Thursday, May 26, 2011

Apa dah jadi, Mahu tukar nama lelaki

Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. -hm

9 comments:
Write comments
  1. Rasanya, dia ni tidak akan dapat kebenaran tukar nama. Ni M'sia bukan negara jiran / Europe. Faham2 ja la.

    ReplyDelete
  2. Sudahlah dia tukar jantina, susah juga kalau namanya tidak dibenarkan tukar.

    ReplyDelete
  3. kalau mahkamah memberi kebenaran untuk tukar nama maknanya tukar jantina ni dihalalkanlah

    ReplyDelete
  4. Agak rumit untuk kes ini. Mari kita tunggu saja apa yang akan diputuskan oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  5. baik2 jadi lelaki, nak juga tukar jantina jadi perempuan.

    ReplyDelete
  6. Kecuali dia berhijrahlah ke luar negara.

    ReplyDelete
  7. kesian juga la.. fizikal sudah tukar tapi bila tengok MyKad Mohd Ashraf?.. memang silap beliau melakukan semua ini di Malaysia..

    ReplyDelete
  8. Bagus dia pindah pigi Thailand.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.