Friday, March 23, 2012

Lebih 18,000 Pengundi Diragui Di Pekan

KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.

“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.

“Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.

“Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan,”
katanya.

Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR.

Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.

“Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.

“Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah,” katanya.

Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal. -KD


13 comments:
Write comments
  1. Senarai daftar pemilih harus dibersihkan sebelum PRU dilangsungkan. Kes2 seperti pengundi hantu atau pengundi klon harap tidak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  2. Whateverlah SPR.. jgn peningkan rakyat yg sudah pening dgn modus operandi korang...berkerjalah utk rakyat sejujurnya bukan menjadi tali barut UMNO.. itu tak COOL..

    ReplyDelete
  3. agi banyak kau berckp lagi banyak pembohongan kau lakukan wahai SPR..jadi baik jgn ckp buat aja proses pembersihan secepat munkin!..Yg sibuk sangat nakan isteri polis/tentera untuk jadi pengundi tanpa hadir pun dah jadi isu..UNDI POS DI HAPUSKAN DAN TUKAR JADI UNDI LEBIH AWAL!..DB bangsat SPR ni bukan dia kira hari jumaat ke atau tidak..kerana MENIPU TU DAH JADI IBADAH DIA ORG!..

    ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!

    ReplyDelete
  4. alau SPR tak selesaikan kes manipulasi daftar pemilih ni, kita kena boikot PRU13 ni...kalau tidak kemenangan akan berpihak kepada BN dengan mudah dengan bantuan penipuan dari SPR ni...ini 1 komplot yang merbahaya ni...

    ReplyDelete
  5. haji pengamput najib sdh desperate sgt???

    ReplyDelete
  6. SPR perlu mengemaskini daftar pemilih dan nama2 yang meragukan harus diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  7. Perkara tu harus cepat2 settle sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  8. senarai daftar pengundi kena dibersihkan dan dikemaskini, sebaiknya selaraskan dgn data2 di JPN.

    ReplyDelete
  9. We the rakyat, the voters demand for a clean and fair election!

    ReplyDelete
  10. Bukankah SPR itu sebuah badan bebas? Buatlah cara macam badan bebas. Bebas daripada mana2 pengaruh.

    ReplyDelete
  11. Kita tengok apa yang akan dilakukan oleh Anwar sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Mereka yang meragukan seharusnya disiasat oleh SPR untuk memastikan kelayakkan untuk mengundi.

    ReplyDelete
  13. sudah dekat2 pilihanraya baru dia buat pendedahan.. patut la PKR sabah semakin tidak terurus.. rupanya Anwar sibuk cari kelemahan spr..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.