Tuesday, April 3, 2012

Kamilia Terus Desak Shahrizat Tinggalkan Parti

Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang “sakit” dalam pilihan raya.

Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyokong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin wanita itu telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perjumpaan dengan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, dalam satu temuramah yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata demi menunjukkan kesatuan Wanita Umno dalam menghadapi masyarakat, solidariti juga perlu bagi menyelesaikan masalah kritikal dan bukan menyembunyikannya.

“Setiap halangan perlu di selesaikan dan bukan diabaikan. Dalam perang, sekiranya ada anggota yang membawa penyakit dak akan merebak kepada anggota lain, adakah kita tetap mahu dia teruskan ke medan perang?” jelasnya apabila ditanya oleh Mingguan Malaysia kenapa beliau tidak menyokong Shahrizat.

“Adakah kita mahu anggota kumpulan jatuh sakit dan mati atau kita asingkan mereka sehingga mereka sembuh supaya anggota yang lain boleh teruskan berjuang? Sebagai Wanita Umno, kita harus sedar makna sebenar solidariti,” katanya.

Ketua Cawangan Kuala Kangsar itu menegaskan kesatuan antara Wanita Umno adalah amat diperlukan bagi memberikan objektif yang jelas, dalam hal ini, untuk menang pilihan raya akan datang yang harus dilaksanakan sebelum April tahun depan.

Menurutnya, selain sayap berkenaan menunjukkan solidariti dan kekuatan, mereka seharusnya tidak mengenepikan masalah terutamanya yang melibatkan pemimpin atasan kerana akan mengancam peluang parti dalam pilihan raya.

“Dalam hal ini, Wanita perlu membersihkan imej supaya ia tiadak menggambarkan sayap diselubungi dengan isu kontroversi,” katanya kepada akhbar Umno itu.

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat mahu memecahbelahkan sayap tersebut sebaliknya ia adalah masalah yang perlu diatasi.

“Malangnya, terdapat segelintir Wanita yang enggan mendengar penjelasan, enggan menerima dan faham masalah sebenar,” katanya.

Shahrizat telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 11 Mac lalu setelah tamat penggalnya sebagai senator 8 April ini.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau dan keluarganya terperangkap berbulan lamanya dengan tuduhan penyalahgunaan wang bernilai RM250 juta untuk projek penternakan lembu fidlot di Gemas, Negeri Sembilan.

Suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pemilik Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) dan tiga anaknya mengaku tidak bersalah pada 12 Mac atas kesalahan pecah amanah dan penyalahgunaan dana bernilai RM49 juta dana awam.

Pemimpin veteran itu bagaimanapun menegaskan akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno walaupun menerima desakan meletak jawatan daripada Kamilia dan juga pemimpin lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melepaskan jawatan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Shahrizat tidak perlu meletak jawatan kerana tiada bukti terhadap dakwaan salah laku dalam skandal NFCorp.

Presiden Umno itu berkata beliau telah bersemuka dengan Shahrizat dan Kamilia dan kedua-dua mereka telah bersetuju untuk bekerjasama.

“Kedua-dua pemimpin akan bekerjasama selepas ini sebagai satu pasukan, mereka akan bekerja dengan lebih efektif satu pasukan,” katanya.

-TMI

27 comments:
Write comments
  1. inda sabar2 sudah mau jd boss taiktasu...

    ReplyDelete
  2. Tun Dr Mahathir Mohamad called for Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to quit politics following the controversy over the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) project awarded to the her family.

    ReplyDelete
  3. The former prime minister, who is still highly influential in Umno, told a press conference today that the Wanita Umno chief should leave before being “chased out” by her party.

    ReplyDelete
  4. “If we feel it is necessary to quit for the sake of party, we quit. When I wanted to quit, I didn’t ask anyone. I hope others do the same. Don’t wait for people to chase you off.

    ReplyDelete
  5. “Yes, ukur baju di badan sendiri (measure yourself up),” he said when asked if the senator should resign.

    ReplyDelete
  6. The former Lembah Pantai MP had gained the support of both the Youth and her Wanita wings of Umno last week after denying any wrongdoing in the controversy over the national cattle-farming project.

    ReplyDelete
  7. But other leaders including senior Sabah Umno MP Datuk Bung Mokhtar Radin have called for the women, family and community development minister to step down instead of “troubling us.”

    ReplyDelete
  8. Adding salt to injuries, Tan Sri Rafidah Aziz, who indicated that one should not attempt to downplay the events that led to Shahrizat's term as senator not being renewed and hence losing her minister's post.

    ReplyDelete
  9. "There is no issue of stepping down or resigning! There is nothing to step down from as she is legally no longer a minister on April 8." Rafidah said.

    ReplyDelete
  10. "So, really there is no sacrifice as it was a natural sequence of events," said the former minister of international trade and industry who was among the first to ask Shahrizat to quit over the NFC scandal.

    ReplyDelete
  11. "The party and government have had to face so much flak on account of her unwillingness to resign quickly and prioritise the interests of the party and the government."

    ReplyDelete
  12. She said it might be tough for Umno to explain why she did not step down as Wanita head.

    ReplyDelete
  13. "That issue is now a problem in itself. It does not matter what happens to one person but every division must now concentrate on the grassroots election work in every locality," she said.

    ReplyDelete
  14. However, Rafidah acknowledges that while the ministerial post is an appointed one, Shahrizat was elected as Wanita chief and hence one must also factor in the wishes of members.

    ReplyDelete
  15. "That (vacating her position as Wanita head) is her prerogative as she was elected," she said.

    ReplyDelete
  16. Hope that Sharizat will make the right decision which is best for the Party.

    ReplyDelete
  17. After what happened with the NFC, Sharizat must do the right thing to resign her seat in Wanita Umno.

    ReplyDelete
  18. Semangat dah berkobar-kobar nak jadi KW la tu.

    ReplyDelete
  19. Shahrizat kena buktikan yang beliau masih relevan kalau masih kekal sebagai Ketua Wanita.

    ReplyDelete
  20. Sharizat kena menbuat keputusan nak letak jawatan atau pertahankan jawatannya.

    ReplyDelete
  21. Besar dosa mana pun kalu UMNO pasti halal dan bagi yang cuba bersuara pasti terkena sb resuah melebihi dari si jujur.

    ReplyDelete
  22. Kalau dari sisi undang2, jika performance beliau tidak memuaskan, pasti akan diberi cadangan untuk diturunkan pangkat. Kenapa tidak turunkan pangkat beliau?

    ReplyDelete
  23. Jika pihak atasan ingin beliau berhenti pasti mereka akan melakukan sesutu agar ianya benar2 berlaku.

    ReplyDelete
  24. mungkin perlu fikirkan untuk parti.

    ReplyDelete
  25. Mana sudah orang-orang UMNo yang desak Azizah letak jawatan pasal Anwar. Kenapa orang orang itu tak desak Sarijat letak jawatan!

    ReplyDelete
  26. Macam Kamilia gilakan kuasa pula jika dilihat.

    ReplyDelete
  27. terus terang saja ba kalau tidak sabar mahu jawatan Ketua Wanita UMNO.. tidak jauh lagi tu.. sekarang Kamilia sebagai Timbalan.. satu langkah lagi untuk jadi ketua..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.