Sunday, May 15, 2011

Dulu bapa, kini anak mati ditembak

SEPANG - Seorang penjenayah berusia 20-an yang dipercayai terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil di sini malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam selepas sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan intipan di hotel tersebut sejak pukul 5.30 petang.

Hasil intipan tersebut, polis mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih yang dipercayai dicuri oleh suspek bersama rakan-rakannya diletakkan di belakang hotel tersebut.

Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor. -Kosmo

12 comments:
Write comments
  1. harap polis akan dapat menyelesaikan kes-kes yang melibatkan suspek.

    ReplyDelete
  2. Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor.

    Ini menunjukkan anak dan bapa tersebut seperti peribahasa 'bapa borek, anak rintik'. penjenayah tersebut telah mengikut jejak bapanya yang telah terlibat dalam jenayah. diharap ibubapa di luar sana akan sentiasa memberikan contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang salah.

    ReplyDelete
  3. fikir baik buruknya bila melakukan sesuatu. anak-anak remaja terutamanya perlu memilih jalan hidup yang betul supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  4. ibu bapa seharusnya memberikan contoh yang baik terhadap anak mereka.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada pihak polis kerana dapat menumpaskan kes curi kereta mewah ini.

    ReplyDelete
  6. Adui napalah tak pandai belajar daripada pengalaman lepas. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Yang pasti jenayah memang membawa padah! Jadi jauhkanlah diri kita daripada terlibat dengan jenayah.

    ReplyDelete
  8. mencuri bukan jalan singkat untuk jadi kaya, tetapi jalan singkat untuk menemui ajal..

    ReplyDelete
  9. This is what happen when you do commit a crime.

    ReplyDelete
  10. He's only 20 and already in a wrong path. Like father like son..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.