Friday, March 23, 2012

Azalina Tuduh Peserta Demo Orang Asing

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lalu kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.

Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bentuk memorandum.

Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.

"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi oleh Malaysiakini. -mk

11 comments:
Write comments
  1. nama Sabahdaily.com tapi cerita pasal negeri orang lain bukannya negeri sabah.aparaaa tiada kredelibiti langsung

    ReplyDelete
  2. konsultan asing, org asing yg akhirnya jd melayu, org asing yg jd pengundi + penjawat awam + menteri + perompak aset/dana negara...dei azalina, pemikiran kau x rasional sbb "parit kau x kena cuci/servis"???

    ReplyDelete
  3. Nampaknya demo tu tidak mendapat sokongan majoriti warga M'sian sebab tu meminta bantuan rakyat asing. Demo pula pasal rakyat pun rakyat asing la. janji boleh demo..huhuuu..

    ReplyDelete
  4. Sabahdaily harus dipuji kerana selain menyiarkan isu2 semasa yang berlaku di Sabah, Sabahdaily juga menyiarkan isu2 semasa national yang belaku sekitar M'sia. Luar M'sia pun ada juga bahan untuk dibaca. Memang bagus dan terbaik.

    ReplyDelete
  5. sabahdaily harus dipuji tidak berat sebelah..menyiarkan isu2 semasa.

    ReplyDelete
  6. dakwaan ini harus disiasat.

    ReplyDelete
  7. Jika ada bantahan rakyat, sebaik-baiknya pertimbangkan semula cadangan untuk membina kilang itu. Ia adalah normal jika rakyat risau akan impak yang berlaku jika kilang itu dibina. Penjelasan patut diberikan.

    ReplyDelete
  8. Go and investigate whether the demonstrators were foreigners or not.

    ReplyDelete
  9. Dimana-mana ada bantahan berlaku. Maka pihak yang bertanggungjawab perlulah datang dan menjelaskan perkara yang perlu untuk memastikan kata sepakat dapat antara kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  10. Cuba siasat benar-benar dakwaan Azlina itu. Mungkin ada kebenaran juga.

    ReplyDelete
  11. kenapa tidak bantah sekali semua kilang2 yang beroperasi di Malaysia?? bantah la semua..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.