PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.
Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.
“Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?
“Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?,” soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.
Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.
Nizar menegaskan, “Perkembar adalah parti perkauman!”
Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
“Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno,” ujar beliau.
Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”
Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” kata Juanda.
Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini. -FMT
Wednesday, May 4, 2011
UMNO Sebuah Parti Perkauman?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tanyalah Najib bagaimana boleh mencapai 1 Malaysia.
ReplyDeletesudah2 lah dgn perkauman kmu ni.
ReplyDeletejanganlah asyik menyalahkan. lebih baik cermin diri sendiri dan semua pihak harus memperbaiki kelemahan masing-masing.
ReplyDeletemana-mana pihak pun perlulah berusaha untuk memberikan idea yang bermanfaat kepada rakyat dan bukannya sibuk bercerita tentang lawan masing-masing..
ReplyDeleteadakah parti berteraskan perkauman masih relevan pada hari ini??
ReplyDeleteIt's going to be difficult to achieve 1Malaysia.
ReplyDeletediharap tiada pihak-pihak yang menyemarakkan api perkauman dengan memberikan sokongan yang salah kepada perkara yang silap kerana implikasinya sangat besar kepada rakyat 1Malaysia.
ReplyDeletepolitical so complicated
ReplyDeleteselagi isu perkauman ni tak selesai, selagi itulah konsep 1Malaysia takkan tercapai.
ReplyDeleteRasanya bukan UMNO parti perkauman. UMNO merupakan parti perkongsian untuk komponen parti BN yang lain.
ReplyDeleteAda pihak lain cuba untuk melemahkan UMNO dengan mengatakan UMNO parti perkauman. Harap rakyat sendiri tahu kebenarannya.
ReplyDeleteUMNO adalah parti politik..bukan agama..
ReplyDeletebiarpun UMNO dan PAS dianggotai majoriti orang Islam, tapi fahaman politik adalah berlainan..mana mungkin akan menjadi satu..
ReplyDeletepolitik dan agama harus dipisahkan..
ReplyDeleteisu perkauman adalah isu sensitif di malaysia..tidak perlu dibincangkan..
ReplyDeletejika umno hanya untuk orang Melayu, jadi PAS hanya untuk orang Islam? umno parti perkauman dan PAS pula parti keagamaan..
ReplyDeleteHoi jangan kau orang sentuh UMNO nak kena penampau barangkali kau orang nie yes satu malaysia yes satu melayu
ReplyDeleteBersatu la kita sebagai rakyat malaysia & jgn la terlalu obses dgn bangsa anda sendiri...kita hidup di dunia ni mau tak mau kena berkongsi...lagipun sharing is caring mah..
ReplyDelete