Friday, April 13, 2012

5 Mei debat Rafizi vs Khairy isu PTPTN

Debat di antara dua bintang, masing-masing dari PKR dan Umno, bakal menjadi kemuncak kepada isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya itu dipersetujui ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diadakan pada 5 Mei.

NONEKhairy (kanan) mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu.

"PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

"Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat," katanya.

NONERafizi (kiri) kali ini mencabar pendirian Khairy bahawa ramai pihak berpendapat bahawa kerajaan tidak patut memansuhkan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion itu.

Rafizi berkata, jumlah pelaburan kerajaan yang diperlukan untuk tujuan itu hanyalah RM2 bilion setahun.

"Pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran," katanya.

Rafizi berkata, jumlah RM2 itu juga kecil berbanding pembaziran yang berlaku setiap tahun dalam pentadbiran negara, dan juga wang yang terlibat dalam keputusan kerajaan sejak akhir-akhir ini.

"Misalnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya, hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan.

Katanya lagi, kerajaan juga setakat ini masih belum mendapatkan semula pinjaman berjumlah RM250 juta yang didakwanya telah diseleweng keluarga menteri dalam skandal NFC.

Tambahnya, PKR juga mengesyorkan supaya kerajaan kembali dipertanggunjawabkan untuk menyedia pendidikan tinggi percuma kepada rakyat

"Ini mengurangkan keperluan tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan."

Kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, esok, bagi menuntut pemansuhan pinjaman itu. -MK

10 comments:
Write comments
  1. Harap isu PTPTN ini akan mendapat satu penyelesaian selepas Kahiry dan Rafizi membuat pendebatan ini. Diharapkan kerajaan akan mengambil tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap aku, Pemuda Umno juga menganjurkan satu Rundingan Meja Bulat yang akan disertai oleh wakil mahasiswa dan NGO untuk membincangkan isu PTPTN ini.

    ReplyDelete
  3. Isu PTPTN tu semua muslihat PKR saja untuk dapatkan pengundi2 muda

    ReplyDelete
  4. Semoga debat ni dapat mencari satu penyelesaian dan persepakatan yang memberikan manfaat kepada semua rakyat khususnya para pelajar/mahasiswa.

    ReplyDelete
  5. Golongan muda jangan muda terhasut dengan kata2 pembangkang. janji yang ditabur belum tentu dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  6. kita tgklah hasil debat tersebut, adakah ia akan dpt selesaikan isu tersebut?

    ReplyDelete
  7. Nampaknya debat hangat antara mereka dua ini. Bintang dalam dua parti yang berbeza.

    ReplyDelete
  8. Tidak Sabar menunggu debat ini berlangsung.

    ReplyDelete
  9. Pastikan tidak ada perdebatan fizikal yang berlaku.

    ReplyDelete
  10. Jika berjanji pastikan janji itu ditepati.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.