Wednesday, May 4, 2011

RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. -MK

20 comments:
Write comments
  1. Dijangka harga petrol akan terus dinaikkan lagi.

    ReplyDelete
  2. pengguna pasti akan beralih kepada minyak yang lebih murah jika petrol RON97 terus mengalami peningkatan harga yang berterusan.

    ReplyDelete
  3. gunalah kenderaan yang enjinnya cukup sekadar dengan pembakaran RON95 yang lebih murah:-)

    ReplyDelete
  4. jika ia berterusan naik, beban rakyat akan bertambah.

    ReplyDelete
  5. lebih baik gunakan RON95..

    ReplyDelete
  6. harap tiada lagi kenaikan lepas ni.

    ReplyDelete
  7. increase again??sigh

    ReplyDelete
  8. I hope this is the last time the price increase.

    ReplyDelete
  9. Naik, naik, naik. Bila mahu turun2 ni.

    ReplyDelete
  10. Tidak terperanjat dengan berita ini. Memang lambat laun harga minyak akan naik juga. Semua kena bersedia. Tidak ada pilihan lain.

    ReplyDelete
  11. Apapun saya rasa gaji juga harus dinaikkan selaras dengan kenaikkan harga minyak yang mana rata2 yang bekerja menggunakan kereta sebagai kenderaan utama, lagipun jika kita menggunakan kenderaan awam tambang juga akan dinaiikan.

    ReplyDelete
  12. RM2.90??Naik 20 sen lagi ron97??Nampaknya kenaikkan ini tidak dapat dikawal lagi.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan masih tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak. Apa yang kerajaan lakukan. Gaji minimum belum dilaksanakan sejak dulu lagi, tapi minyak naik sekejap saja. baru 1 bulan naik lagi 20 sen.

    ReplyDelete
  14. gaji minimum belum diumum, harga minyak dah naik.bikin susah rakyat saja

    ReplyDelete
  15. nda payah la komen banyak2.. nanti ada lg yg komen "biarkan lah naik coz orang2 kaya saja yang guna minyak tu".. abis tu org2 yg sudah sedia ada kereta 2000cc apa mcm.. mo suruh tukar kereta pikir senang kah.. suruh pakai ron 95? abis klu enjin angkang apa mcm.. pikir murah ka part2 kereta ne.. jgn tau komen saja kalau x pernah rasa..

    ReplyDelete
  16. patutnya gaji naik setiap kali minyak naik.. itu baru la adil dan seimbang..

    ReplyDelete
  17. ThuqotulShua/Tamrinussabit

    marilah kita ramai-ramai gunakan beskal tua masam yg urg di hindia, sina, kambuja, tailand dan nagara² miskin yang lain lakukan ...

    ReplyDelete
  18. Terima Kasih BN barang Naik harap keperluan asas beras,gula,minyak naikan lagi selepas PRU 13.Berita baik barang mungkin tidak naik sehingga BN menang PRU 13 untuk membalas jasa rayat yang undi BN PRU 13 nanti maka keperluan asas akan dinaikan sebagai hadiah kapada rayat ,tape harga barang di Malaysia masih rendah dari luar negara kata pak YB kakakakah rayat pasti sokong punya jangan tak sokong.

    ReplyDelete
  19. Bagus BN gua sokong lu jangan peduli dia orang yang bising/komen tu sebab mereka tak tau hal ekonomi.

    ReplyDelete
  20. Timur tengah sedang ada masalah politik yg kronik menyebabkan pengeluaran minyak tak berapa baik...pengeluaran minyak semakin sikit, tapi permintaan semakin meningkat menyebabkan harga naik secara mendadak....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.