Kira-kira 3,000 penjawat awam diisytiharkan bankrap pada tahun lalu, meningkat dari 2009 yang mencatat jumlah 1,086 orang, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman hari ini.
Beliau berkata paling ramai dari kumpulan ini datang dari kategori Gred 1 hingga Gred 40, dimana hampir 80 peratus terlibat adalah lelaki.
"Kebanyakannya sebab mereka buat pinjaman kenderaan...Mungkin gaji dah kecil dan sudahpun buat banyak pinjaman, tetapi pinjam lagi untuk beli kenderaan lepas tu tak boleh bayar, timbul masalah dan berhutang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Hari Pekerja anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.
Terdahulu Omar dalam ucapannya berkata, walaupun pihaknya terus berusaha membuat tuntutan baru untuk memastikan kebajikan dan keselesaan penjawat awam terjaga, tabiat sesetengah warga penjawat awam yang berbelanja melebihi kemampuan juga perlu ditegur.
Jelasnya, jika keadaan sebegini berlarutan, penjawat awam tersebut tidak akan berpuas hati dengan apa-apa pun penambahan atau kenaikan kerana ini sentiasa tidak akan cukup bagi mereka.
Namun beliau turut menegaskan bahawa kenaikan harga barangan pada masa ini semakin membebankan penjawat awam, sebab itu Cuepacs memohon kerajaan untuk melakukan pelarasan gaji pada tahun ini, termasuk penambahbaikan faedah-faedah lain.
Beliau berkata, Sabah dan Sarawak juga mengalami perkara yang sama, dimana harga barang dan kos hidup di sini turut meningkat seperti di Semenanjung. - BERNAMA
Thursday, May 5, 2011
3,000 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pandai-pandailah mengurus kewangan.
ReplyDeletekena bijak dalam mengatur kewangan. berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.
ReplyDeleteberbelanjalah secara berhemah.utamakan keperluan, bukan kehendak.
ReplyDeleteberbelanjalah berdasarkan kemampuan.."ukur baju badan sendiri"....
ReplyDelete"Apabila seorang penjawat awam diisytihar bankrap, dia akan ditamatkan perkhidmatan dan kesemua faedah termasuk pencen akan ditarik balik.
ReplyDelete"Jadi kita nasihatkan kepada penjawat awam agar lihat dulu pendapatan bulanan dan kena berbelanja atas kebijaksanaan. Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga apabila diisytihar bankrap nanti."
Nasihat Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.
setiap individu perlulah mengurus kewangan mereka dengan baik untuk mengelak daripada menjadi bankrap..
ReplyDelete3,000?!! That's a lot.
ReplyDeleteBefore applying a loan, you must make sure you are capable to pay back the loan.
ReplyDeleteBanyak kebaikan dinikmati sebagai penjawat awam tapi ramai juga yang bankrap.
ReplyDeleteGaji penjawat awam tetap dan lebih dari cukup jika diurus dengan baik. Jika berbelanja lebih dari kemampuan, gaji sepuluh ribu sebulan pun tidak cukup.
ReplyDeletewalaupun menjadi penjawat awam ni mudah nak mendapatkan pinjaman. tapi kenalah lihat kepada kemampuan diri sebelum membuat pinjaman.
ReplyDeleteIni mungkin salah satu sebab penjawat awam mudah terlibat dalam kegiatan rasuah.
ReplyDeletePunca mesti disebabkan oleh kad kredit..jadi janganlah terpedaya dengan kad kredit.
ReplyDeleteRamai juga yang bankrap?? Apa masalah mereka?
ReplyDeletekalau tidak mampu, janganlah buat pinjaman lagi..betul2 menyusahkan..
ReplyDeleteini adalah kesan dari sikap penjawat awam tersebut..mereka yang cari masalah..
ReplyDelete"...kenaikan harga barangan pada masa ini semakin membebankan penjawat awam,.."
ReplyDeletesedangkan penjawat awam pun rasa terbeban, apatah lagi dengan mereka yang bekerja di sektor bukan kerajaan/swasta..polisi gaji minimum harus dikuatkuasakan segera.
sikap tamak,ego penjawat awam adalah punca mereka bankrap..
ReplyDeletetawaran gaji di sektor kerajaan jauh lebih baik dari sektor swasta. tapi pekerja sektor kerajaan lebih ramai yang bankrap berbanding dengan sektor swasta. kenapa? semua itu disebabkan oleh keistimewaan yang diberikan kepada penjawat awam.. baik hadkah keistimewaan itu dan tidak perlu bagi kenaikan atau apa2 intensif..
ReplyDeleteHeHehehehe padan muka sudah tau kehidupan di Malaysia ini amat tinggi tapi tak nak berubah harap PM cadangkan stop beli kereta buatan malaysia yang mahal tu sebab membebankan rayat walhal diluar negara dijual lebih murah .Kalau mahu beli barangan elektik beli buatan cina murah sebab buatan malaysia mahal gila gaban macam mau bunuh rayat sendiri aje.
ReplyDeleteYa kah, saya nampak banyak penjawat awam yang berkereta mewah, rumah bangalow besar di kampung, telefon bimbit terkini, barang hiasan emas... Bankrap pula sekarang?
ReplyDelete