DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik pelbagai saranan pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran di negeri ini yang mengambil langkah penyelesaian terhadap permasalahan kemampuan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Inggeris dan Matematik.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, gesaan yang dibuat bagi menangani permasalahan itu boleh dirungkai secara satu persatu dan tidak menjadi rumit sehingga membebankan keupayaan kecemerlangan pelajar dan keterlibatan guru-guru.
“Kita (PAS) melihat dari sudut yang berbeza perspektif. Tetapi, matlamat tetap sama yakni membina dan membangunkan potensi pelajar terutama pelajar luar bandar dalam menguasai dua subjek yang dikatakan sukar iaitu Inggeris dan Matematik,” katanya.
Menurutnya, gesaan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail pada Ahad lalu perlu dipandang secara serius. Hal ini katanya, ketidakseriusan pelbagai peringkat agensi yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bakal menjejaskan sistem pendidikan yang telah dirangka.
“Apa yang disampaikan oleh beliau itu, kena dianggap serius. Ini hal pendidikan anak-anak. Jelas matlamat, kita tidak boleh mengejar pangkat dan kedudukan. Tapi, kualiti pendidikan yang berkesan itu adalah lebih penting dan berguna dari segala hal,” ujar beliau.
Menurutnya lagi, Pemuda PAS ingin mengemukakan beberapa panduan bagi berkongsi cadangan penambahbaikan terhadap permasalahan berkenaan. Antaranya ialah, gesaan terhadap pihak kementerian agar mempercepatkan proses penyerapan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang bermasalah dari sudut kekurangan guru.
“Guru-guru perlu segera diserapkan ke sekolah-sekolah yang ada masalah kekurangan guru. Bebanan kerja guru yang bertambah, ditambah dengan ketidakcukupan guru memaksa guru berkenaan memangku pelbagai tugas. Dan, lahirlah rungutan serta perasaan letih dalam mengajar.
“Guru yang perlu fokus kepada sesuatu bidang, terpaksa melakukan kerja lain. Ada ketikanya, kerja itu diluar bidang akademiknya. Kalau itu yang berlaku, sungguh ianya terlalu membebankan,” jelas Lahirul lagi.
Selain itu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) juga perlu diberikan kelonggaran untuk terus dilantik semula dengan diberikan pelbagai latihan serta kursus pengukuhan perguruan bagi membantu bilangan guru yang tidak mencukupi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong turut mengesahkan terdapat 7,920 telah dilantik semula sebagai GSTT di seluruh negara termasuk Sabah. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC. Manakala di Sabah, sebanyak 516 orang GSTT telah dilantik semula manakala selebihnya ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai awal tahun ini.
“Ada sebab kenapa GSTT ini perlu diteruskan. Mereka ini boleh diserapkan terus sebagai guru terlatih apabila cukup proses kematangan mereka dalam bidang perguruan.
“GSTT ini perlu diteruskan bagi menampung kekurangan guru terlatih terutama di kawasan luar bandar ini. Tapi, ini tidak bermakna membelakangkan graduan-graduan perguruan yang telah tamat tempoh pengajian,” ujarnya.
Bagi memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran (P & P) menjadi lebih baik, kemudahan infrastruktur dan kelengkapan alat bantuan mengajar serta kemudahan prasarana yang lebih baik perlu dibangunkan.
Hal ini bagi mewujudkan suasana sebenar alam persekolahan di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
“Berapa banyak sekolah di kawasan luar bandar ini yang imej dan wajahnya tidak mencerminkan peredaran semasa.
“Tidak hairan jika Laporan Audit 2010 turut mendedahkan projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM 160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya,
“Ini isu yang bakal mengundang kebejatan dalam sistem pendidikan. Mengapa dan bagaimana ketirisan ini boleh berlaku? Di saat kita mahu melahirkan kualiti pelajar, di situ jugalah ketirisan dan kecelaruan akhlak berlaku,” jelas beliau.
Katanya, keadaan sekolah yang uzur dan daif turut menjadi sasaran keengganan guru berkhidmat dengan lebih cemerlang.
