Tuesday, March 20, 2012

PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN?

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

daim zainuddinBagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

-MK

19 comments:
Write comments
  1. Si Anu Bah Ni...MiahahahaMarch 21, 2012 at 11:17 AM

    Hopefully the present status quo will take note on what has been said by this veterean politician.

    ReplyDelete
  2. Si Anu Bah Ni...MiahahahaMarch 21, 2012 at 11:17 AM

    a strategic planning needs to be done to meet the obstacle that has been highlighted by TDZ

    ReplyDelete
  3. Kelantanese won't agree with that if they are asked. They are displeased with PAS because the party has not fulfilled the promise to implement the 22 points agreement which PAS has promised to the Kelantan folks. Who knows if the voters might vote BN next?

    ReplyDelete
  4. And the fact that Selangor government refuses to approve a piece of land in order for the Federal Government to set up a new school for the Selangor folks showed how much they care about the people's welfare. The government wanted to give them a school but PAS refuse to cooperate.

    ReplyDelete
  5. I am available to be a potential candidates for this coming election

    ReplyDelete
  6. Talqinkan saja BN pada PRU13

    ReplyDelete
  7. Daim boleh jadi ahli nujum sudah ni. Apa2 pun, ia hanya ramalan. Kita tunggu saja keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  8. Can't really judge the result only by observing the current situation. Some voters change their vote last minute.

    ReplyDelete
  9. Tok Jip amat berbangga kerana pada PRU12 dia mendapat undi tertinggi dalam BN, untuk PRU13 kita bagi lagi tinggi undi pada Tok Jip, tapi kawasan lain kita kalahkan semua calon BN, biar tok Jib berjawap dalam Parlimen nanti tanpa kaki-kaki ampu...

    ReplyDelete
  10. Semua orang patut tahu siapa Daim. Apa yg dikatakan hanyalah untuk menjadikan Pakatan dlm keadaan selesa dan over-confident. Anwar, Lim Kita Siang, Hj. Hadi, Nik Aziz jangan terpedaya dengan cerita dongeng ini. Pakatan perlu susun strategi dan untuk ambil alih semua 14 buah negeri dan takluk Putrajaya. Daim bermain dgn psycoh-politics untuk membiarkan Pakatan syiok sendiri. AWAS !!

    ReplyDelete
  11. 3 negeri? klu x kalah semuanya la...uhuk uhuk uhuk

    ReplyDelete
  12. jika BN – kita mngenali ramai pemimpin yg boleh memimpin.. dalam pelbagai jawatan pun kita tau latar belakang mereka.

    jika PKR + PAS – kita xtau berapa ramai boleh memimpim, jika Anwar jadi PM sekalipun, siapakah timbalan beliau, sipa pula menteri kewangan, siapa pula menteri pertahanan, siapa pula dalam negeri.

    sememangnya kita inginkan nafas baru, tapi dalam senario sebegitu, ia menjadi rumit untuk menyebelahi mana2 pihak. xsemua yg BN buat betul dan xsemua PKR+PAS buat salah.

    saya juga atas pagar. maaf..

    ReplyDelete
  13. INI KALI LAH!!!

    Kalau bukan kita, siapa lagi?
    Kalau bukan sekarang, bila lagi?

    Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN (ANYTHING BUT UMNO/BN) - ABU!!!

    ReplyDelete
  14. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  15. fuiyooo DSAI..aku raspect dengan anda DSAI..kali ini Najib dah terperangkap sendiri bila kata DSAI takut debat dgn RPK..sebaliknya DSAI ajak pulak Najib dan RPK debat serentak...ha..ha..ha..ha..
    Nak dengar apa kata TV 3 dan Utusan sebab 2 malaun ni kata DSAI takur debat dgn RPK..

    Jika Najib tak jalan juga dengan RPK, ajak seklai Muhyidin, Madey..jika 4 org tak boleh juga, ajak seklai Hassan Ali Ketua Beras Jati...

    wah...5 lawan 1...

    ReplyDelete
  16. semua ini hanyalah analisis dari Daim, tak perlu terpegaruh sgt dgn analisis tersbut, yang penting BN kena teruskan lagi dalam memperkukuhkan jentera mereka.

    ReplyDelete
  17. Ini adalah analisis yang dibuat oleh seorang yang berpengatuan. Maka pasti apa yang masih lemah perlulah diperkuatkan.

    ReplyDelete
  18. Bersatulah jawapan untuk terus menang pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  19. macam mana sekalipun ramalan tetap ramalah.. pendirian rakyat boleh berubah pada bila2 masa sekalipun ketika pemimpin2 pembangkang sedang berkempen ketika minggu kempen pilihanraya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.