Sunday, May 15, 2011

Ketua Kampung Sepatutnya Dipilih?

Jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun. “Tidak ada undian atau pilihanraya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri,”.

PAS Miri ada menerima aduan dan juga cadangan agar jawatan Ketua Kaum sepatutnya dipilih secara demokratik bukan oleh pihak tertentu saja. Mereka sepatutnya dipilih oleh penduduk atau di kalangan anggota masyarakat setempat. Dengan cara ini Ketua kaum dapat diterima oleh semua penduduk setempat dengan hati terbuka seperti mana pemilihan wakil rakyat semasa pilihanraya.

Dengan pemilihan yang terbuka dan telus akan memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan tersebut, Kekuatan kepimpinan yang ada pada mereka juga menjadi tunjang kepada permuafakatan di kalangan anggota masyarakat dan seterusnya mewujudkan suasana harmoni di kalangan penduduk berbilang kaum.

Dengan cara ini Ketua Kaum akan lebih bersikap adil untuk semua tanpa mengira fahaman politik membandingkan yang ada sekarang dipilih berdasarkan fahaman politik parti memerintah.

Diharap perkara ini dapat perhatian dari pihak yang berwajib demi kebaikan untuk semua.



The community leaders should be elected by local people

The community leaders is not eternal life and has been confined for a period of four years. "No votes or elections to appoint the community leaders because the system now is based on the appointment in accordance with the agreement approved by the District Officer, Resident and State Secretary.

"Miri PAS has received a complaints and suggestions for the post of the community leaders should be elected democratically by the non-specific course. They should be elected by the people or among members of the local community. In this way the community leaders to be accepted by all local residents with an open heart as the selection of representatives in elections.

With an open and transparent elections will bring benefits to residents in the area. The strength of leadership which they have also become the cornerstone of the collaboration among community members and create harmony among people of different races. In this way the community leaders will be more fair to all regardless of political affiliation compare with the elected by the current ruling political party.Hopefully this proposal can be considered by the relevent authories for the sake and interests of all.

PAS Miri

21 comments:
Write comments
  1. sebaiknya jika pekara ini diteliti...

    ReplyDelete
  2. ketua kaum haruslah memastikan mereka menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Biar rakyat yang memilih ketua kampung mereka.

    ReplyDelete
  4. artikel ini memang sesuai sebagai nasihat kepada kerajaan Selangor yang mencadangkan untuk membelanjakan hampir RM 90 juta untuk mengadakan pilihan raya bagi pemilihan ketua kampung. memang suatu pembaziran jika RM90 juta itu digunakan semata-mata untuk mengadakan pemilihan ketua kampung.

    ReplyDelete
  5. sebaiknya ketua kampung yang dipilih adalah hasil sokongan majoriti penduduknya dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa.

    ReplyDelete
  6. biarlah penduduk sendiri yang memilih ketua kampung mereka.

    ReplyDelete
  7. Ketua kampung selalunya dipilih atas orang itu adalah berkebolehan dan senoir(Orang lebih tua).

    ReplyDelete
  8. pemilihan Ketua kampung biarlah ditentukan penduduk, mereka lebih tahu mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. ketua kampung seharusnya dipilih secara demokrasi..

    ReplyDelete
  10. diharap perkara ini diteliti oleh pihak berwajib.

    ReplyDelete
  11. Ada baiknya juga ketua kampung dipilih oleh penduduk, baru best.

    ReplyDelete
  12. Apapun yg pasti, siapapun yang jadi k/kampung harus jalankan t/jawab mereka dengan sempurna.

    ReplyDelete
  13. Ketua kaum yang diplih lebih berwibawa dibanding yang dilantik.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya, DO pun patut dipilih. Orang tempatan yang tahu siapa yang paling layak.

    ReplyDelete
  15. Melalui proses pilihan, orang yang paling sesuai akan dipilh. Saya setuju dengan cadangan ini.

    ReplyDelete
  16. Ketua kaum dipilih kaum setempat tersebut dapat membantu mengurangkan ketidak puasan kaum setempat.

    ReplyDelete
  17. Cadangan diatas berasas dan kerajaan harus mempertimbangkan.

    ReplyDelete
  18. Pemikiran rakyat berubah dan mempunyai permintaan yang lebih bersifat telus, adil, hak peribadi.

    ReplyDelete
  19. adakah ketua kampung di negeri2 kerajaan PR dilantik berdasarkan pilihan penduduk setempat?

    ReplyDelete
  20. Appoint ketua kampung based on their performance and not race.

    ReplyDelete
  21. Hopefully the best ketua kampung will be appointed.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.