PENGUMUMAN kerajaan untuk menggunakan khidmat Tricubes Berhad dalam meneruskan agenda kerajaan dalam memberi maklumat melalui email 1Malaysia, merupakan satu keputusan yang tidak bijak serta taksub untuk memperdayakan duit rakyat demi untuk mencapai impian yang rakus dan tidak menguntungkan mana-mana pihak selain syarikat Tricubes Berhad itu sendiri, bagaikan rompakan di siang hari.
Tricubes Berhad merupakan sebuah syarikat IT dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia namun telah mendapat Guidance Note 3 (GN3) yang mana ia menitikberatkan dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan atau berdepan dengan nasib ‘delist’ dari senarai Bursa Malaysia menjelangnya 29 Oktober 2011 atas sebab kewangan yang lemah di dalam syarikat berkenaan.
Melalui email 1Malaysia, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu email percuma bagi memberikan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian, penerimaan notis kerajaan seperti penerimaan notis saman, penerimaan statement untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), memperbaharui lesen memandu dan penaksiran cukai pendapatan.
Untuk kesemua ini, adakah perlu diadakan semula perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian memandangkan kesemua agensi kerajaan telahpun mengadakan laman sesawang (website) masing-masing untuk memudahkan pelanggan melayari laman sesawang untuk urusan rasmi?
Projek Emel 1Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), telah ditentang dan dibantah hebat oleh kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan ia tidak perlu diadakan. Syarikat Tricubes akan mengenakan RM0.50 untuk setiap email kepada pelanggannya.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Khairun Zainal Mokhtar memberitahu bahawa kepada sesiapa yang ingin mendapatkan kemudahan keselamatan yang lebih selamat, mereka bolehlah mendapatkannya dengan kemudahan ‘encryption’ dan perlu dikenakan bayaran tambahan seperti menyimpan dokumen; maka caj tambahan perlu dibayar oleh pengguna sekali lagi.
Bukan itu sahaja, mereka yang ingin mendapat kemudahan email 1Malaysia perlu membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara! Langsung tidak munasabah memandangkan JPN merupakan tempat untuk urusan kad pengenalan diri, mendaftar perkahwinan, isu-isu pendaftaran yang berkaitan dengan taraf kewarganegaraan, ini pula dijadikan tempat mendaftar email 1Malaysia!
Dengan kos projek sebanyak RM50 juta, syarikat ini mensasarkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.
Cuba bayangkan berapa perbelanjaan yang perlu dibayar oleh kerajaan setiap bulan. Contohnya terdapat 20 agensi kerajaan yang menyertai perkhidmatan ini; 900,000 pengguna X 20 agensi kerajaan, ini bersamaan dengan RM18 juta setiap bulan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat Tricubes Berhad!
RM18 juta setiap bulan hanya untuk menyalurkan maklumat kerajaan serta menyediakan perkhidmatan yang tersedia ada oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi yang lain?
Persoalan pokok yang perlu dijawab adalah mengapa kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional ini langsung tidak memikirkan kewangan yang perlu dibelanjakan mengikut keperluan sedangkan keadaan yang begiru teruk dan sengsaranya penduduk di Sabah amnya dan Sandakan khususnya, begitu mengharapkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan air dan elektrik, kemudahan bilik darjah yang selesa kepada pelajar untuk menimba ilmu dan lain-lain lagi.
Kenapa ADUN mahupun Ahli Parlimen dari Sandakan langsung tidak membantah projek email 1Malaysia memandangkan peruntukan yang dapat ‘diselamatkan’ ini akan disalurkan kepada penduduk di Sandakan ini?
Inilah masa untuk membuktikan bahawa anda sebagai ADUN mahupun Ahli Parlimen betul-betul berkhidmat untuk Sandakan dan anda dipilih oleh penduduk Sandakan adalah bagi membangunkan Sandakan dan bukannya langsung mengikut telunjuk sesetengah pihak yang menyalahgunakan duit rakyat demi kepentingan politik diri sendiri!
Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)
Tuesday, May 3, 2011
Email 1Malaysia, Rompakan Di Siang Hari?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap projek e-mel 1 Malaysia ini akan dipertimbangkan lagi.
ReplyDeletejika nak laksanakan email ini, pastikan tida sebarang bayran dikenakan.
ReplyDeleteterserah kepada setiap individu mahu menggunakan perkhidmatan ini atau tidak.
ReplyDeleteapa pun yang ingin dilakukan pastikan ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan tidak membazir.
ReplyDeleteIS it that necessary to have this 1Malaysia email??What's wrong with yahoo,gmail or hotmail???
ReplyDeletesaya tidak berminat dengan email 1M'sia ini.
ReplyDeleteI don't see how this email will benefit the people. The government should think more than twice before implementing this project.
ReplyDeleteListen to people first.
ReplyDeleteSaya rasa email 1 Malaysia tidak wajar kerana sudah banyak eamail percuma dalam internet.
ReplyDeletekenapa projek e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan?
ReplyDeletejika e-mel 1Malaysia ini adalah keperluan rakyat yang mendesak, memang wajar ia dilaksanakan.tapi rasanya e-mel ni tidaklah penting sangat.
ReplyDeleteSetiap email yang dihantar kepada kita dikatakan akan dicaj tidak lebih dari 50 sen, duit ini dibayar siapa? Kerajaan? Itu duit rakyat juga., kenapa tidak gunakan email FREE??
ReplyDeleteEamil 1 Malaysia ini boleh dikatakan tidak perlu. Kerajaan seharusnya menaikan keupayaan sistem yang sedia ada seperti myeg dan bukan mencipta yang baru.
ReplyDeleteKita memerlukan lebih penyelasan yang tepat dan meyakinkan untuk memastikan rakyat dapat memahami apa sebenarnya kebaikkan email 1Malaysia ini.
ReplyDeleteperlukah email 1Malaysia ini? rasanya rakyat tidak memerlukannya..
ReplyDeletelagipun bukan semua kawasan di malaysia ada akses internet..
ReplyDeleteapakah kebaikan yang rakyat akan dapat dari projek email ini?
ReplyDeletepertimbangan semula adalah perlu..
ReplyDeletePerkara ini harus dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan.
ReplyDeleteApapun terpulanglah pada penilaian individu terhadap idea ini.
ReplyDeleteNampaknya apa yang terbaik untuk rakyat pasti ada yang cuba untuk memburukkanya. Rakyat pandai-pandailah menilai sendiri..
ReplyDeleteI don't think this 1 Malaysia email is needed.
ReplyDeletesemua cadangan kerajaan yang menerima tentangan dari pelbagai pihak mesti dihentikan serta merta.. guna peruntukkan itu untuk menaiktaraf jalan di kampung saya..:)
ReplyDelete