Tuesday, March 27, 2012

Pelaburan FELFA Global Ventures Di Luarnegara Rugi

PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 milion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. -HD

11 comments:
Write comments
  1. Semoga kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan yang betul sama ada membenarkan Felda Global Ventures ini disenaraikan ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. kalau rakyat malaysia ( terutamanya orang felda) jangan buat keputusan terburu2 iaitu dgn menyokong penyenaraian dalam BSKL , kelak korang juga yang tergadai.... pasal yang dapat benefitnya puak2 top management aje , sebabtulah diaorang yang cepat2 mau kasi masuk dalam dalam BSKl , saham free dia dapat.. korang (felda) berperah keringatlah...

    ReplyDelete
  3. Harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan isu FELDA dengan lebih cepat dan efektif kerana ini memberi kesan yang besar kepada rakyat terutama para peneroka2 FELDA.

    ReplyDelete
  4. Banyak betul skandal FELDA ni seolah-olah tersasar daripada objektif sebenar.

    ReplyDelete
  5. Hampir PRU13 semua pihak pembangkang akan membangkitkan isu2 yang panas terutama dalam soal duit2.

    ReplyDelete
  6. harap FEldA dpt tingkatkan lagi potensi mereka.

    ReplyDelete
  7. Pasti ada yang tidak kena dengan laporan yang berbaur hasad dengki ini.

    ReplyDelete
  8. Kita harus percaya dan berfikiran positif atas tidakan yang diambil oleh Felda.

    ReplyDelete
  9. Kalau ada bukti kukuh tunjukkan. Tidak ada guna kalau cakap di Media tapi cuma cakap kosong saja.

    ReplyDelete
  10. berkenaan dengan kerugian FGVNA, terdapat beberapa projek baru yang dijalankan FGVH yang memerlukan masa untuk mendapat pulangan balik. dalam setiap perniagaan memerlukan sesuatu tempoh untuk mendapat pulangan pelaburan. harga minyak sawit juga bergantung kepada kadar pasaran semasa.

    ReplyDelete
  11. kenapa PAS tidak sentuh keuntungan FGVH sebanyak RM203 juta pada tahun 2009 dan RM366 juta bagi tahun 2010??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.