Sekutu tertua Barisan Nasional (BN) di Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), terus didera termasuk didesak menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai yang diwakilinya sejak beberapa penggal lalu kepada Umno di negeri itu.
Perkara itu disuarakan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh buat kesekian kalinya.
Sebelum ini, LDP turut diserang sekutu BN di negeri itu termasuk MIC, Gerakan dan beberapa pemimpin Umno selepas Timbalan Presidennya, Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan mengenai kejayaan Pakatan Rakyat mencatatkan keputusan memberangsangkan pada pilihanraya Sarawak, 16 April lalu.
Turut menyerang LDP ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sekutu utama BN di Sarawak melalui Exco pemudanya, Radin Kadri Radin Budiman dan Senator Sarawak, Datuk Idris Buang.
LDP sebelum ini turut kehilangan dua ADUNnya yang melompat menyertai Gerakan selain jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah yang diwakilinya dirampas Parti Bersatu Sabah (PBS), yang juga sekutu BN di negeri itu.
Sabah memiliki tiga TKM dengan dua daripadanya kini dibolot PBS manakala satu lagi dikuasai Umno.
Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat bersara dari politik selepas mendakwa disabotaj Pengerusi Umno BN Sabah ketika ini, Datuk Musa Aman.
LDP ditubuhkan pada 1989 dan paling awal menyertai BN di Sabah berbanding Umno yang hanya memasuki Sabah selepas pembubaran parti Usno pada 1991.
Friday, May 6, 2011
Sekutu tertua BN didera ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tidak perlulah memainkan isu seperti ini.
ReplyDeletejika ada sebarang isu atau cadangan ianya boleh dibawa berbincang.
ReplyDeleteyou guys are suppose to be a team, why the squabble?
ReplyDeleteapa pun isu yang timbul ianya perlulah diselesaikan dengan baik agar kepentingan semua akan dapat dijaga sebaiknya.
ReplyDeleteI hope this matter will solve in a good way.
ReplyDeletetiada penderaan yang dilakukan terhadap LDP. hal ini tak timbul jika LDP bekerjasama dgn BN.
ReplyDeleteLDP perlu mengamalkan prinsip kerjasama dan semangat BN ketika menangani masalah dengan parti komponen lain BN. perselisihan dan persengketaan harus ditangani dengan cara yang profesional.
ReplyDeletesebagai sekutu BN yang tertua, LDP sepatutnya lebih bersikap matang dalam menghadapi apa juga masalah dalam parti.
ReplyDeleteHope that explanation will be made regarding this matter.
ReplyDeletekerjasama+matang+profesional = kemantapan LDP, tapi kalo semua ini semakin pudar bagaimana LDP mahu berdiri sebagai salah 1 parti komponen BN.
ReplyDeleteIni bukan sebab didera atau sebaliknya. Ini kerana perlakuan sesetengah pihak yang tidak begitu mengutamakan rakyat. Jadi apa pun, kerusi merotai itu tidak perlulah diambil oleh UMNO apa yang penting sekarang. LDP perlulah memberikan yang terbaik untuk penduduk merotai. Berikan keyakinan kepada penduduk bahawa LDP pasti dapat melakukannya.
ReplyDeleteKekecohan dan masalah dalaman BN perlulah diselesaikan. Terutama sekali dengan parti LDP yang semakin merunsingkan. Banyak masalah timbul sekiranya ada pihak luar yang ikut campur hal ini. Maka selesaikan sebaiknya.
ReplyDeleteJangan mementingkan diri sendiri. LDP pasti dapat melakukannya. VK Liew tidak pernah bising tapi hanya Timb saja yang selalu memberikan masalah. Jadi Presiden LDP perlulah memberikan nasihat kepada ahli parti tersebut.
ReplyDeletekenapa LDP diserang dan kenapa dua adunnya melompat menyertai Gerakan? soalan ini cukup untuk menggambarkan LDP mempunyai masalah kepimpinan bukan disebabkan oleh parti lain atau pemimpin lain, tetapi disebabkan oleh pemimpin mereka sendiri.
ReplyDeletejangan disebabkan LDP adalah parti tertua maka mereka boleh melakukan apa sahaja seolah2 mereka adalah parti utama dalam komponen BN Sabah. Chin tidak sepatutnya menggunakan parti LDP untuk memperjuangkan kepentingan peribadi beliau..
ReplyDeletecerita lapuk..baik fokus kepada isu2 rakyat dan bukannya agenda peribadi.
ReplyDeleteinilah hasilnya jika agenda peribadi dicampur dengan isu2 politik..
ReplyDeletejika LDP benar tidak boleh bekerjasama dengan lain2 parti komponen BN, keluar saja dari BN..lebih baik begitu..
ReplyDeleteyg salah adalah Chin..bukan BN...
ReplyDeleteLDP tak didera. LDP sendiri yang mencari masalah dgn berpaling Dari BN.
ReplyDeleteLDP akan terus dikritik jika masih tidak menyedari dan cuba memperbetulkan kesilapan yg telah dilakukan.
ReplyDeleteI hope LDP will get along with the other teams.
ReplyDeletePergeseran antara LDP dan lain2 harus dihentikan.
ReplyDeletePlease do something beneficial for the people out there.
ReplyDeleteHal remeh harus ditinggalkan.
ReplyDeleteSabah has a lot more to achieve.
ReplyDeleteApa akan jadi jika ketiga-tiga mereka ini kalah dalam pru akan datang?
ReplyDeleteEntahlah apa perasaan Gerakan yang menerima kemasukan mereka dalam parti.
Kebelakangan in LDP agak sesat dan tidak dapat mengenali arah tuju parti menyebabkan berlakunya insiden-insiden yang disebut diatas.
ReplyDeleteParti-parti kecil sepatutnya bergabung supaya mempunyai suara yang lebih kuat.
ReplyDeletePercanggahan pendapat turut berlaku antara adik beradik atau suami isteri, LDP harus bersabar dan bersikap toleransi terhadap bersekutu.
ReplyDeleteKehilangan tiga yb dalam LDP merupakan satu tamparan yang kuat bagi parti itu.
ReplyDeleteTidak hairanlah LDP mempunyai reaksi begini.