Wednesday, May 4, 2011

PR bersiap sedia hadapi PRU 13 tahun ini

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dijalankan pada bila-bila masa, termasuk tahun ini. Beliau mengumumkan bahawa pertemuan tertutup antara pimpinan PR akan diadakan dalam tempoh dua minggu untuk membincangkan dasar-dasar bersama, selain mengeratkan perhubungan yang sering cuba ditimbulkan kesangsian oleh UMNO-Barisan Nasional.


Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, selepas mesyuarat pimpinan PR, yang dihadiri Presiden Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Seng Giaw, dan pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat.


Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kabinet bayangan Sarawak yang dibentuk dari pimpinan PR, isu loji pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng, Kuantan, selain memberi reaksi terhadap isu-isu yang dibangkitkan media. Anwar berkata, kabinet bayangan PR Sarawak yang diumumkan pada 1 Mei 2011 bukanlah barisan yang muktamad, dan masih dalam perbincangan.


Desak BN dengar bantahan rakyat


Beliau turut membangkitkan isu Lynas yang kini menjadi tumpuan bukan sahaja tempatan, tetapi antarabangsa.


"Di antaranya kurang ketelusan, belum ada pendedahan laporan EIA, tiada maklumat terperinci dan rundingan dengan masyarakat di kawasan terlibat, di sekitar Kuantan," sebelum Anwar (gambar kanan) meneruskan, "Kesan radioaktif walaupun dinafikan kerajaan Malaysia tidak meyakinkan, kerana keterangan dari kertas asal Australia itu berbeda. Dan keduanya, kenyataan menteri Australi bahawa buangan bahan radioaktif itu tidak akan dibawa balik ke Australia dan akan disimpan atau ditanam di Malaysia."


PR mendesak agar kerajaan mendengar bantahan ini dan tidak mengambil risiko yang membahayakan keselamatan rakyat.


Ujian Poligraf


Sekali lagi, isu "video seks" yang didedahkan "Datuk T" dibangkitkan wartawan. Walaupun membiarkan wartawan mengajukan soalannya, bahawa sama ada Anwar akan menyahut cabaran Shazryl Eskay Abdullah untuk menjalani ujian poligraf, namun Anwar menganggap itu "bukan isu" (non-issue).


Presiden PAS Hadi Awang mencelah apabila wartawan cuba melontarkan soalan seterusnya berhubung isu ini, berkata "Kita nak perintah Malaysia, bukan soalan berkait individu."


Sebelum ini, Hadi turut mendakwa bahawa cara bersumpah Shazryl Eskay Abdullah adalah salah, "Angkat kitab Quran tetapi tidak mengikut hukum dalam Quran".


1Malaysia kepada Cina dan India


Ketika ditanya isu perpaduan Melayu, Anwar membidas Presiden UMNO Najib yang menyajikan 1Malaysia kepada Cina dan India, pada masa yang sama 1Melayu untuk Melayu. "Beliau ingat orang Malaysia kurang bijak," sindirnya sambil menambah bahawa langkah-langkah ini menunjukkan bahawa BN semakin terdesak.


*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

22 comments:
Write comments
  1. Selamat berjuang diucapkan kepada semua parti yang bertanding pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  2. persediaan awal mmg perlu ada.

    ReplyDelete
  3. rasanya setiap parti tidak kira BN atau PR sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
  4. tidak kira sama ada BN atau PR pasti akan berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat. namun, terpulang kepada rakyat untuk menilai.

    ReplyDelete
  5. I'm not too sure that PR is ready for the GE.

    ReplyDelete
  6. It's all up to the people. ALl the best!

    ReplyDelete
  7. Bagaimana pula dengan BN yang kini menghadapi masalah dengan parti komponennya, LDP?

    ReplyDelete
  8. penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul dalam parti perlu diselesaikan terlebih dahulu agar kerjasama dapat dibentuk untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  9. Tidak lama lagi rakyat Malaysia bakal direbut-rebut parti-parti politik yang menanding dalam pru 13.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya semua parti politik sudah siap sedia untuk menghadapi pru13 akan datang. Rakyat juga disaran bersedia menghadapi pru13 yang bakal berlaku pertandingan sengtit.

    ReplyDelete
  11. Pr bersiap sedia untuk PRU 13, begitu juga BN. Persaingan sengit bakal berlaku pada pilihanraya akan datang. Tiada pihak yang bereni berlengah.

    ReplyDelete
  12. persediaan mmg telah ada oleh semua parti. namun tak perlulah nak tergesa gesa adalah PRU.

    ReplyDelete
  13. Bagsulah kalau PR bersedia. Kita harap rakyat sendiri tahu menilai mana yang baik dan buruk parti tersebut.

    ReplyDelete
  14. PRU belum dipastikan bila akan diadakan namun persediaan awal tidak salah.

    ReplyDelete
  15. setiap parti pasti dalam keadaan bersiap-sedia kerana mungkin PRU bakal diadakan awal..apa2 pun, ianya adalah keputusan dari najib.

    ReplyDelete
  16. kita tunggu dan lihat bila pengumuman akan dibuat berhubung dengan tarikh PRU.

    ReplyDelete
  17. apa2 pun, dahulukan rakyat..

    ReplyDelete
  18. Good luck to contesting parties.

    ReplyDelete
  19. PKR akan binasa dalam PRU akan datang kerana tindakan dan kenyataan pemimpin tertingginya lebih banyak menimbulkan keraguan berbanding dengan keyakinan. masa itu baru lah beliau tahu mana satu isu dan mana satu bukan isu.

    ReplyDelete
  20. tuan rumah perlu tahu latarbelakang tetamunya sebelum membawa masuk ke dalam rumah.. begitu juga halnya dengan pemimpin yang hendak dipilih oleh rakyat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.