Sunday, March 25, 2012

Penjawat Awam perlu bersedia untuk perubahan

Semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu dan ‘idea’ yang timbul dan ini menun jukkan yang PRU kali ini merupakan PRU yang sangat penting bagi kedua-dua belah pihak PR dan BN. Jika ada perubahan, maka pegawai dan kakitangan awam perlu bersedia untuk menerima perubahan dan pertukaran kerajaan yang bukan satu perkara yang mustahil malah ia merupakan satu perkara yang amat diharapkan oleh banyak pihak untuk berlaku.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) telah membuat kenyataan supaya Penjawat Awam boleh menerima perubahan kerajaan dan membantu proses melaksanakan perubahan itu dengan lancar dan licin. Kita boleh mengikut contoh-contoh yang baik yang berlaku didalam kerajaan negara-negara maju seperti di Britian, yang merupakan demokrasi yang tertua dalam dunia ini.

Di Britain satu perubahan berlaku tahun lepas setelah kerajaan Labour Party telah gagal untuk mempertahankan kerajaan yang dikuasainya dan telah membantu proses peralihan kuasa dari Gordon Brown dari Labour Party kepada David Cameroon yang telah menjadi Perdana Menteri apabila mewujudkan kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat.

Proses perubahan pimpinan itu terlaksana dalam tempoh 6 jam sahaja sejurus Gordon Brown keluar dari Istana Buckingham setelah mengadap Ratu Elizabeth. Peralihan itu tidak ada perkara tarik menarik yang kuat diantara parti-parti kerana yang kalah menerimanya sebagai perkara biasa dalam sebuah demokrasi ulung didunia ini.

Pihak yang memerintah boleh diturunkan dan duduk dipihak pembangkang dengan hati yang terbuka dan kembali berkuasa apabila rakyat kembali memberikan mandat pada pilihanraya yang seterusnya. PM Gordon Brown sebelum mengadakan pilihanraya umum Britain, tidak ada membuat ucapan yang beliau akan berhempas pulas dengan apa cara sekali pun untuk mempertahankan 10 Downing Street.

Ahli ahli legislatif di England tahu dan menerima hakikat bahawa negara rakyat yang punya, bukannya pemimpin yang diberikan kuasa itu yang punya. Mungkin oleh kerana kesedaran itulah yang IDEAS telah bersedia untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada rakyat negara ini untuk belajar menerima hakikat bahawa kuasa itu tidak kekal. Kuasa itu hanya kekal ditangan rakyat kerana rakyat lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kuasa kepada pihak mana yang mereka yakini.

Nasihat Wan Saiful kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan itu sangat tepat pada masanya kerana mungkin IDEAS mempunyai keyakinan yang kali ini kuasa mungkin berpindah tangan dan itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dipihak pemerintah sendiri sedang mengalami igauan kerana memang kemungkinan untuk rakyat memindahkan kuasa kepada pihak lain itu adalah cerah.

Oleh kerana BN merasakan yang kuasa itu adalah hak mutlak mereka sahaja, maka Najib pun berkokok yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. ‘By hook or by crook’ Putrajaya has got to remain with them. Ini membayangkan yang BN lah yang gila kuasa, bukannya pembangkang.

Bagi saya IDEAS sepatutnya memulakan kursus sivik kepada semua rakyat untuk memberikan mereka kefahaman tentang demokrasi dengan mendalam. Rakyat wajar di latih untuk keluar dari kepompong pemikiran yang sempit sehinggakan masih ada yang sanggup dibohongi semata-mata kerana isu-isu yang dibangkitkan terhadap pihak alternatif oleh mereka yang amat takut kepada kehilangan kuasa ini.

UMNO mahukan rakyat untuk memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka bergelumang dengan rasuah yang besar-besar kerana kononnya UMNO telah mencapai kemerdekaan negara. Oleh kerana UMNO yang membawa negara kemerdekaan, UMNO mahukan rakyat mengikut sahaja walaupun mereka telah merosakkan perbendaharaan negara dan membinasakan budaya politik kita sampai ketahap yang tidak dapat dikenali lagi.

Saya memandang IDEAS sebagai satu NGO yang sangat relevan untuk kehadapan bagi memberikan ‘consequence’ yang baik untuk membina budaya demokrasi yang tulin dan mengutamakan semangat demokrasi itu dengan persepsi yang baik dan sempurna.

Saya sendiri mengenali beberapa orang anggota IDEAS ini dan mereka adalah dari gulungan yang baik dan menerima hakikat yang negara perlu kepimpinan yang beretika tinggi serta pimpinan yang mengikut ‘rule of law’ serta percaya kepada pembahagian kuasa diantara Eksekutif, Legislatif dan Judiciari yang mantap.

Kepada Penjawat Awam, mereka mesti akur dengan pilihan rakyat dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa tidak kira siapa yang diamanahkan untuk memerintah. Penjawat Awam wajar tidak memihak kepada mana-mana pihak dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja dalam pilhanraya yang akan datang secara sulit, tanpa rasa takut kepada tekanan yang datang dari mana-mana pihak.

Oleh Aspan Alias

34 comments:
Write comments
  1. Jika kerajaan bertukar pasti banyak perubahan yang berlaku dan para penjawat awam pasti akan berhadapan dengan keadaan2 yang baru. Tidak kira apapun keadaan nanti, penjawat awam perlu berkhidmat sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Mengundi la dengan bijak. jangan tersalah undi.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya PR menang pasti akan dibuat pembuang pekerja dalam sektor awam. PR sendiri yang beri kenyataan begitu. Rasanya kerajaan akan menang lagi

    ReplyDelete
  4. Betulkah PR akan membuang penjawat awam yang ada sekarang? Ianya terlalu drastik. Tapi saya setuju jika yang dibuang itu adalah golongan mereka yang pemalas dan kuat rasuah.

