepercayaan tidak bermakna kita mesti bermusuhan. Saya percaya Agama yang kita anuti tidak mengajar kita bermusuhan malah saling bermaafan.
Perubahan mengikut zaman adalah salah satu faktor untuk terus maju. Penerimaan ahli Bumi yang beragama Kristian adalah satu langkah yang berani dan patut dipuji.
ReplyDeleteUMNO digalakan mendaftarkan kebih ramai ahli Bumiputera Kristian.
ReplyDeleterakyat perlu tolak mana2 pihak baik dari BN mahupun pembangkang yang cuba memainkan isu2 sensitif di negeri ini. pemimpin2 Sabah juga perlu bijak mengekang dan mematahkan cubaan mana2 ahli politik dari semenanjung yang cuba memecahbelahkan rakyat di negeri ini.
ReplyDeleteWhat's the problem man?
ReplyDeleteMenghairankan apabila agama menjadi objectif utama untuk menggulingkan siapa2 saja.
ReplyDeleteI don't see any problem having christian members in UMNO.
ReplyDeleteReligion shouldn't be made into issue. Everyone should be treated equally.
ReplyDelete