Thursday, March 22, 2012

Wanita Kristian bertudung yang berbicara tentang Islam

Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung.

Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.

Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, "Bersikaplah baik satu dengan yang lain." Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.

- sumber dari eramuslim.com

http://www.wanitakini.com

7 comments:
Write comments
  1. Semua agama pun mengajar ke arah kebaikan. Cuma tafsiran masing2 yang berbeza.

    ReplyDelete
  2. Beruntunglah pada sesiapa yg mendapat hidayah ISLAM, selamat dunia akhirat...agama banyak perbezaan jika ingin tahu kajilah agama yg ada dan bandingkan ..pada ketika itu tuan akan solute..agama Islam adalah agama terbaik dunia akhirat, hanya musuh2 agama Islam saja yg melibelkan agama Islam itu buruk mengikut niat dan tujuan mereka sendiri..yg memburuk2 kan agama Islam..ya tak apa...itu memang merugikan diri sendiri bagi orang yg menghina agama Islam...dan nanti anda akan temui hal-hal tersebut setelah anda akan mati...dari itu menyesallah sewaktu masih hidup dan berusahalah masuk kedalam agama ISLAM seperti wanita amarika ini.

    ReplyDelete
  3. Agama itu sempurna cuma pengikutnya saja yang tidak sempurna.

    ReplyDelete
  4. Masing2 mempunyai agama, dalami dan selamilah agama masing2.

    ReplyDelete
  5. jadilah umat islam yan berpegang teguh pada ajaran agama.

    ReplyDelete
  6. Itulah bila benar-benar bila hati terbuka.

    ReplyDelete
  7. kesedaran tentang sesuatu agama boleh wujud tanpa perlu melalui proses marketing..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.