“Tahun lalu, ada 500 sekolah atau 39 peratus daripada 1,283 sekolah rendah dan menegah di negeri ini yang mengalami kerosakan termasuk bangunan yang tidak selamat diduduki.
“Macam mana guru dan pelajar ingin duduk dalam sekolah yang daif itu? Infrastruktur usang dan uzur merencatkan pemikiran mereka. Perhatian ini perlu diberikan secara serius. Suasana harmoni dan selesa perlu diterapkan. Suasana pembelajaran yang kondusif dan baik turut memainkan peranan membantu kecemerlangan pelajar dan guru-guru,” luah Lahirul.
Lahirul turut mencadangkan agar pihak kementerian memberikan insentif dan bantuan kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar.
Katanya, kesanggupan seorang guru yang meredah sungai dan hutan belantara semata mahu berkhidmat kepada masyarakat perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
“Mereka ini sanggup untuk meredah hutan, menyeberangi sungai semata mahu menabur bakti buat anak-anak di kawasan luar bandar.
“Kita di bandar, ada segala kemudahan mereka di sana, biarpun jawatan yang sama tapi kemudahan tidak sama. Persekitaran tidak sama. Justeru, insentif atau sebarang usaha boleh diambil bagi memberikan galakkan serta dorongan buat mereka ini. Tanda kita bersama mereka.
“Mereka ini perlu diberi galakkan agar lebih ramai berminat untuk berkhidmat dengan cemerlang di kawasan luar bandar,” jelasnya.
Oleh : MOHD FIRDAUS M.N (sabahkini)
Tuesday, March 27, 2012
Atasi Kemelut Pendidikan Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sepatutnya tidak wujud kekurangan guru di Sabah ni. Lagipun setiap tahun graduan dalam bidang pendidikan sentiasa bertambah. Biarlah berikan peluang pada rakyat tempatan dan bukannya guru yang diimport dari SM.
ReplyDeleteUntuk mengatasi masalah keupayaan murid luar bandar dalam penguasaan Bahasa Inggeris, pertama sekali adalah untuk menghasilkan guru yang fasih Bahasa Inggeris barulah boleh mengajar murid dengan cara yang berkesan.
ReplyDeleteUsaha untuk mengurangkan jurang di antara bandar dan luar bandar diperlukan supaya pembangunan supaya perbezaan ini akan dikurangkan.
ReplyDeletePeruntukan yang lebih untuk pembangunan pendidikan perlu ditambahkan di Sabah dan kuasa autonomi juga perlu diberikan bagi mempercepatkan sebarang projek pendidikan diselesaikan.
ReplyDeleteDeputy education minister Datuk Dr Wee Ka Siong stressed that following a Cabinet decision on Feb 22, a special committee was set up to find concrete strategies in solving shortages of teachers in vernacular schools.
ReplyDeleteThe special committee will meet with all stakeholders to resolve the matter.
ReplyDeleteThe action plan, which was agreed by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, stated that the ministry will transfer teachers who are not qualified to teach in dual languages in vernacular schools to national schools.
ReplyDeleteWee explained that it was important for teachers to be able to teach in Bahasa Malaysia and English for level 1 (Years 1,2, and 3) while for Level 2 (Years 4, 5, and 6) it can be taught by teachers who took the two subjects as their option.
ReplyDeleteThis is because it will be easier for students to understand the subject while for those at Level 2, teachers with the right qualifications could still teach despite being Malay, Indian or Kadazan.
ReplyDeleteHe said that the Ministry would also speed up the interview process of the 5,523 applicants from various local higher education institutes that applied to teach at secondary schools.
ReplyDelete“However, at the moment we only have 2,260 positions but we will fill them in stages,” he told Datuk Ibrahim Ali (Ind-Pasir Mas).
He also denied allegations that the Government had discriminated in allocating education funds to vernacular schools.
ReplyDelete“We never sidelined any vernacular schools as alleged by some irresponsible quarters.
“The Education Ministry had allocated RM150 mil to all schools and all the fees had been paid by the Government. They should look at the overall cost instead of taking certain data out of context,” he told M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).
