Wednesday, April 4, 2012

Pandikar Tolak Laporan Minoriti & Halau MP Pakatan

Tiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan... dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan."

Pandikar baru sahaja mengambil alih tugas mempengerusikan sidang Dewan daripada timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, apabila beliau memerintahkan mereka meninggalkan Dewan.

Sivarasa bangun selepas waktu rihat tengah hari untuk meminta panduan daripada Kiandee mengenai kemungkinan Pandikar silap dalam keputusannya berhubung laporan minoriti.

Kiandee enggan melayan permintaan tersebut, tetapi Sivarasa, tidak putus asa - dengan dibantu oleh celahan daripada Azmin dan Dzulkefly - terus membangkitkan perkara itu.

Mereka membangkitkan duluan-duluan di mana laporan minoriti telah dibentangkan dalam Parlimen negara Komanwel yang lain.

Kiandee (lamam) bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila ahli Parlimen pembangkang terus mendesak perkara itu. -mk


Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh.

Ianya berlaku ketika Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyambung giliran membahaskan usul syor itu selepas persidangan rehat tengah hari ini di hadapan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya bangun mencelah dengan membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak laporan minoriti awal pagi tadi.

Antaranya Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang).

Mereka mempertikai alasan Pandikar yang menolak laporan minoriti pagi tadi hanya atas sebab tidak pernah diamalkan di mana-mana parlimen di dunia.

Sedangkan pagi tadi mereka telah mengemukakan bukti ianya pernah dibuat termasuk di Jamaica, New Zealand, United Kingdom dan termasuk di House of Common sendiri.

Selepas beberapa kali namanya disebut, Pandikar kemudian masuk dan menggantikan Ronald Kiandee untuk kembali mempengerusikan persidangan.

Ketika itu dewan sudahpun kecoh dengan perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN yang mempertahan keputusan Speaker.

Dalam kekecohan itu Pandikar mengarahkan Azmin, Dzulkefly dan Sivarasa untuk meninggalkan dewan atas alasan mempersoal keputusan Speaker.

Kemudian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bangun mempertikai keputusan Speaker itu.

Dalam suasana kecoh itu Anwar mendakwa, Pandikar telah bertindak tidak wajar apabila tidak menerima precedent yang dikemukakan oleh anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Anwar juga mendakwan Pandikar sepatutnya meminta maaf di atas kesilapannya itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya beramai-ramai melaungkan leave the chair kepada Pandikar.

Tiba-tiba dalam kekecohan itu Pandikar mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berminat untuk membahaskan usul itu.

Beliau juga meneruskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan usul itu dilulus tanpa bahas.

Persidangan Dewan Rakyat juga ditangguhkan dan akan disambung semula jam 10 pagi esok. -HD

16 comments:
Write comments
  1. Apa boleh buat, inilah peraturan dalam Dewan Rakyat, siapa suruh MP-MP ini tidak mengikuti arahan daripada speaker. Tunggulah masa yang sesuai untuk membangkitkan persoalan.

    ReplyDelete
  2. Jika Pakatan bukan ikhlas hendak membahas usul ini secara baik dan mengikuti peraturan dewan rakyat, baik jangan hadir. Tindakan Pakatan meninggalkan kerusi mereka menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati speaker.

    ReplyDelete
  3. mereka takkan dihalau jika mereka tidak bertindak biadap dalam dewan.

    ReplyDelete
  4. Jangan terlalu emosi bila dalam perbincangan yang formal. Tgo apa sudah berlaku. Tidap pasal2 sudah diberi amaran dan dihalau keluar dari dewan. Siapa yang rugi? mereka juga.

    ReplyDelete
  5. Bila kita bersikap emosi, pasti semuanya tidak akan rosak. Kita kena pasdai mengawal emosi dan jangan biarkan emosi mengawal kita.

    ReplyDelete
  6. Kiandee bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain."

    Nie lah masalah sebenar negara kita nie. Suka meniru negara lain.

    Dah la tiru, identiti pulak dibuang. Contoh senang jer DB bagi.

    MyKad - My - English, Kad - Bahasa Melayu.

    New Zealand tak ada pulak buat English separuh, Melayu separuh. Semua English. Kenapa Malaysia tak buat semua Melayu. Cakap Bahasa Melayu bahasa Kebangsaan.

    Ohh lupa.. Tun Mahathir cakap kena ada English baru maju. Tp Jepun tak ada English pun.. emm.. DB yang silap ker, Tun yang silap nie.. erkkk..

    Tetapi amat malang di Malaysia, nak tiru tp sebenarnya tak faham apa yang nak ditiru.

    Kesudahannya jadilah haru biru seperti di PARLIMEN.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!!

    ReplyDelete
  7. Apakah tujuan Parlimen Malaysia ini?Satu sahaja..membenarkan semua penipuan dilakukan secara rasmi!!!

    ReplyDelete
  8. Benar tuan..parlimen Malaysia digunakan utk mengegsahkan laporan berat sebelah..tidak boleh dipersoalkan..bukan untuk mencari kebaikan...

    ReplyDelete
  9. Kelemahan UMNOBN kerana mereka merasakan mereka adalah yg terbaik.. dari delivery system dan tadbir urus, sebarang penambahbaikan yg dicadangkan oleh PR hanya akan dipratikkan bila mereka tewas nanti. jadi rakyat jgn tertipu.. utk menilai UMNO adalah semasa mereka berkuasa bukan semasa mereka kehilangan kuasa..

    ReplyDelete
  10. Pendikar Amin TAK MULIA..Kau boleh buat keputusan yg nak selamatkan SPISIS PENYELEWENG, PENIPU DAN PEREOMPAK NEGARA! KAU INGAT KAU DAH HEBAT! Malaysia bukan HAK KAU WAHAI SPEAKER! MALAYSIA HAK SEMUA RAKYAT! kami yg akan corakan negara kami bukan kamu!KAU TUNGGU APA YG AKAN TERJADI!..TAK MAHU AMBIK IKTIBAR DARI APA YG BERLAKU DI NEGARA TIMUR TENGAH!!.

    ABU...ASLKAN BUKAN UMNO!

    ReplyDelete
  11. Peguam Negara pun dari Sabah, Speaker Dewan pun Sabah, Be End deposit pun juga dari Sabah..Sabah pun sudah tiada harta.! undi, undi, undi be end. Pegang Jawatan saja besar tapi langsung menyeleweng peluang demkrasi yang ada...memang x profesional. Sungguh memalukan dan sejarah Malaysia makin TERPALIT dgn adegan umno be end ini.

    ReplyDelete
  12. usul diluluskan tanpa bahas? simbiosis DEMOKRASI N DIKTATOR???

    ReplyDelete
  13. BN hanya memperjuangkan PATI

    ReplyDelete
  14. ikut la peraturan dalam dewan, jangan jadu macam budak2 sekolah.

    ReplyDelete
  15. Siapa suruh tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sebaiknya dengar apa yang ingin dikatakan oleh arahan Speaker.

    ReplyDelete
  16. jangan harap la pemimpin2 Pakatan mahu mematuhi peraturan dalam dewan.. lagi kecoh lagi banyak isu yang boleh dimainkan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.