    ReplyDelete
  5. Pengundi harus lebih bijak menilai!

    ReplyDelete
  6. Penjawat Awam sememangnya perlu bersedia mencapai perubahan supaya boleh berkhdimat dengan lebih baik kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  7. perubahan boleh berlaku, jadi semua penjawat awam perlu bersedia menghadapi perubahan.

    ReplyDelete
  8. Itu yang kita harapkan. Sesuatu perubahan itu perlu ditangani sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. pemimpin2 pembangkang pun sama juga gila kuasa.. kalau tidak takkan la Anwar boleh berceramah dihadapan rakyat/penyokong2nya supaya menaikkan beliau sebagai Perdana Menteri seterusnya.. tidak kurang juga pemimpin2 bawahannya yang sudah mula membahagi2kan jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  10. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman, said the Barisan Nasional (BN) government under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak always had the people’s best interest at heart in line with the 1Malaysia concept of “People First, Performance Now”.

    ReplyDelete
  11. He said the people should therefore give their undivided support to BN at the 13th general election to ensure the state continued to progress and remained politically stable.

    ReplyDelete
  12. Musa stressed that ever since coming into power, the BN had accomplished a lot particularly in developing the rural areas, which continue to get the government’s attention.

    ReplyDelete
  13. The leadership does not wish to see the people left out of mainstream development and especially those in need and who require assistance, he added.

    ReplyDelete
  14. “I believe the mandate given by the rakyat will not be wasted and in fact it will generate them long-term benefits as a result of the progress and development they get to enjoy.

    ReplyDelete
  15. “We can see proof of this from the assistance rendered to children for their education, for example. This shows that the BN government looks after all aspects of the people’s needs including education which is a priority,” he said.

    ReplyDelete
  16. Musa reminded the people not to be easily taken in by allegations from the opposition to belittle the BN government.

    ReplyDelete
  17. “The people of Sabah know how to appreciate and I believe they will not be taken by these wild and baseless allegations. The opposition cannot do anything for the state except for making empty promises,” he said.

    ReplyDelete
  18. He was therefore confident that the rakyat would still choose BN at the next election especially based on the increasing support the coalition front has been receiving.

    ReplyDelete
  19. The Chief Minister was speaking at a People’s Carnival in conjunction with the opening of 24 concrete bridges in Kg Sim-Sim Melayu Bumiputera here yesterday. The event was organised by the Sandakan parliamentary office, Tanjung Papat Umno and Sandakan Municipal Council.

    ReplyDelete
  20. Those present were Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk VK Liew, who is also the Member of Parliament for Sandakan, Minister of Industrial Development, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Sandakan Umno chief, Tan Sri Ampong Puyon and Sandakan Municipal Council president, Datuk James Wong.

    ReplyDelete
  21. Meanwhile, Liew, in his speech praised the Chief Minister for his genuine concern for the people’s plight and said his brand of leadership will assure greater development for the state.

    ReplyDelete
  22. He described Musa as a hardworking leader who often “turun padang” and had done much to ensure Sabah stood in firm financial standing.

    ReplyDelete
  23. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman wants the State civil service to avoid the habit of procrastinating so as not to jeopardise Sabah’s excellent record in financial management as acknowledged by the Auditor-General Report of 2010.

    ReplyDelete
  24. He said delaying or procrastinating can only lead to increased costs and wastage which ultimately cause target groups to lose out on the benefits.

    ReplyDelete
  25. “This also applies to providing service to the people. When they seek a service, they must be attended to quickly and applications must be processed immediately,” he stressed.

    ReplyDelete
  26. “Furthermore, the State government’s excellent achievement has generated a lot of positive impact that not only proves Sabah’s efficient administration but the people also gain benefit from it,” he added.

    ReplyDelete
  27. Musa was speaking during a press conference after chairing the State Government Integrity Management Committee meeting at Wisma Innoprise here yesterday.

    ReplyDelete
  28. He therefore hoped the State civil service will maintain its good performance and urged every agency in Sabah to seek the highest rating of four stars or excellence through proper management and administration practices.

    ReplyDelete
  29. The Chief Minister reminded that Sabah obtained one of the best accreditations in the country from the Auditor-General in 2010 as a result of integrity through proper and transparent financial management.

    ReplyDelete
  30. “Good financial management brings revenue to the government to be used for development. And this was proven when the biggest budget in history for the state was announced for this year,” said Musa.

    ReplyDelete
  31. However, he pointed out that weak agencies, including those reprimanded by the Auditor-General should rectify their shortcomings and implement improvements quickly.

    ReplyDelete
  32. “We don’t want the poor financial management of these agencies to affect the excellent financial management achieved by the State government. This is where the integrity and accountability of the heads of departments is important to ensure efficient financial management in their agencies,” remarked Musa.

    ReplyDelete
  33. The meeting discussed on issues including approaches to strengthen integrity for 2012, the corruption perception index and efforts to improve the delivery system of local authorities.

    ReplyDelete
  34. “All civil servants should make integrity as the basis of all their actions. Be hardworking, disciplined and always strive to provide the smooth and efficient implementation of development projects,” he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.