Gambar di atas adalah memalukan. Pendidikan penting untuk rakyat kerana dengan ilmu, seseorang mampu pergi lebih jauh. Utamakan orang Sabah sendiri untuk memegang jawatan di Sabah ini.
ReplyDeletejumlah guru yang berasal dari sabah harus dipertingkatkan...
ReplyDeletegraduan2 dari sabah harus diambil untuk mengikuti kursus perguruan dan diploma perguruan lepasan ijazah dan KPLI...jika orang sabah yang mengisi kekosongan guru di sabah maka masalah kekurangan guru dapat diatasi...berbanding dengan menghantar guru2 bukan asal sabah yang mana mereka akan kembali ke tempat asal selepas berkhidmat 2/3 tahun..
ReplyDeleteCM Datuk Musa Aman said infrastructure development for schools in Sabah will remain a priority for the government in line with '1Malaysia'.
ReplyDeleteGuru yang fasih dalam bahasa english adalah syarat utama untuk memastikan murid mempelajari bahasa english yang betul.
ReplyDeletePerletakan guru yang mencukupi di sekolah adalah amat penting.
ReplyDeleteAnonymous 9:31,
ReplyDeleteThat good news. With the new infrastructures would further motivate the school population to respond to the government’s call for transformation towards excellence in education
Sistem pendidikan di Sabah harus diperbaiki.
ReplyDeleteIbu bapa bukan hanya melepaskna soal pendidikan anak-anak mereka kepada guru-guru sebagai pendidikan tetapi pendidikan bermula daripada institusi keluarga
ReplyDeleteWhat is important is the commitment of all parents and teachers
ReplyDeletePendidikan di Sabah maih banyak harus diperbaiki terutama kawasan perkampungan.
ReplyDeleteSabah memerlukan guru yang cemerlang dan kualiti.
ReplyDeletemasalah dan kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan kita harus diselesaikan.
ReplyDeleteAda guru dari SM cuti belum mula tapi sudah terbang balik kerana konon tiket waktu cuti habis! Guru-guru Jqaf misalnya hanya 1/100 orang Sabah. Tidak ada orang Sabahkah yang berkelulusan dalam bidang agama Islam?
ReplyDeleteTahap pendidikan di Sabah sudah semakin baik.
ReplyDeleteSepatutnya masalah kekurangan guru tidak berlaku, setiap tahun banyak graduan2 keluaran KPLI yang boleh mengisi kekosongan itu.
ReplyDeleteMasalah pendidikan di Sabah masih boleh di perbaiki lagi.
ReplyDeleteIbubapa juga harus bekerjasama dengan guru dalam soal pendidikan anak, jangan hanya mengharapkan guru sahaja.
ReplyDeleteTumpukan kepada sekolah luar bandar.
ReplyDeleteSetuju dengan enon, kalau hanya bergantung dengan guru sajapun susah juga. Jadi kerjasama dari ibubapa pun penting untuk pastikan kecemerlangan pendidikan anak mereka.
ReplyDeleteTidak dinafikan pendidikan di Sabah masih mempunya kekurangan, tapi saya yakin ia masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteJusteru, pihak-pihak berkenaan haruslah bekerjasama dan berusaha meningkatkan lagi taraf pendidikan di negeri ini.
ReplyDeleteBagi saya tahap pendidikan di Sabah semakin bertambah baik. Jadi untuk berjaya, seseorang hanya perlu berusaha mengejar kejayaan.
ReplyDeleteNamun setiap kelemahan yang ada harus diberi perhatian sewajarnya dan pastikan ia dibaiki demi kebaikan ramai pihak.
ReplyDeletePastikan kemudahan infarstruktur di setiap sekolah sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan sistem pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.
ReplyDeleteSememangnya pendidikan di Sabah perlu diambil perhatian juga. Kita tahu bukannya mudah untuk mendapat kejayaan yang terbaik tanpa usaha yang gigih.
ReplyDeletejika Lahirul mahu pelajar2 ini cemerlang dalam pelajaran, jangan sekali2 menghasut mereka untuk turun ke jalanraya melakukan demonstrasi..
ReplyDelete